iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Saturday 23 July 2011

suasana malam di Agro Resort


Suasana malam kini di Agro Resort sungguh mengasyikkan. Ianya kini telah diindahkan dengan lampu-lampu yang menarik.

Suasana yang tenang dan damai kini telah menjadi suasana malam yang indah.



maklumat lanjut boleh hubungi 096902245 atau hotline 0199192240 atau layari www.agroresort.com

Thursday 21 July 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Itulah tajuk ceramah semalam di Masjid Putera Jaya, Setiu, Terengganu yang telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari Kuantan, Dr Mahmud Bin Mat.

Program tersebut adalah anjuran Pejabat Daerah Setiu dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Putera Jaya Setiu.

Di antara saranan penceramah dalam menantikan kedatangan bulan Ramadhan adalah:
  • hendaklah kita menyambutnya seumpama kita menunggu kekasih yang amat kita sayangi, seperti seorang isteri yang menunggu kepulangan suami yang lama di perantauan. Buatlah persediaan yang terbaik untk menyambut suami seperti tukar cadar baru, masakan yang sedap-sedap dan sebagainya. Begitulah perumpamaannya.
  • hendaklah kita meningkatkan tahap keimanan dan penyucian jiwa bagi menyambut kedatangan Ramadhan dengan memperbanyakkan amalan sunat, sentiasa memohon taubat, bermaaf-maafan. Kata orang kita membina stamina dan latihan untuk bertanding di Olimpik Ramadhan
  • Hanya Allah SWT  yang akan membalas pahala orang berpuasa sebab puasa ini adalah dari hati dan roh. Malaikat hanya mencatat perlakuan fizikal. Apa yang ada di hati, niat kita akan diberi ganjaran oleh Allah swt sendiri
  • Bagi isteri hendaklah mencari redha suami supaya amalan diterima Allah swt dan membuka pintu dan jalan ke syurga.
  • Banyakkah bersedeqah dan jariah kerana ganjarannya amat besar kerana ianya di bulan Ramadhan dan amat besar pahala memberi jariah dan makan kepada orang yang berpuasa dan cuma dingatkan bagi isteri hendaklah meminta izin suami untuk bersedeqah dibimbangi kesilapan boleh mengundang dosa.
Masih ada masa untuk kita membuat persiapan untuk menyambut dengan kedatangan Ramadhan, rebutlah peluang ini supaya proses penyucian jiwa dan roh akan memberikan kita ketenangan dan mendekatkan lagi kita kepada Allah swt. Ramadhan adalah proses kita bagi melangkah ke tahu seterusnya dengan akhlak yang mulia serta jiwa yang bersih.

Majlis tersebut juga telah dirai dengan Nasi Gulai Kawah dengan ditumbangkan lembu seekor. Alhamdulillah sambutannya cukup meriah. Semoga sokongan kita dalam mengimarahkan masjid akan diberi ganjaran setimpal oleh Allah swt.

Tuesday 19 July 2011

Ketupat Sotong .. makanan tradisi Terengganu

Inilah ketupat sotong, makanan tradisi rakyat Terengganu... memang sedap

Apabila terkenang musim mencandat sotong, pasti terkenang menu kegemaran blogger iaitu Ketupat Sotong.
Rasanya yang lemak manis pastinya mengecurkan airliur dan selera.

sotong bersama pulut yang dimasak bersama santan dan gula melaka... fuhhh memang best
Walaupun harga sotong dan makanan laut lain meningkat dengan begitu ketara hingga mencecah RM15 hingga RM17 1/kg (harga Julai 2011) namun keinginan untuk makan ketupat sotong sentiasa dicari.

Terdapat dua jenis ketupat sotong yang selalu di masak iaitu kalau di kawasan Kuala Terengganu dan ke selatan ianya di masak secara lemak dan berkuah putih. Ianya boleh dijadikan lauk atau pencuci mulut. 




antara makanan kegemaran blogger

Kalau di sebelah Setiu dan Besut ia dimasak sedikit manis bersama gula melaka dan sedikit gula dan warnanya sedikit merah dan gelap. Yang ini adalah menjadi kegemaran blogger.

Ia di masak bersama pulut yang direndam dan masukkan ke dalam sotong dan kemudiannya di masak bersama santan, sedikit bawang, halba, daunpandan dan gula melaka serta sedikit halia sebagai pewangi. Kuahnya yang lemak manis bersama pulut memang menambat selera.

Pada kebiasaannya menjelang ramadhan atau pasar malam ia ada dijual, tetapi selalunya yang dijual di sana agak mahal berbanding jika dibuat sendiri.

Ketupat sotong ini mempunyai keistimewaannya sendiri kerana ia tidak terdapat ditempat lain. Sememangnya ia makanan tradisi rakyat Terengganu.

Monday 4 July 2011

Ming Star Hotel.... gaya urban dan menarik

Kali ini blogger ingin preview salah sebuah hotel budget yang baru dan menarik untuk menginap di Kuala Terengganu iaitu Hotel Ming Star. Ia terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin iaitu tidak jauh daripada Bulatan Batu Bsersurat yang dahulunya popular dengan nama Bulatan Penyu.

Hotel ini masih baru dan mempunyai keunikannya sendiri. Walaupun tidaklah begitu besar, tetapi dengan susunan dan susunaturnya yang kemas membuatkan penginap merasa selesa.

Ia mempunyai lebih 5o bilik dan terletak ditengah-tengah bandar Kuala Terengganu turut dilengkapi dengan mini bar, berhawa dingin, kemudahan internet wifi serta cafe.






Tidak jauh daripada hotel ini, terletan deretan kedai makan popular iaitu secret recepies, uncle chua dan macam-macam lagi.

Kadar harganya juga berpatutan bermula dari RM128 termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Maklumat lanjut boleh hubungi hotel berkenaan di talian: 09-6228666 atau layari www.mingstarhotel.com untuk maklumat dan keterangan lanjut

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog