iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Saturday 29 October 2011

Nasi Berlauk Kuala Besut... mengancam

Inilah Nasi Berlauk Kedai Pak Su Jak Kuala Besut
Kedai Nasi Berlauk Pak Su Jak berhampiran dengan jambatan Kuala Besut memang terkenal dikalangan warga tempatan sejak dahulu.

Kedai ini turut dikunjungi pelbagai bangsa untuk menikmati selera masakan Terengganu

Setiap pagi, ia menjadi destinasi tetap untuk mengalas perut terutama para nelayan sebelum turun ke laut mencari rezeki. Kini ia sentiasa mendapat sambutan penduduk di daerah Besut untuk mereka yang gemarkan nasi berlauk.

Nasi berlauk di sini dibuat daripada ikan aya atau tongkol dan di makan bersama sambal belacan dan berulam timun batang atau mentimun. Gulai telur juga menjadi pilihan untuk di makan bersama. Adunan dan aroma rempah gulainya membuatkan ia menjadi rebutan dan pilihan untuk sarapan pagi.

Selain itu, turut djual di sini adalah nasi kerabu, nasi minyak, pulut panggang dan bermacam-macam lagi pilihan. Apapun yang ,menjadi tarikan istimewa adalah Nasi Berlauk Gulai Ikan Aya.

Lokasinya jika anda dari Kg Raja adalah di sebelah kanan sebelum menaiki jambatan Kuala Besut. Dan jika anda berkunjung ke Kuala Besut ataupun dalam perjalanan ke Jeti Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian , anda patut singgah di sini untuk bersarapan ala Terengganu dengan resepi masakan tempatan.

Thursday 27 October 2011

Blog ini tercalon untuk The Asia Pasific Blog Award 2011


Tengok dekat Nuffnang tadi, nampak senarai blog Terengganumyheritage ini telah tercalon untuk anugerah ini. Jauh sekali mengharap apa-apa anugerah cuma mengharapkan usaha dan niat dihargai pun dah cukup. 

Welcome to
The Asia-Pacific Blog Awards 2011

Two years ago, the best of the best in the blogosphere were celebrated with the inaugural Asia-Pacific Blog Awards, and now, Nuffnang is honoured to be bringing the regional awards ceremony back, this time to Malaysian shores!
Come December 2011, 500 bloggers and guests from all over the Asia-Pacific region will once again take to the red carpet, and be treated to a night of fine dining and brilliant entertainment in Kuala Lumpur, the bustling metropolitan capital of Malaysia. Aside from being honoured for their hard work and contribution to the blogosphere, they will also get the opportunity to tour the city and experience the unique Malaysian culture for themselves.

Wednesday 19 October 2011

Selepas Piala FA ku dakap, Ingin Ku Peluk Piala Malaysia Pula

Walaupun dah memeluk Piala FA, hati belum puas kalau tak peluk Piala MALAYSIA
Kenangan Skuad Penyu Terengganu dan Team SUKMA singgah di daerah Setiu dan bermalam di Agro Resort tetap akan aku ingat sampai bila-bila.

Bukan sahaja dapat bergambar, malah dapat aku peluk lagi Piala FA. Tapi rasanya belum puas kiranya belum dapat memeluk Piala Malaysia.

Dengan kemenangan 2-0 dalam Separuh Akhir pusingan pertama Piala Malaysia menentang Selangor menjanjikan bekalan yang sedikit selesa untuk bertandang ke Shah Alam dan seterusnya melangkah ke perlawanan akhir.

Sekali lagi ku harapkan Skuad Terengganu Sang Penye menjelmakan aksi yang membanggakan rakyat Terengganu untuk membawa Piala Malaysia sekali lagi ke Terengganu.
Sesuatu yang membanggakan rakyat Terengganu, Piala FA dan Juara SUKMA

Perbualan ringkas bersama Kapten Terengganu, Marzuki Yusof membuahkan harapan dan keyakinan untuk skuad kali ini terus membanggakan rakyat Terengganu.

Begitu juga dengan Skuad T Team, sekalipun tewas kepada Negeri Sembilan, di harap skuad yang dibimbing Yunus Alif ini mampu mencipta keajaiban dan kejutan untuk dibangkit di Stadiun Paroi nanti.


Ayuh Skuad Penyu dan T Team.... banggakan rakyat Terengganu dengan kejayaan kamu!!!!

Menikmati Alam di Kg Merbau Menyusut, Setiu, Terengganu













seronok melihat anak-anak gembira mandi sungai yang jernih dan bersih
Kunjungan bersama anak-anak diprogram perkhemahan SMK Putera Jaya, Setiu ke Kg Merbau Menyusut di Setiu, Terengganu iaitu di Pusat Ko Kurikulum PPD Setiu amat menyeronokkan.

Tapak perkhemahan yang terletak di tepi sungai yang indah dengan air yang begitu jernih pasti memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.



Kunjungan sehari suntuk dirasakan begitu singkat. Alam semulajadi di sini memang masih terpelihara dan suasana kehijauan memberi ketenangan minda dan jiwa.

Untuk sampai ke sini dari Kuala Terengganu boleh masuk melalui simpang di Kg Batu 29 menuju ke Pelong atau Kg Langkap. Jarak dari simpang kira-kira 10km.

Kem ini sebenarnya terletak ditepi jalan bersebelahan SK Kg Merbau Menyusut yang penuh kehijauan dengan suasana alam.

Melihat keriangan anak-anak mandi sampai ke petang, ia sesuatu pasti akan diingat dan dikenang sampai bila-bila.

Banyak lagi destinasi alam yang menarik di daerah Setiu masih belum diterokai sebaiknya. Apa yang diharap pembangunan daya tarikan pelancong sebegini mestilah seiring dengan kematangan akal dan fikiran supaya ia tidak rosak oleh tangan-tangan gatal vandalism atau yang mengambil jalan senang membuang sampah ke sungai atau lain-lain anasir yang seumpama dengannya.

Sama-sama kita menjaga warisan alam kita untuk sama-sama kita menikmatinya. 

Sunday 16 October 2011

Khasiat Durian Belanda.. hebat rupanya buah ini


Ini artikel yang blogger kongsi daripada rakan facebook berkenaan buah Durian Belanda. Begitu banyak sekali khasiatnya terutama sebagai anti kanser yang power dan berkuasa. Tetapi hasil penyelidikannya seolah-olah disembunyikan kerana kerakusan kuasa dan wang.
 Jom kita renung...



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi... sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.Lihat seterusnya..
Oleh: PenyuXP

http://www.facebook.com/penyuxpdotcom

Saturday 15 October 2011

Menerima Lawatan Dato' Ketua Pengarah LPP

Awal Oktober 2011 tempohari sibuk juga bersedia untuk lawatan Dato' Arpan Shah Bin Satu untuk lawatan ke Setiu di mana beliau merasmikan Majlis Penutup Kursus Induksi LPP Kuala Lumpur di Agro Resort, Setiu, Terengganu.


Beliau juga turut melawat Laguna Agro Resort dan Pusat Asuhan dan Penetasan Akuakultur PPk Setiu di Gong Batu, Setiu.

Apa yang menjadi kegemaran beliau apabila berkunjung ke Negeri Terengganu adalah Nasi Dagang dengan berlaukkan ikan aya, ayam kampung dan gulai itik. Cili mesti lebih dalam kuah.

Beliau seorang yang 'humble' dan mudah untuk didekati.



Lensa dari agro, resort, setiu, terengganu


Resort bersuasanakan tasik
Lensa dari Agro Resort, Setiu. Resort yang dikelilingi alam semulajadi serta kebun buah-buahan, ladang kelapa sawit sememangnya mendamaikan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.
Suasana bilik di gigi air dengan pemandangan tasik memang indah


Dengan bercirikan binaan tradisional, menjanjikan seribu ketenangan di sini
damai dan tenang di sini


Tuesday 4 October 2011

Trip Tasik Kenyir ke Gua Musang


Kali ini blogger tidak ingin berbicara panjang. Di sini akan di abadikan hasil lensa di Tasik Kenyir memang indah dan memukau pandangan sepanjang melalui laluan Tasik Kenyir- Felda Aring- Gua Musang.

Perjalanannya juga menyeronokkan. Apapun dinasihatkan setiap pemandu berhati-hati kerana ada di satu dua tempat jalan yang berlubang merintangi jalan. Pastikan anda memerhatikan tanda amaran dan awas yang di letakkan.






bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog