iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Saturday 16 August 2014

Sambutan Riang Ria Aidil Fitri TERENGGANU LIVINIAN meriah..di Kg Jambu Bongkok, Dungun, Terengganu


Kelab LIVINA TERENGGANU atau dikenali sebagai TERENGGANU LIVINIAN (TL) telah mengadakan Sambutan Riang Ria Aidil Fitri TERENGGANU LIVINIAN pada Jumaat 15 Ogos 2014 di kediaman seorang ahli di Kg Jambu Bongkok, Dungun, Terengganu.





Perjumpaan ini telah menghimpunkan 76 buah jentera Nissan Grand Livina dari seluruh pelusuk Terengganu dengan lebih 200 orang ahli keluarga.



Dalam majlis tersebut, turut dilancarkan logo ID baru bagi ahli TL oleh Saudara Azro Ali daripada 'Region Of Kuala Terengganu (ROKT).



Perjumpaan muhibbah raya ini juga turut dimeriahkan dengan acar cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik terdiri daripada cenderahati, aksesori kereta, hamper serta penginapan 2 hari 1 malam di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu. Turut dilancarkan adalah kutipan untuk Gaza Palestin yanga akan disalurkan melalui Aqsa Sharif bagi membantu saudara kita yang memerlukan di sana.

Program ini bermula dengan ahli-ahli TL daripada Region Of Kuala Terengganu (ROKT), Region Of Besut (ROB) serta Region Of Setiu (ROS) di perkarangan Masjid Tengku Zaharah atau Masjid Terapung di Kuala Ibai. Manakala bagi ahli-ahli Tl di Selatan iaitu REgion Of Kemaman serta Region Of Paka bergabung  menuju ke Masjid AL Huda  untuk sama -sama berkumpul untuk Solat Jumaat bersama-sama ahli-ahli TL dari utara.



Selesai solat Jumaat, bermulalah konvoi beramai-ramai menuju ke lokasi majlis di Kg Jambu Bongkok yang diselia dengan baik oleh ahli-ahli TL yang berpengalaman dalam berkonvoi.

Suasana majlis cukup meriah dengan hidangan Nasi Dagang, Sate, Lemang, Tapai Puluit, ketupat, Rendang serta pelbagai juadah pemanis mulut seperti Sagumpal, tepung pelita,buah buahan serta kuih muih yang enak. Majlis juga diserikan dengan celoteh pengacara majlis yang menghiburkan.

Sebaik selesai acara bergambar beramai-ramai, para hadirin juga tuirut sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar majlis.


Kejayaan penganjuran majlis sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara ahli TL dan bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dalam mengendalikan jentera Livina.

Pihak Edaran Tan Chong Motor atau ETCM juga patut memainkan peranan dan sokongan terhadap aktiviti kelab sebegini kerana merekalah DUTA NISSAN yang sebenar melalui Grand Livina yang sentiasa membawa imej baik, hubungan yang baik malah hubungan persahabatan dan komuniti ke seluruh pelusuk negara sehingga ke Sabah dan Sarawak serta Indonesia.





Sokongan ETCM amatlah dialu-alukan dalam sama-sama menjayakan aktiviti sihat sebegini dengan memberi sokongan dan sumbangan yang baik kepada masyarakat setempat dan seterusnya menzahirkan imej yang baik masyarakat NISSAN terutama ahli-ahli kelab Livina.

Mungkin di masa hadapan akan wujud lebih banyak aktiviti-aktivi yang akan memberi faedah kepada masyarakat ataupun komuniti setempat oleh ahli-ahli TL di seluruh Terengganu dan Malaysia dan hubungan antara ETCM dan ahli-ahli TL akan menjadi lebih utuh dalam sama-sama menyumbang khidmat yang baik kepada masyarakat.






Admin: Terima kasih kepada Pengurus Event, Saudara Syarwadi Abd Halim dan krew-krew yang lain yang bertungklus lumus menjayakan aktiviti TL yang hebat ini.



Tuesday 12 August 2014

Mee Bawah Jambatan Bandar Jerteh... memang 'legend'



Mee Pak Jusoh atau Mee Bawah Jambatan di Bandar Jerteh adalah Mee tradisi bagi orang Jerteh. Memang sedap dan membuatkan kita sentiasa teringat keenakan kuah mee yang diperisakan dengan air daging ini.

Walaupun keadaannya kedainya ringkas dan kadang-kadang airnya hanya ais kosong atau teh 'o' ais sahaja disediakan. Namun ia tetap menjadi tumpuan pengunjung setia mee yang mungkin telah dinikmati oleh sesetengah pelanggan sejak zaman kanak-kanak lagi.

Cara membuatnya adalah ringkas dengan menggunakan airrebusan  daging bersama sayuran sawi dan kobis segar serta sedikit cili padi. Tetapi ia memberi rasa yang cukup enak. Memang berpeluh ...

Pengunjung sentiasa bersilih ganti daripada pelbagai golongan pelanggan. Malah ramai juga warga Jerteh yang tinggal diluar pasti berkunjung semula apabila pulang ke kampung.


Penangan Mee Bawah Jambatan Jerteh memang hebat. Apakah ia boleh bertahan lagi untuk beberapa dekad?.. di harap ianya dapat diwarisi oleh generasi baru keluarga Pak Jusoh mungkin dengan sedikit sentuhan baru pada dekorasi kedai dan juga pilihan menu yang ditawarkan selain Mee yang 'power'.

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog