iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Tuesday 25 January 2011

Sempat Menyinggah di LA Hot Spring, Besut

Cuti sekolah baru-baru ini, blogger sempat membawa anak-anak dan anak saudara untuk mandi manda di LA Hot Spring @ Kolam Air panas LA, Besut, Terengganu.

Anak-anak cukup gembira jika dibawa ke sini. Tiba saja di sana kelihatan ramai juga pengunjung telah da sedang seronok berkelah. Airnya cukup sejuk namun keseronokan untuk mandi juga kuat.

Apa yang menggembirakan hati blogger adalah air sungainya sentiasa jernih, bersih dan terjaga. Di harap ianya berterusan untuk generasi akan datang.

Terdapat juga pembinaan chalet baru berhampiran tempat letak kenderaan.

Di kawasan kolam air panas terdapat ramai juga pengunjung yang merendam kaki dan badan sekali. Memang terasa hangatnya air panas di sini. Di katakan ianya amat baik dan bagus sekali bagi perjalanan darah serta mengaktifkan saraf-saraf dan urat-urat terutama di kawasan refleksi kaki.







Bagi mereka yang diluar Terengganu, ia terletak di daerah Besut. Bagi mereka dari Kuala Terengganu, boleh ke sana melalui simpang Jabi -Pasir Akar dan terus ke Hulu Keruak dan tiba di Kg La, akan terpandang simpang ke LA Hot spring. 

Manakala bagi mereka dari Utara atau Kota Bharu, boleh melalui bandar Jerteh - Pasir Akar dan terus menghala ke Hulu Keruak, Kg La.

Pasukan Terengganu Liga Super di Setiu, Terengganu

Jurulatih Terengganu Irfan Bakti sedang memberi arahan kepada pemain

Pada 20 Januari 2011 baru-baru ini, pasukan Liga Super Terengganu telah berkunjung ke Setiu bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pilihan Setiu di SMK Saujana, Setiu.

Pasukan yang dibimbing oleh Irfan Bakti ini sememangnya mempamerkan aksi yang hebat dan mantap bagi persediaan menghadapi Liga Super yang akan bermula tidak lama lagi.

Perlawanan ini bolehlah dianggap perlawanan pemanas badan dan mencuba formasi  serta set piece pemain disamping dapat bermesra dengan peminat bolasepak di Setiu.

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Setiu, Encik Marzuki Sulong atau lebih mesra di panggil Cikgu Zuki, ia adalah satu peluang bagi peminat bolasepak di Setiu untuk mengenali pemain Liga Super Terengganu dengan lebih dekat yang dibarisi pemain kebangsaan seperti penjaga gol Sharbini Alawee, Ashaari Shamsuddin, Marzuki Yusof serta pemain muda berbakat lain seperti Alif Najmi, Manaf Mamat dan juga bakat muda dari daerah Setiu yang kini menjadi pemain muda dalam pasukan.
Kelihatan Jurulatih Penjaga Gol, Zuber Ibrahim

Perlawanan itu turut disaksikan Presiden PBSNT Datuk Che Mat Jusoh serta Tuan Pegawai Daerah Setiu. I juga dapat memberi pengalaman serta pendedahan kepada pemain muda dan berbakat dari daerah Setiu untuk bermain dengan pasukan negeri yang berpengalaman.

Sebelum perlawanan tersebut, pasukan Liga super Terengganu ini telah mengukuti sesi motivasi dan muhasabah diri di Agro Resort, Setiu, Terengganu dimana program ini telah dibimbing oleh Ustaz Mizan Mohd Nor.

Di harap persembahan dan prestasi pasukan Liga Super Terengganu ini akan terus memuncak dan seterusnya memenangi kejuaraan liga dan Piala Malaysia serta piala FA.








Blogger mendoakan kejayaan pasukan dan berharap peminat bolasepak Terengganu akan membajiri stadium bagi sama-sama menyokong pasukan Terengganu kita ini...SELAMAT BERJAYA Pasukan Liga Super TERENGGANU-

Monday 3 January 2011

Makan Nasi Asam Pedas ikan Baung Kuala Brang... Fuhh

asam pedas ikan baung, budu, air asam, ikan talapian bakar, ikan tawar serta sayur lemak pucuk paku
Kali ini blogger ingin berkongsi pengalaman makan nasi tengahari, orang Terengganu kata ' Lunch' di Kg Gaung Kuala Brang. Lokasinya bersebelahan dengan gerai-gerai yang menjual jagung dan kacang.

memang menyelerakan
Menu istimewa yang dijual disini adalah Asam Pedas Ikan Baung, Ikan Patin serta ulam-ulaman serta budu. Juga sayuran tradisional seperti pucuk paku, pucuk midin, bunga kunyit dan dicecah dengan ikan tawar serta talapian bakar.




ulam daun gedebe lembu


Licin, sampai ke tulang di mamah



Apa yang pasti nasi sepinggan bagaikan sejemput. Tak cukup la tu. Resepi masakan memang masakan tradisional orang tua lama. 

Ada lagi yang istimewa iaitu air samada nak rasa Jus asli dan segar daun Gedebe Lembu atau Pegaga atau halia. Rasa keasliannya sungguh jitu sekali.

Pernah juga blogger dengar ada tamu dari Kuala Lumpur, turun di airport Kuala Terengganu terus ke Kuala Brang untuk makan tengahari dengan asam pedas di sini. Orang kata kalau makan sampai teringat memang sedap.

Rakan-rakan kalau teringin nak cuba sama boleh berkunjung ke Bandar Kuala Brang. Bagi yang mampu boleh terus merasa Asam Pedas Ikan Kelah. Tapi pasal harga sendiri mau ingat, kalau harga Rm50 atau RM70 sepinggan jangan buat aduan kat surat khabar pula. Memang kalau lauk ikan Kelah memang ekslkusif dan  mutu pada harga yang wajar. Bagi blogger setakat ikan baung pun sudah memadai dan dah terasa keenakannya. selamat mencuba.

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog