iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Sunday 4 August 2013

Berbuka Puasa di TH Hotel & Convention Center Terengganu, Gong Badak...


Pada awal Ramadhan lalu, admin telah mendapat jemputan untuk berbuka puasa di sebuah hotel yang baru beroperasi pada awal Ramadhan lalu iaitu TH Hotel & Concention Centre Terengganu di Gong Badak. Ia adalah hotel dibawah Kumpulan TH (Tabung Haji). Merupakan satu-satunya hotel patuh syariah di negeri Terengganu yang mempunyai keunikan yang tersendiri.

Pakej berbuka puasa yang ditawarkan di Hotel TH ini adalah RM59.00 seorang, mungkin agak sedikit tinggi berbanding dengan hotel lain di Kuala Terengganu, tetapi ia menawarkan lebih banyak pilihan kepada anda seperti Kibas Grill, Nasi Mandy dan macam-macam lagi.


Sentuhan dan suasana di restorannya juga santai dengan sajian halwa telinga pemuzik Ghazal yang dialunkan oleh anak tempatan dengan kerjasama SUK Terengganu.


Masuk sahaja ke lobi hotel, ia menjanjikan suasana yang damai dan lapang dengan sentuhan dan dekorasi bari dan berlainan.



Untuk berbuka, admin memilih untuk mulakan dengan sedikit kuih, kurma dan air dan kemudiannya solat maghrib. Selepas solat barulah memilih untuk menjamah menu yang ada  yang sederet panjangnya.




Bagi promosi Ramadhan dan sempena pembukaan hotel pula, harga bilik yang ditawarkan adalah bermula dari RM180.00 beserta sarapan atau sahur untuk dua orang.

Apa yang istimewa di sini adalah ia mempunyai dewan konvensyen yang besar iaitu boleh memuatkan seramai 3000 orang bagi susunan teater dan 1300 orang susunan banquet. Ia memberi kelebihan bagi meraka yang ingin mengadakan aturcara berskala besar di sini.

Terima kasih Encik Mazlizan Zakaria, Pengurus Besar TH Hotel Terengganu dan para kakitangan yang ramah dan mesra.

Maklumat lanjut hotel:
TH Hotel & Convention Centre Terengganu
Tel: 09-6686666
Faks: 09-6672000

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog