iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Wednesday 28 March 2012

Sungai Hulu Kekabu.. anugerah alam yang indah

Memang anugerah alam yang cantik
Destinasi pilihan blogger kali ini adalah sungai yang cantik dan masih terpelihara di Kg Hulu Kekabu, mukim Guntung, Setiu, Terengganu.

masih terpeliharan dan belum tercemar


Dengan lokasinya yang mudah dilalui dengan kemudahan jalanraya yang baik dan terletak berhampiran jalanraya memudahkan pengunjung atau sesiapa sahaja untuk menikmati keindahan sungai mahupun berpiknik bersama keluarga.

Sungai Hulu Kekabu ini yang bersambung dengan sungai Guntung sememangnya cantik dan masih terpelihara dan ia masih belum diteroka dan kurang diketahui keunikannya.

Untuk sampai ke sini amat mudah sekali iaitu samada melalui persimpangan lampu isyarat Kg Guntung Luar dengan mengambil jalan ke Kg Panchur Merah atau Hulu Kekabu.  Anda juga boleh sampai ke sini melalui persimpangan Peladang Setiu Agro Resort dan terus sampai kesini.

Sememangnya khazanah alam ini adalah satu anugerah yang patut dipelihara, dijaga serta dinikmati dengan sewajarnya. 
Bestkan kalau dapat mandi manda di sini

Mungkin bagi warga tempatan ia satu pemandangan biasa tetapi jika dieksploitasi secara terurus dan tersusun, ia boleh menjadi satu destinasi perkelahan yang popular dan memberi alternatif kepada mereka yang gemarkan suasana sungai dan alam yang indah dan menyeronokkan.

Blogger juga mengharapkan pihak berkuasa tempatan mengambil langkah yang proaktif dan lestari bagi membangunkan kemudahan yang dapat memberi manafaat kepada semua dan seterusnya menjadikan Setiu sebagai destinasi tumpuan pelancongan bukan sahaja untuk warga tempatan malah orang ramai yang berulang alik sentiasa dari Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

MAK KITA MARAH JUAL MAHAL, Tagline Restoran Nasi Kampung Kg Padang Nenas, Kuala Terengganu

Tagline yang cukup memikat
Di kesempatan masa yang terbatas ini, blogger ingin berkongsi Restoran Nasi Kampung di Kg Padang Nanas, berhampitran UNISZA.

Apa yang paling menarik adalah 'tagline'nya iaitu " MAK KITA MARAH JUAL MAHAL".  Dan dari apa yang blogger makan pun memang berpatutan iaitu ikan bawal bakar berempah seekor bersaiz 500g dengan nasi putih beserta air baru dalam RM8.00. Ikan pun segar dan besar kira puas hati. 
Ikan bakar berempah yang segar dan sedap serta berpatutan

Lauk lain juga beraneka jenis dan pilihan terutama masakan Terengganu. Juga turut dijual adalah nasi beriani dengan ayam berempah serta kari kambing.

pengunjung sentiasa datang tidak putus-putus ke sini

Di dapati pada waktu tengahari cukup mendapat sambutan ramai.Apa yang menarik restoran ini dibuka 24 jam. Satu percubaan yang berani dan perlu di hargai.

Bagi mereka yang ingin berkunjung ke sini, jika anda dari UNISZA atau UMT, apabila sampai di Kg Padang Nanas, ia terletak disebelah kanan anda berhampiran selekoh. Dan jika anda dari Kg Wakaf Tengah atau Batiu Rakit, ia terletak di sebelah kiri anda.

Apa yang pasti, restoran ini menjanjikan pelbagai pilihan lauk pauk yang pelbagai pilihan dan menyelerakan dan bersesuaian dengan taglinenya iaitu " MAK KITA MARAH JUAL MAHAL".

Thursday 8 March 2012

Foto segmen: Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu

Senibina tradisional yang menarik
Kali ini blogger ingin berkongsi rakaman foto yang di ambil di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Kini berstatus lapangan terbang antarabangsa

Walaupun lapangan terbang ini tidaklah besar namun ia menampilkan senibina tradisional yang unik dan mengagumkan. Kemudahan yang ada adalah baik dan memuaskan. Dan kalau dibandingkan dengan lapangan terbang kecil yang lain, ia memang mempunyai banyak kelebihan dan keunikan.

Gerbang pelancongan negeri Terengganu Darul Iman

Di harap suatu hari nanti, statusnya sebagai lapangan terbang antarabangsa akan memberi manfaat kepada negeri Terengganu darl Iman terutama sebagai gerbang pelancongan sebagaiman Hatyai, Chiang Mai, Kota Kinabalu, Kuching mahupun Bayan Lepas.
Senibina warisan yang unik

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog