iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Sunday 20 October 2013

Pameran Haiwan Berbisa di Muzium Terengganu pada 21 Okt hingga 31 Dis 2013


Jom luangkan masa mengenali haiwan2 berbisa pelbagai spesis di Pameran Haiwan Berbisa pada 21 Oktober hingga 31 Disember 2013 bertempat di Dewan Mandalika, Muzium Negeri Terengganu. Berpeluang menyaksikan satu-satunya "Timber Rattlesnake" pertama di Malaysia.

Boleh bawa anak-anak untuk lebih mengenali dunia muzium dan juga dunia haiwan sebagai salah satu wadah pendidikan. Inilah peluang untuk bersama anak-anak dengan aktiviti berfaedah dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.


Tiket RM5 utk dewasa, RM2 utk kanak2, RM1 utk kanak2 berunifom sekolah. Bayaran tiket

 hanya sekali utk kemasukan ke Pameran Tetap Muzium dan Pameran Haiwan Berbisa

Jangan lepaskan peluang ini!!

Sunday 13 October 2013

ORGANO GOLD MEMBERI ANDA PELUANG MENJADI JUTAWAN


ADAKAH ANDA JUTAWAN KOPI YANG SETERUSNYA?

Syarikat ORGANO GOLD telah bertapak di Malaysia dalam setahun yang lalu dan telah melahirkan ramai jutawan serta mereka yang berpendapatan melebihi 6 angka, dan mungkin ANDA yang seterusnya.

hebatkan jika anda dibayar sebanyak ini.. tiada yang mustahil di Organo Gold

Mengapa ORGANO GOLD?

Merupakan syarikat NETWORKING yang berkembang paling pantas didunia dengan potensi yang amat besar dan melahirkan TOP EARNER dalam bisnes networking didunia hari ini dengan 12 Top Earner, 5 daripadanya adalah dari ORGANO GOLD.. hebatkan.


Kenapa Bisnes KOPI?

Kopi bukanlah barangan yang mewah, ia adalah sebahagian daripada hidup kita.

  • Tahukah anda, perniagaan komoditi KOPI adalah yang terbesar didunia selepas petroleum
  • Minuman yang paling banyakdiminum didunia, selepas air
  • Di Amerika Utara, lebih setengah bilion cawan kopi diminum setiap hari
  • lebih 80% mereka yang berusia 18 tahun ke atas di Amerika Utara minum kopi
  • Jualan kopi sentiasa meningkat 20% setiap tahun didunia
  • ada 255 juta peminum kopi di Amerika Utara, Di Asia.. tentu juga ramai

Lihat sahaja pertumbuhan bisnes kopi di dunia

  • Starbucks, Coffee Bean, Oldtown, dengan harga RM5 hingga 15 secawan, kopi tetap diminum
  • Mcdonald kini membuka Mc Cafe yang fokus kepada jualan snek dan kopi, kenapa kopi?
  • begitu juga Burger King, Dunkin Donat, Nestle, Subway sudah mula memfokus kepada bisnes kopi kerana hampir semua orang di dunia minum kopi termasuk di Malaysia
 Di antara 4 Bisnes yang berkembang paling pantas di dunia adalah:

  • Kesihatan dan Kecantikan
  • Home based Bisnes ( Dari rumah)
  • Internet
  • Kopi
Semua ini ada pada ORGANO GOLD, anda perlu merebut peluang ini.

SEKARANG anda boleh menawarkan KOPI SIHAT dan BERKHASIAT kepada  berjuta-juta peminum KOPI sambil MENJANA PENDAPATAN setiap kali mereka minum KOPI.. menarik bukan.


Apa yang membuatkan Kopi Organo sihat?

Ia mengandungi 100% Ganoderma Lucidum Organik yang disahkan oleh USDA ORGANIC dan juga HALAL JAKIM
Ganoderma adalah tumbuhan dan herba diraja yang esklusif sejak 4000 tahun yang lalu. Ia kaya dengan pelbagai khasiat.

  • Menambah oksigen kepada badan
  • menambah tenaga
  • menguatkan pengaliran darah
  • memberi tidur yang lena (deep sleep)
  • sumber detoksifikasi semula jadi
  • meningkatkan sistem imunisasi badan
  • menguatkan daya sihat serta memanjangkan hayat
  • bersifat alkali
  • anti oksidan yang tinggi
  • mampu merawat kanser serta pelbagai penyakit kronik

Berapa Modal?

Organo Gold menawarkan anda Francais Kopi dengan modal serendah RM90.00 sahaja (RM80 pendaftaran, sales kit dan sample produk + RM10 kos poslaju)

Dengan ini anda sudah menjadi Usahawan Organo Gold dan memulakan bisnes yang bernilai bilion dollar ini.

Anda dapat membeli produk dengan harga borong dan boleh memilih untuk memulakan perniagaan anda samada 
  • Bronze Pack RM450 + RM50 (posting) = RM500
  • Silver pack RM1500 + RM100 (posting) = RM1600
  • Gold Pack RM3380 + RM220 (posting) = RM3600
Semua produk akan dihantar ke pintu rumah anda

jika ini impian anda, Organo Gold boleh merealisasikan

Apa yang menarik di Organo Gold ini?

Ia adalah networking dan anda boleh membina rangkaian anda di seluruh dunia dan ianya telah berkembang di lebih 35 buah negara termasuk Malaysia, Thailand dan akan datang Singapura, Indonesia dan seluruh Asia.

Anda bina Gold Pack anda, anda dapat direct bonus RM700, dan anda mencari 2 rangkaian anda dan anda akan dapat Pair Bonus RM540, (RM700 +RM540) =RM1240 adalah Bonus anda. Itu baru permulaan

Bayangkan network anda berkembang dan terus berkembang...dan jika anda mencapai Diamond.. pendapatan anda sudah melebihi RM25,000 seminggu...

Ia MUDAH, RINGKAS, IA ADALAH KOPI



Wednesday 9 October 2013

Ternakan Ikan Keli Menjana Pendapatan




PENINGKATAN harga makanan ikan mendorong Ibrahim Ahmad, 51 pengusaha ternakan ikan keli menjalankan pelbagai uji kaji bagi menghasilkan makanan terbaik untuk ikan peliharaannya.
Berbekalkan sedikit pengetahuan yang diperoleh ketika menghadiri beberapa kursus anjuran Jabatan Perikanan, Ibrahim berjaya menghasilkan makanan ikan sendiri.
Bermula dengan penggunaan campuran hampas kacang soya, tepung gandum, sedikit minyak masak, ikan baja, PKC (palm kernel cake) dan sedikit sayuran kini Ibrahim mampu berbangga dengan resipi ciptaannya sekurang-kurangnya untuk kegunaan sendiri.
Selain bahan-bahan tersebut, roti yang telah luput tarikh serta hampas kelapa juga turut digunakan bagi memastikan kadar protein yang tinggi diperolehi ikan yang diternak.
Dalam pada itu sayuran seperti daun ubi kayu juga turut digunakan bagi meningkatkan kandungan fiber di dalam manakan yang dihasilkan.
Menurut Ibrahim, makanan ikan yang diproses sendiri lebih menjimatkan kerana bahan-bahan yang digunakan ditentukan sendiri mengikut bajet dan keperluan.
"Selain bahan-bahan tersebut saya juga menggunakan jagung dan juga ubi kayu bagi memudahkan pelet terbentuk (melekat).
"Dua bahan tersebut mampu menjadikan pelet yang diproses tidak terlerai ketika diadun," katanya ketika ditemui di ladang projek ternakan ikan keli dan tilapia yang diusahakan di Padang Keladi, Durian Tunggal, Melaka baru-baru ini.
Beliau dikunjungi oleh wakil Jabatan Perikanan dan pertubuhan media yang mengikuti program Kembara Media Perikanan 2013 anjuran jabatan tersebut ke beberapa projek di sekitar Johor, Negeri Sembulan dan Melaka baru-baru ini
Jelasnya, makanan ikan yang diproses sendiri mampu menjimatkan kos penyediaan makanan dari 40 hingga 60 peratus.
Justeru penyediaan bahan makanan dari bahan-bahan tersebut mampu mengurangkan kos tersebut.
Ladang ternakan ikan keli Ibrahim kini mengeluarkan hasil sekitar satu tan seminggu kerana permintaan yang tinggi diterima olehnya.
Manakala pengeluaran bagi ikan tilapia mencecah 200 kg seminggu menjadikan kos penyediaan makanan ikan amat tinggi.
Malah, bagi menampung permintaan yang tinggi, serta kerja-kerja yang ada, Ibrahim mengambil tiga orang pekerja bagi memudahkannya menyelia ladang ternakan ikan tersebut.
Biarpun harga makanan ikan sentiasa meningkat, sebagai penternak, dia tidak boleh menaikkan harga ikan sesuka kerana terikat dengan perjanjian selain akan menimbul rasa kurang senang di kalangan pembeli.
Apa yang boleh dilakukan olehnya adalah mencari alternatif lain bagi menampung kos harga makanan ikan yang semakin meningkat.
"Kini saya hanya membeli makanan ikan untuk permulaan sahaja (starter), setelah itu ikan akan diberi makanan yang diproses sendiri," katanya.
Ibrahim yang memiliki latar belakang kontraktor binaan sebelum ini kelihatan tidak kekok menguruskan ladang ternakan ikan keli berikutan minatnya yang mendalam terhadap bidang tersebut sehingga mampu bergelar pengusaha ternakan keli dikenali di sekitar Melaka.
Sehingga kini, hampir 16 buah sekolah di sekitar Durian Tunggal, Melaka mengambil stok ikan keli daripadanya berikutan proses ternakan yang dilakukan olehnya lebih menyakinkan serta halal.
Ujarnya, terdapat sesetengah pengusaha ternakan ikan yang menggunakan tepung yang diproses daripada darah bagi mempercepatkan tumbesaran ikan.
Biarpun tepung tersebut dikatakan memiliki kadar protein yang tinggi namun status halalnya diragui kerana ada kemungkinan campuran darah khinzir juga turut digunakan," katanya.
"Jabatan sentiasa melakukan pemeriksaan dengan mengambil sampel ikan untuk dianalisis sebanyak dua kali dalam setahun untuk memastikan ikan yang dihasilkan memenuhi piawaian ditetapkan.
Sehingga kini, Ibrahim telah menyertai hampir 12 kursus yang dianjurkan oleh pihak jabatan, dan masih terus berhubung dengan pegawai yang terlibat dalam usaha menambah baik mutu ternakannya.
Melihatkan perniagaan yang semakin berkembang maju, Ibrahim berhasrat untuk menambah kolam pengeluaran yang sedia ada bagi menampung permintaan orang ramai terhadap ternakannya.

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
agro@utusan.com.my
Gambar AZLAN HADI ABU BAKAR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ayam Kampung Organik menjana pendapatan lumayan




WALAUPUN keputusan tersebut memberikan impak besar terhadap dirinya, dorongan dan semangat daripada keluarga membuatkan dia nekad berkecimpung dalam projek penternakan ayam kampung.
"Asalnya, menceburi bidang penternakan ini sekadar hobi, lama-kelamaan melihat kepada permintaan ayam yang meningkat secara mendadak terutama menjelang musim perayaan, saya bersama dua rakan kongsi memutuskan untuk menceburi bidang penternakan ayam kampung," katanya.
Lebih mengujakan, ladang ternakan yang mempunyai keluasan lima hektar (ha) dan mampu menampung sebanyak 12,000 ekor ayam agak berlainan berbanding projek lain kerana diusahakan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.
Bermula hari pertama anak ayam menetas, ia akan ditempatkan di sebuah reban selama 14 hari sebelum dilepaskan dalam kawasan ladang.
Ayam itu dibiarkan mencari makanan sendiri walaupun pihaknya memberi makanan empat kali sehari.
Secara umumnya, ayam kampung ini dipelihara secara lepas bagi membolehkannya bergerak bebas dan bukan dikurung di sangkar yang sempit.
Tambahan pula, ayam merupakan haiwan omnivor yang memakan daging dan tumbuhan.
Ayam memakan apa sahaja, daripada bijian ke daunan dan serangga. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein.
"Pada kebiasaannya, kami akan memberi makanan rumput jenis azola dan kiambang itik, sekali gus tidak memerlukan bahan kimia atau ubat-ubatan untuk membesar. Pengguna boleh makan ayam ini tanpa rasa was-was," jelasnya.
Ishamuddin ditemui semasa menerima kunjungan wartawan MEGA diladangnya di Bentong, Pahang baru-baru in. Yang turut hadir ialah rakan kongsinya, Mohd Khairul Redza Kamaruzaman.
Kaedah penternakan yang diperkenalkan Ishamuddin menjelaskan ayam akan dibiarkan secara bebas di kawasan ladang yang luas bagi memastikan ayam bebas berkeliaran.
Di samping itu, tumbuhan liar dibiarkan tumbuh dan hidup secara semula jadi bagi membolehkan ayam kampung organik ini mendapat makanan organik di mana-mana sahaja kawasan persekitaran ladang.
Sumber seperti protein, karbohidrat, dan mineral yang diperlukan oleh ayam-ayam tersebut boleh didapati secara semula jadi di kawasan ternakan yang luas.
Dalam pada itu, ayam kampung organik ini hanya dijual selepas berusia 100 hari iaitu setelah mencapai tahap matang dan berat sekitar 1.3 hingga 1.4 kilogram seekor.
Malah, bagi memastikan pembesaran ayam kampung organik ini mencapai tahap maksimum, pihaknya menghasilkan antibiotik secara semula jadi melalui penggunaan tumbuhan herba yang ditanam sendiri.
Hakikatnya, Ishamuddin tidak perlu merunsingkan kepala untuk mempercepatkan pembesaran ayam kampung dengan suntikan seperti yang biasa dilakukan ke atas ayam daging kerana kosnya tidak terlalu tinggi.
Campuran herba hempedu bumi, daun patawali, daun betik, kunyit dan halia digunakan sebagai antibodi untuk melawan penyakit.
Ia bertujuan memastikan ayam tersebut melalui proses pembesaran secara semula jadi.
Katanya, makanan yang diberikan kepada ayam untuk tujuan pembesaran dan tempoh sebenar ayam untuk membesar tidak mengikuti kaedah yang betul menyebabkan pengguna berdepan risiko ditimpa pelbagai penyakit.
Oleh itu, pemantauan terperinci perlu dilakukan pada setiap hari bagi memastikan proses pembesaran berjalan lancar.
Penternakan secara semula jadi itu membolehkan ayam-ayam berkenaan membekalkan nutrisi yang tinggi kepada pengguna.
Dalam pada itu, Ishamuddin juga menyifatkan ayam kampung organik asli kerana ia diternak di kawasan hijau selain air yang dibekalkan tidak tercemar.
Air untuk penternakan ayam daging diletakkan dalam kuantiti yang banyak di dalam satu reban.
Ishamuddin mendakwa, cara tersebut menjadikan ayam daging hidup dalam persekitaran yang kotor dan kekurangan zat makanan.
Menurutnya lagi, kaedah penternakan itu diperkenalkan berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang penternakan dari dalam dan luar negara selain mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Tambahan pula, ladangnya turut mengunakan penggunaan mikroorganisme efektif (EM) untuk memberi kesan yang baik untuk menyerap bau dan menghindarkan lalat.
Menyentuh mengenai rasa daging ayam, katanya , ayam kampung organik mempunyai rasa yang berbeza berbanding ayam di pasaran kerana ia lebih lembut, pejal dan tulang-tulangnya juga lembut.
"Rasanya yang lebih manis dan lembut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan pelanggan terutamanya pelanggan berbangsa Cina," katanya.
Ishamuddin turut memberitahu, perniagaan yang diusahakan ini tidak pernah mendapat bantuan kerajaan atau pinjaman daripada mana-mana bank.
"Saya menggunakan modal sendiri yang ada untuk membangunkan perniagaan menternak ayam kampung organik ini, tambahan pula amat sukar bagi mereka yang terbabit dalam bidang pertanian untuk memohon pinjaman daripada pihak bank.
Ditanya mengenai perancangannya, Ishammudin menyasarkan untuk menambah empat buah kedai menjual ayam kampung organik ini di samping mempunyai kemudahan tempat penyembelihan sendiri.
"Saya sudah pun mempunyai beberapa cawangan yang dibuka di Ampang, Damansara serta Bangi untuk membekalkan ayam kampung organik ini terus kepada pembeli.
"Dengan permintaan yang memberansangkan, saya yakin untuk membuka lebih lagi kedai-kedai membekal ayam kampung organik ini tidak menjadi masalah lagi," katanya.


 - MASZUREEN HADZMAN (agro@utusan.com.my)

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Baka Ayam Kampung Terbaik




Gallus gallus adalah nama saintifik bagi ayam hutan merah, Gallus varius untuk ayam hutan hijau, Gallus sonneratii untuk ayam hutan kelabu dan Gallus lafatetii untuk ayam hutan Ceylon atau Sri Lanka.
Namun bagi kebanyakan daripada kita semuanya ialah ayam kampung yang secara mudahnya baka ayam tempatan berwarna perang balung merah, badan tegap dan dibiar berkeliaran atau lepas bebas.
Ayam pedaging dan penelur yang diternak secara komersial serta besar-besaran kini adalah berasal daripada spesies ayam hutan merah.
Berbanding ayam pedaging dan penelur komersial, ayam kampung tidak menjalani proses pembiakbakaan yang sistematik walaupun berasal dari ayam hutan merah.



Proses pembiakbakaan yang tidak terkawal serta sistematik telah menghasilkan ayam kampung pada hari ini yang mempunyai pelbagai ciri fizikal yang berbeza dari seekor ke seekor walaupun dalam kelompok reban yang sama.
Industri penternakan ayam sama ada untuk pedaging atau penelur telah pun mencapai tahap sara diri (SSL), tetapi bilangan ternakan ayam kampung masih lagi dalam jumlah yang kecil iaitu kurang dari lima peratus sahaja.
Bilangan yang terhad, berserta tempoh penternakan yang lama (12 minggu minimum), ditambah dengan prestasi pertumbuhan yang kurang memuaskan menyumbang kepada harganya agak mahal di pasaran.
Ayam kampung bukan sahaja diternak sebagai sumber pendapatan penternak, tetapi juga untuk sajian-sajian istimewa selain untuk memenuhi masa lapang atau hobi.
Permintaan yang tidak pernah putus terhadap daging ayam kampung menyebabkan bekalan berkurangan.
Ini mendorong orang ramai untuk melibatkan diri dalam penternakan ayam kampung secara komersial.
Namun masalah bekalan anak ayam kampung berumur sehari menjadi penghalang kepada usaha-usaha penternak itu.
Menyedari permasalahan tersebut, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengambil inisiatif menjalankan penyelidikan pembiakbakaan dan pembaikbakaan ayam kampung.
Usaha menambakbaik baka ayam kampung telah dimulakan seawal tahun 2000 di Ibupejabat MARDI, Serdang, Selangor.
Ayam kampung jantan telah dikahwinkan dengan ayam Sasso betina yang dibawa masuk dari Perancis untuk menghasilkan ayam kampung terpilih MARDI.




Ayam kampung terpilih itu mempunyai ciri-ciri seperti ayam kampung.
Tetapi dengan prestasi pertumbuhan mirip kepada ayam pedaging menyebabkan ia kurang diterima ramai sebagai ayam kampung.
Projek pembiakbakaan dan pembaikbakaan ayam kampung telah diteruskan pada 2008 di bawah geran penyelidikan Sciencefund Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjumlah RM200,000.
Itu untuk menghasilkan ayam kampung yang seragam daripada segi saiz badan, bulu, rupa dan pertumbuhan serta peneluran yang lebih baik berbanding ayam kampung asli.
Pegawai Penyelidik MARDI di Stesen MARDI Muadzam Shah, Pahang, Azlina Azma Ismail Affendee berkata, untuk tujuan tersebut, pasukan beliau telah mendapatkan kumpulan ayam kampung daripada beberapa kawasan iaitu di utara, selatan dan tengah tanah Semenanjung Malaysia.
Berat ayam kampung MARDI yang diternak secara teratur dengan pemberian makanan komersial yang seimbang mampu mencapai 1.5 kilogram (kg) bagi jantan dan 1.3 kg bagi ayam betina pada umur 12 minggu dan telurnya menetas selepas 21 hari.

Oleh LAUPA JUNUS
laupa.junus@utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kiosk Keropok Lekor Terengganu




SEBUT sahaja berkenaan produk makanan berasaskan ikan, pastinya ramai akan teringat kepada Terengganu.
Negeri yang sedang pesat membangun itu bukan sahaja terkenal dengan pelbagai produk makanan berasaskan ikan malah turut kaya dengan budayanya.
Keropok lekor umpamanya telah menjadi ikon produk makanan kepada Terengganu di mana makanan tersebut di hasilkan secara besar-besaran untuk dipasarkan ke seluruh negara
Jika dahulu, keropok lekor hanya dinikmati oleh masyarakat Terengganu khususnya di waktu santai tetapi kini, dengan bertambahnya permintaan serta keberkesanan proses pemasaran, produk tersebut boleh dinikmati oleh hampir seluruh rakyat negara ini.
Fenomena tersebut diakui oleh pengusaha produk sejuk beku, Sinku Manufacturing Sdn. Bhd., Zalehah Mohamad.
Katanya, permintaan terhadap produk makanan berasaskan ikan amat tinggi terutamanya keropok lekor.
''Saya memulakan perniagaan ini sejak tahun 2000. Asalnya untuk memasarkan keropok lekor panjang tradisional bagi pasaran di Lembah Klang dan juga Johor Bahru.
''Permintaan yang diterima daripada pengguna amat memberangsangkan," katanya ketika ditemui di pejabatnya dalam program lawatan ke kawasan projek di bawah kelolaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Terengganu baru-baru ini.
Tambahnya, potensi pasaran yang begitu meluas di luar Terengganu telah mendorong Zalehah dan suami menghasilkan keropok lekor sejuk beku.
Produk tersebut bukan sahaja mampu bertahan lama, tetapi mudah di bawa kemana-mana serta kedap udara selain tidak mengubah rasa keropok lekor.
Bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat, Sinku Food Industries Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 13 Disember 2005 dan diuruskan oleh Zalehah dan suaminya.
Bertindak sebagai pengurus besar, Zalehah telah melabur sejumlah wang untuk memiliki mesin pemprosesan separa automatik bagi menampung permintaan pelanggan.
Malah, beliau juga turut mendirikan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cendering yang mampu mengeluarkan satu hingga dua tan keropok lekor sehari.
Jika dahulu, keropok lekor direbus menggunakan dapur kayu api dan diesel namun, atas inisiatif Zalehah, kaedah tersebut telah ditukarkan dengan teknologi yang lebih moden bagi menjaga kebersihan produk makanan yang dihasilkan.
Langkah Zalehah dalam perusahaan keropok lekor bukan sahaja dihargai kerajaan negeri, malah agensi penyelidikan pertanian terkemuka negara, MARDI turut mengenal pasti potensi produk Zalehah dan menawarkan bantuan.
Antara bantuan yang ditawarkan adalah berupa khidmat nasihat serta teknologi terkini daripada MARDI.
Ujar Zalehah, untuk menghasilkan keropok lekor yang berkualiti mereka memerlukan isi ikan yang terbaik.
Namun, ia menjadi cabaran terbaru buat Zalehah kerana untuk mendapatkan isi ikan mereka perlu memproses ikan dan menjadikan kerja-kerja menghasilkan keropok lekor perlahan.
Justeru, Zaleha mengambil keputusan untuk membeli terus isi ikan yang telah diproses daripada peraih.
Isi ikan yang telah diproses tersebut sedikit sebanyak mempercepatkan proses penghasilan keropok lekor dan tekstur serta rasa keropok lekor juga tidak berubah.
Biarpun begitu, keropok lekor yang disimpan agak lama masih menimbulkan masalah antaranya wujud sejenis cecair atau serbuk berwarna putih.
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Zalehah telah mendapatkan khidmat nasihat MARDI dan akhirnya masalah tersebut dapat diatasi.
Sehingga kini, hasil khidmat nasihat serta teknologi MARDI yang diaplikasikan oleh syarikat tersebut mampu menjadikan produk keropok lekor sejuk beku bertahan sehingga enam bulan lamanya.
Kini, Sinku Manufacturing Sdn. Bhd. bersama pengusaha-pengusaha makanan tradisional Terengganu sedang giat berusaha untuk mewujudkan sebuah pusat sehenti bagi menghimpunkan semua produk makanan tradisional.
Katanya, usaha tersebut juga telah mendapat perhatian pihak kerajaan negeri Terengganu dan jika ia berjaya, projek tersebut bakal mengetengahkan produk-produk makanan tradisional Terengganu sehingga ke peringkat global.

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd 

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog