iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Sunday 30 December 2012

Makan 'SERABE' sedap

Inilah rupa kuih tradisional 'SERABE'

'Serabe' adalah antara makanan tradisional rakyat Terengganu yang kini agak sukar didapati. Ianya memang sedap dan didatangkan bersama kuah lemak dan kuah manis.

Baru-baru ini blogger berpeluang merasa 'Serabe' yang sedap hadiah buahtangan rakan dari Kuala Terengganu.

Kalau nak cari 'Serabe' mungkin ada di Pasar Bukit Besar, Pasar Cabang Tiga atau Pasar Kedai Buluh.

Sememangnya makanan warisan ini mampu melangkah jauh dan menjadi tarikan orang ke Terengganu.

Gambar Banjir di Setiu, Terengganu 2012

Air melintas jalan utama di Bandar Permaisuri berhampiran masjid

Berikut adalah rakaman foto semasa banjir di Setiu, Terengganu tempohari. Walaupun kehadiran banjir agak lewat daripada biasa, ia adalah fenomena yang berlaku saban tahun. Penduduk tempatan yang sedia maklum sentiasa bersedia menghadapi bencana banjir, begitu juga dengan jawatankuasa bencana serta agensi kerajaan berkaitan.
Banjir di Kg Balik Bukit Bdr Permaisuri

Air sudah mula melimpah

Air mula menghampiri gigi jalan di Bandar Permaisuri

Fenomena tahun ini agak besar banjirnya sehingga jalan utama di Bandar Permaisuri terpaksa di tutup kepada kenderaan ringan. Apapun ianya satu pengalaman dalam menghadapi situasi banjir ini.
Air Melintas jambatan di Kg Guntung Luar

Keadaan kenderaan yang tersekat di Bandar Permaisuri

Bagaikan pesta air 
Melihat sendiri keadaan air yang lepeasi paras lutut di jalan

AIr yang melintas jalan dengan deras

banjir setiu 2012

air yang cukup deras dan berbahaya pada kenderaan ringan dan motosikal

Fenomena banjir besar 2012 di Setiu

Air banjir yang melaut di Kg Nyatoh, Setiu


Monday 17 December 2012

Makan-makan: Makan ICT dan Santai di Kg Rhu 10


Dengan lokasi yang terletak di tepi pantai menghadap Laut China Selatan sememangnya menjanjikan ketenangan dan kedamaian kepada setiap pengunjung.

Apatah lagi bertemankan makanan laut seperti keropok lekor, sotong celup tepung beserta ikan celup tepung yang lebih dikenali sebagai 'ICT" oleh warga Terengganu dan tempatan pastinya melengkapkan suasana petang anda.

Keindahan di sepanjang pantai ini memang cantik dan indah dan sentiasa menggamit mereka yang singgah.

Setiap saban minggu sentiasa berderetan kenderaan singgah menikmati angin petang di sini sambil menikmati juadah di gerai di sepanjang jalan di sini.

Cuma apa yang perlu dititik beratkan adalah 'soal harga' yang rasanya agak mahal, apatah lagi kebanyakan ikan dan sotong adalah bersumberkan 'sejuk beku' atau orang tempatan panggil 'ikan kotak dan sotong kotak', bukan ikan segar dan sotong segar yang harga mentahnya tidaklah terlalu mahal. Apabila sudah masak, sotong celup tepung paling murah RM10 seekor dan boleh mencecah RM15 hingga RM16 seekor. manakala ikan pula mencecah RM5 seekor. Rasanya peniaga di sana tentu lebih arif untuk mendapatkan sumber bahan mentah yang lebih murah kerana ia adalah kawasan pendaratan ikan dan banyak pengkalan-pengkalan kecil yang digunakan oleh nelayan-nelayan bot kecil.

Tempat yang cantik dan kalau dihidang dengan harga yang 'tidak cantik' pastinya akan memberi kesan yang tidak cantik. Teguran ikhlas ini adalah untuk memajukan lagi pelancongan di Terengganu khususnya di Pantai Rhu 10, Setiu. Perancangan dan tindakan yang bagus akan membuahkan hasil terutama warga tempatan yang menjalankan perniagaan di situ. Hasil yang baik akan menjadi buah mulut dan meramaikan lagi kehadiran pelancong.

Makan-makan: Kari Ikan Sg Tarom Setiu


Entry untuk kali ini ringkas saja iaitu berkaitan makan-makan. Sesiapa yang berkunjung ke Bandar Permaisuri, Setiu dan rasa rindu nak pekena masakan kari ikan dan kepala ikan bolehlah menjengah ke Medan Selera MDS berhadapan dengan padang bola Sg Tarom.

Rasa karinya kira boleh tahan dengan masakan ikan merah yang sememangnya sesuai untuk dibuat kari. Ia dihidangkan dengan papadom serta acar jelatah.

Bagi penggemar kepala ikan, ada pilihan samada kepala ikan merah atau kepala tenggiri dengan harga antara RM30 hingga RM50 bergantung kepada saiz.

Bagi set kari biasa berharga RM5.00/ seorang iaitu kari ikan (isi ikan merah), nasi putih dengan acar dan sambal. Kira berbaloi.

Tuesday 11 December 2012

Bangi Kopitiam, Gaya retro klasik yang menarik


Bangi Kopitiam yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor sentiasa menggamit pengunjung untuk berkunjung semula ke sini.

Kopitiam dengan gaya retro klasik yang diusahakan oleh pemuzik kumpulan rock terkenal tanahair  SEARCH iaitu Kid bersama rakan niaganya sentiasa mendapat tumpuan pelanggan yang menjadi pelanggan tetap.


Dengan dekorasi alat muzik lama, serta beberapa peralatan lama menjadi wardrope yang menarik.

Apa yang paling mencuri perhatian adalah sekeping gambar lama yang besar yang unik dan mempunyai nostalgianya yang tersendiri. Ia melambangkan suasana kedai kopi yang muhibbah dan harmoni. Mungkin itulah hasrat Bangi Kopitiam ini.

Bagi blogger, kunjungan kali ini memilih Mee Udang dan telur omega 1/2 masak sebagai makan malam bersama Kopi Gelas yang kaw!.

Bagi warga kota dan bandar, kedai berkonsepkan sebegini adalah tempat yang sesuai untuk melepaskan serta meredakan ketegangan kerja sambil bersembang dengan kawan-kawan selain menjamu selera dengan suasana yang santai. Soal harga bukan menjadi halangan, apa yang penting ia selesa, bersih dan berpatutan.

Sebenarnya banyak sekali menu atau masakan Melayu yang boleh diketengahkan dalam kedai berkonsepkan sebegini, apatah lagi masakan Pantai Timur yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Banyak kuih-muih retro serta menu kampung yang berpotensi menjengah kedai di kota. Apa yang penting idea kreatif dan inovatif.

Jauh berjalan luas pandangan, lapangkan fikiran.

Thursday 6 December 2012

RM150++ Tawaran Penginapan Daripada Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu



Special Promotion 

ROOM PROMOTION
NEW HOTEL IN TOWN 

SPECIAL PROMOTION FOR 

SUPERIOR DELUXE ROOM - RM 150.00 ++ 


LIMITED ROOMS ONLY
SUBJECT TO 10% SERVICE CHARGE AND 6% GOVERNMENT TAX 
INCLUSIVE OF BREAKFAST FOR 2 PERSONS




Seminar Kebangsaan Agro Pelancongan 2012, Kuala Lumpur


Seminar Kebangsaan Agro Pelancongan 2012 yang di adakan pada 1 Disember 2012 sempena dengan pameran MAHA 2012 di Palm Garden Resort, Kuala Lumpur bakal menentukan hala tuju dan penerokaan baru dalam industri pelancongan di Malaysia.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Dato' Hashim Abdullah, MAHA 2012 itu sendiri adalah produk Agro Pelancongan dan akan menjadi model produk Agrotourism.

Produk agropelancongan di negara ini sememangnya mempunyai potensi yang amat besar dalam industri pelancongan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada negara.

Apa yang penting adalah kita perlu fokus untuk meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan supaya lebih mesra pelanggan serta mampu memberi kepuasan kepada pelancong dan pengunjung, kata beliau lagi.

Beliau turut merasmikan seminar tersebut dan seterusnya melancarkan penubuhan Persatuan Agro Pelancongan Malaysia (Agro Tour) bagi menggiatkan lagi aktiviti dan produk agro pelancongan di negara ini.

Seminar tersebut telah di hadiri oleh lebih 120 orang peserta dari seluruh negara yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berkaitan dengan agro pelancongan.

Sebanyak 13 kertas kerja telah dibentangkan oleh penceramah yang dijemput khas bagi membincang, serta membahas dan berkongsi pengalaman dalam agro pelancongan.

Seminar ini juga akan diadakan setiap tahun bersempena dengan pameran MAHA yang mendapat sambutan cukup hangat dengan kunjungan melebihi 3 juta orang.


Satu Daerah Satu Muzium


Satu daerah satu muzium

Perbadanan Muzium Negeri bercadang mewujudkan sebuah muzium di setiap daerah pada masa akan datang sebagai gedung mengekal dan mengetengahkan khazanah warisan setempat.

Pengarahnya,Haji Mohd Yusof Abdullah berkata, pada masa ini pihaknya telah mewujudkan dua buah muzium daerah iaitu di Dungun sejak beberapa tahun lalu dan terbaru di Kemaman, Julai lalu.

“Langkah ini juga mampu menambahkan daya tarikan pelancong di setiap daerah di Terengganu yang tentunya mempunyai keunikan tersendiri di samping memudahkan mereka mengenali latar belakang setiap kawasan yang dilawati.

 “Saya pasti ramai yang tidak mengetahui tentang sejarah daerah tempat mereka lawati dan kita berharap muzium ini dapat membantu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Yusof berkata, jabatan itu mengambil pendekatan mencari, mengubah suai dan menggunakan bangunan lama berbanding membina sebuah bangunan baru dalam usaha mewujudkan muzium berkenaan.

Katanya, perkara itu bagi memberi nilai tambah kepada pengekalan bangunan lama yang kebanyakannya mempunyai nilai dan sejarahnya tersendiri.

Sebagai contoh katanya, sebuah bangunan dua tingkat yang merupakan bekas ibu pejabat bijih besi yang dibeli oleh Malayan Banking satu ketika dahulu telah dijadikan sebagai Muzium Daerah Kemaman.

“Bangunan berharga RM1 juta itu kita beli daripada Malayan Banking untuk dijadikan muzium yang akan menempatkan gambar tokoh-tokoh ternama negeri ini selain menceritakan tentang sejarah daerah ini.

“Muzium yang terletak di bandar Cukai itu mula dibuka kepada orang ramai sejak Julai lalu dan majlis perasmian dijangka disempurnakan Menteri Besar dalam masa terdekat ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pihaknya akan menganjurkan lebih banyak pameran serta aktiviti di sekitar kawasan tersebut bagi mempromosikan muzium daerah berkenaan.

“Sebelum ini, kita telah mewujudkan sebuah muzium di daerah Dungun dan ketika ini jumlah pengunjung semakin bertambah. Jadi, kita yakin muzium daerah Kemaman ini juga akan mendapat sambutan sama,” katanya.

“Kita juga akan mengadakan aktiviti di sekitar kawasan muzium itu bagi mempromosikan tempat sejarah berkenaan kepada umum,” jelasnya.



RM80.00 seorang- Pakej Tawaran Motel Desa Kuala Terengganu



PROMOTIONAL RATES
TWO days stay in Kuala Terengganu

only RM80.00 per person.
  • Return transfer from Kuala Terengganu Airport to Motel Desa
  • Breakfast
  • Afternoon Snack
  • One night accommodation on twin sharing basis
  • Stay Additional night at RM70.00 per person
  • Surcharge on Malaysian eve / public holiday RM15.00 per person


If you have any questions, or reservation, please contact us at:
Motel Desa Sdn Bhd, Bukit Pak Apil
20300 Kuala Terengganu, Terengganu
Malaysia
.
Tel:
+609 622 3033 | +609 622 3488 | 
Fax:
+609 6203 751
Email: mdesa@streamyx.com

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog