iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Thursday 9 February 2012

Makan Nasi Ulam Dengan Lauk Kampung di Bukit Yong, Sempadan Terengganu/ Kelantan

Menu wajib nasi dengan budu dengan lada congek
Kali ini blogger ingin berkongsi dengan pengalaman makan nasi berlaukkan resepi tradisional dan unik. Kali ini lokasinya di sempadan Terengganu / Kelantan iaitu di Bukit Yong.
Antara lauk terbaik, gulai lemak daun kesum ikan haruan

Walaupun kedainya tidaklah terlalu besar, tetapi sentiasa menjadi tumpuan ramai. Apa yang menarik di sini adalah lauknya yang menjadi pilihan ramai. Di antara lauk yang popular di sini adalah Ikan keli atau ikan haruan gulai lemak daun kesum, masak lemak siput sedut sungai, ikan sungai goreng, ikan asam pedas,daging bakar serta lain-lain lauk yang berbeza setiap masa. Menu wajib adalah ulam-ulaman tradisional bersama budu.

Siput sedut memang menarik dan menjadi pilihan

Menu berasaskan tradisional dan eksotik sentiasa menjadi pilihan ramai dan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin menikmati hidangan di sini.
Di antara menu pilihan blogger adalah Ikan haruan gulai lemak daun kesum, memang sedap dan jarang dijumpai di tempat lain. Selain itu juga adalah gulai siput daun kadok serta ikan sungai goreng.
Lokasinya yang terletak di sebelah kiri jalan jika anda dari Bandar Jerteh memang senang di lihat.
Ikan sungai goreng garing...

Blogger sempat merakam beberapa lauk hidangan yang menarik dan menyelerakan.
siap dengan daging bakar bersama ikan tawar

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog