iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Wednesday 25 June 2014

Tawaran Early Bird Bufet Ramadhan RM55 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu





Tawaran istimewa ini sah sehingga 28 Jun 2014. Dan selepas itu ia berharga RM69.90 seorang dewasa dan RM35.00 seorang kanak-kanak.

Primula Beach Resort mempromosikan masakan tradisional Terengganu dengan rasa asli dan klasik.

Primula Beach Hotel

Selain itu Pakej Seminar sepanjang Ramadhan di Primula adalah RM165 bersih seorang termasuk bilik penginapan, 3x makan sehari dan bilik mesyuarat



Manakala tawaran bagi bilik penginapan sepanjang Ramadhan adalah bermula daripada RM195.00 sebilik semalam bagi bilik sahaja dan RM245 bersih semalam bagi penginapan seorang dan RM299 sebilik semalam bagi penginapan berkembar termasuk bufet dan sahur



Pihak hotel juga akan turut mengadakan pembahagian bubur lambuk pada Ramadhan ini di perkarangan hotel pada 25 Julai 2014



Hubungi Bahagian tempahan di talian 
09-622 2100
Laman Webhttp://www.primulahotels.com


 
tq

Mr Roffa- Sales Manager

Selera Ramadhan Buffet Hotel Permai Inn Kuala Terengganu RM59.90 seorang




Buffet Ramadhan di Hotel Permai bertemakan NOSTALGIA SELERA RAMADHAN....Makanan yang disajikan memenuhi selera berbuka puasa anda. Jangan ketinggalan untuk mencuba sajian berbuka di hotel kami. Tempahan awal boleh dibuat melalui talian 09 - 6222122 samb. 607, Restoran Cahaya...Selamat Berbuka!!!!

Promosi Ramadhan 2014 di Tanjung Vista Hotel Kuala Terengganu.. menarik


Promosi Ramadhan di Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu

Bufet Berbuka Puasa RM49.00 seorang dengan hidangan istimewa Kambing Panggang, Nasi Ayam Hainan dan Dim Sum

Juga turut disediakan Mini Bufet Berbuka Puasa serendah RM29.00 seorang



Juga Promosi Best Value Dinner di sepanjang Ramadhan bagi Masakan Chinese bermula RM69.00 per set bagi 2 atau 3 orang dan RM188.00 sebilik semalam termasuk sahur @ sarapan pagi dan berbuka puasa untuk 2 orang



Bagi penginapan juga turut ditawarkan kadar istimewa sepanjang Ramadhan bermula RM133.00 semalam termasuk Sahur @ Sarapan pagi dan berbuka Puasa bagi seorang.



@Terima kasih Eina Adriana Adam, Brother Sam dan Puan Suaibah serta Krew Tanjung Vista


Monday 9 June 2014

Tips bisnes hotel dan resort: 'Banner' Promosi meningkatkan jualan

contoh banner promosi

Di sini ingin admin kongsikan tips untuk promosi bagi hotel dan resort kecil terutama dalam mempromosikan premis masing-masing dan sebagai strategi 'positioning' dalam insdustri supaya orang lebih mengenali dan meningkatkan tempahan dan jualan.

Di antara tips yang boleh dikongsikan adalah:


  • sentiasa mempamerkan 'banner' promosi penginapan dengan kekerapan 3 bulan sekali , yang mana lebih kerap adalah lebih baik. Promosi selalunya adalah bagi pertengahan minggu atau 'weekdays' yang selalunya menjadi lompang dan kosong di hotel atau resort. Jumlah promosi dan diskaun adalah terpulang pada premis bagi menarik pelanggan, mungkin 30% , 40 % mahupun sehingga 50%. Ianya adalah lebih bersifat 'testng' pada pelanggan dan bagi merakam memori pada pelanggan bahawa harga di resort atau hotel adalah sentiasa menarik dan lebih nilai untuk wang.
  • Sebenarnya promosi untuk pertengahan minggu atau' weekdays' adalah nadi kepada perniagaan hotel atau resort samada besar ataupun kecil. Lebih-lebih lagi hotel atau resort kecil yang hanya mempunyai pendapatan penginapan semata-mata. Hujung minggu @ weekend, yang mempunyai 8 hari sebulan atau 10 hari sebulan, selalunya tidak begitu bermasalah kerana hampir semua orang bercuti dan mempunyai kelapangan untuk bergerak dan mengunjungi mana-mana hotel ataupun resort.

  • Banner promosi tadi hendaklah diletak dan dipamer di lokasi strategik terutama di tepi jalan besar yang sentiasa menjadi tumpuan utama. Musim perayaan dan cuti sekolah adalah masa yang terbaik kerana laluan trafik yang tinggi, dan peluang untuk mereka meninjau penginapan adalah tinggi. Apapun pastikan banner yang anda pamerkan mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan bagi mengekalkan jangka hayat promosi tersebut. Jika tidak, sia-sialah pelaburan anda.

  • Promosi penginapan bersama 'goodies' atau cenderahati juga adalah promosi terbaik bagi mengekalkan hubungan baik dan mesra bersama pelanggan. Cenderahati yang terbaik adalah hasil kraft tangan tempatan. Ianya tidak semestinya mahal, mungkin sekitar RM5 hingga RM10 untuk diberi bersama harga penginapan.
  • Manakala ruang promosi pula tidak tertakluk pada banner sahaja, boleh juga secara flyers, mahupun promosi melalui Facebook, Instagram, laman web, mahupun blog. Lebih kerap ianya dipamerkan ianya akan meningkatkan 'awareness' pelanggan tentang promosi kita. Kita belajar apa yang hotel besar dan berbintang buat, tetapi dengan 'budget' yang sesuai dengan kemampuan kita.
Meletakkan nama hotel @ resort sebaris dengan nama hotel besar memerlukan masa yang sedikit panjang. Namun jika kita kreatif dan konsisten ianya mungkin memberi hasil yang lebih singkat dan diluar dugaan. 

Usaha kecil yang konsisten akan memberi pulangan yang besar dan luar dugaan

Admin
Terengganumyheritage
terengganulegend@yahoo.com

Tuesday 3 June 2014

Nasi daging bakar dan pulut mangga di Jerteh Kopitiam


Kali ini sekali lagi admin membawa anda ke Jerteh Kopitiam di bandar Jerteh. Admin dimaklumkan oleh tuan punya kedai, Encik Jef, ada menu baru yang diperkenalkan iaitu Nasi Daging Bakar dan Pulut Mangga @ Pulut Pauh.


Boleh dikatakan Jerteh Kopitiam ini sentiasa menjadi pilihan pengunjung dengan sentiasa ada pengunjung ke sini yang inginkan suasana makan yang santai dan relax.


Menu yang di pilih admin adalah Pulut Mangga serta Nasi Daging bakar dengan sup perut serta Tomyam seafood.


Dengan harga yang berpatutan ianya amat memuaskan hati. 


Lokasi Kopitiam ini terletak berhampiran dengan Pasaraya Zon Ria dan Zaleha Textiles. 

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog