iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Thursday 23 October 2014

K'ang, Rojak Kateh, Buah Mulong antara kuih tradisi Terengganu yang perlu diketengahkan...

K'ang, Qasyidah, Buah Mulong, Roti Paung, Serabe serta lain-lain kuih yang dhidangkan.

Kuih tradisional Terengganu adalah warisan Terengganu yang patut kita pelihara sampai bila-bila. Terima kasih Primula Beach Resort di atas usaha mengekalkan tradisi makanan Terengganu dengan sentiasa menawarkan kepada pelanggan untuk menikmati keenakan makanan tradisi ini.

Dalam satu Majlis Makan Malam baru-baru ini untuk delegasi daripada Medan, Indonesia serta agensi pelancongan daripada Eropah dan Amerika, di antara kuih-kuih tradisi yang dtampilkan dalam menu adalah K'ang, Buah Mulung, Qasyidah, Lempeng Nyiur, Rojak Kateh, Serabe selain makanan tradisi sedia ada yang popular iaitu Ketupat Sotong, Nasi Dagang, Laksam, Penganan, Makanan Laut Celup Tepung dan bermacam-macam lagi.

Rojak Kateh

Dalam perbualan admin bersama Pengarah Urusan , Taman Tamadun Islam Terengganu, Wan Adnan Wan Abdul Rahman juga melahirkan hasrat yang sama untuk mengumpulkan pembuat kuih tradisional Terengganu dalam satu festival supaya ia dapat dihayati dan dinikmati semua terutama generasi baru dan juga pelancong tentang warisan makanan tradisi Terengganu.

Setiap kuih mempunyai simboliknya sendiri dan ianya adalah hasil kreatif orang tua kita dulu dalam menghasilkan juadah makanan.


Makanan tradisi adalah salah satu daya tarikan pelancongan sesebuah tempat samada negeri mahupun negara. Wajarnya ia diberi nafas baru dan warisan pembuatannya dijaga agar ia kekal utuh dan bertambah baik sebagai daya tarikan pelancongan.

Serabe dan K'ang

Sama-sama kita memberi sokongan kepada tradisi warisan makanan Terengganu.

Terima kasih Pengurus Besar Primula Beach Resort, Encik Marzuki Husin di atas usaha pasukan anda!

RM200 semalam tawaran istimewa Manor Beach Resort, Besut, Terengganu



Manor Beach Resort yang terletak di Bukit Keluang, Besut, Terengganu menawarkan tawaran istimewa chalet penginapan iaitu RM200/ chalet/ semalam.(harga biasa adalah RM280.00/chalet/semalam)
Tawaran ini termasuk sarapan pagi untuk 2 0rang dewasa dan 2 kanak-kanak. Tempahan hendaklah dibuat melalui EMAIL RESORT SAHAJA dan sah sehingga 31 Disember 2014.


Resort ini mempunyai 14 unit chalet kayu yang cantik dan bercirikan tradisional, serta asrama. Ia juga lengkap dengan kemudahan dewan seminar, kolam renang serta restoran.

Terletak menghadap laut China Selatan dan berlatarkan Pulau Perhentian yang terkenal tentunya memberi kelainan dalam percutian anda.


Resort ini juga turut menyediakan Pakej Perkahwinan istimewa iaitu Pakej Perkahwinan Zamrud dan Pakej Perkahwinan Songket.

Nama resort ini iaitu Manor adalah gabungan kepada pasangan pemilik resort ini sendiri.

Bagi maklumat lanjut bolehlah layari :


Http://manorbeachresort.com atau talian

Tel:  +6096950290 or +60199606959Email :  mbr23resort@yahoo.com

Monday 13 October 2014

Gulai Lemak Ikan Haruan bersama daun kadok memang menyelerakan.. di Kg Bukit Yong



Menikmati nasi bersama ulam-ulaman dan budu adalah suatu kemestian bagi orang Pantai Timur terutama Kelantan dan Terengganu. Apatah lagi ditambah dengan keenakan Gulai Lemak Ikan Haruan serta ikan bakar samada secara tawar atau garam dan kunyit.

Lauk-lauk sebegini sememangnya amat menambat selera warga kampung sejak dahulu lagi berbanding menikmati lauk-lauk mewah seperti udang, sotong, ikan tenggiri, ikan merah dan sebagainya.



Keenakan lauk kampung ini memang mengenyangkan perut apath lagi disantap secara beramai-ramai. Alamak tak cukup nasi seperiuk dibuatnya.

Inilah yang admin ingin bawa keenakan lauk kampung terutama gulai lemak ikan haruan yang dimasak bersama daun kadok memang menambat selera dan berkhasiat.



Kedai makan yang terletak di Kg Bukit Yong di sempadan Kelantan- Terengganu ini sentiasa menggamit pelanggan dengan lauk sebegini termasuk Gulai Siput Sedut, Ikan Darat Goreng, Kulat Sisir Goreng dan macam-macam lagi.

Percubaan admin untuk mencuba selera di gerai yang hujung sekali tidak menghampakan. Makan sekeluarga 4 orang dalam RM37.00 boleh dikira berpatutan.



Kedai ini terletak di sebelah kiri jalan jika anda daripada Bandar Jerteh menghala ke Pasir Puteh. Destinasi makan tengahari yang patut dicuba.

Friday 10 October 2014

Delegasi Terengganu ke Let's Go Malaysia di Medan, Indonesia


Seramai 13 agensi terdiri daripada 8 hotel dan resort serta 5 agensi pelancongan dan pegawai SUK Terengganu dan KETENGAH telah mengikuti Program Travel Mart Let's Go Malaysia di Medan, Indonesia pada 2 hingga 4 Oktober 2014. Program ini telah di anjurkan oleh Syarikat penerbangan YOU Wings iaitu rakan penerbangan Sriwijaya Air .





Ia di adakan sempena 2 penerbangan terus antarabangsa oleh YOU Wings iaitu daripada MEDAN ke KUALA TERENGGANU dan MEDAN ke IPOH pada November ini. Ia merupakan satu peluang yang hebat dalam meneroka potensi pelancongan dan perniagaan di antara ketiga-tiga destinasi tersebut.





Program ini telah dapat menarik ramai hadirin yang terdiri daripada pengusaha agensi pelancongan di Medan untuk hadir dan mendapatkan maklumat mengenai pelancongan negeri Terengganu dan Perak.



Majlis ini juga turut di hadiri oleh Pengerusi YOU Wings iaitu Dato' Hakim Hamidi, Pengerusi ASITAS Sumatera Utara, Bapak Solahudin Nasution Ghani, Consul General Malaysia, Ahmad Rozian Abd Ghani serta Encik Ftahil Abd Ghani, Pengurus Promosi Tourism Terengganu.

Bersama Dato' Hakim Hamidi, Pengerusi YOU Wings

Bersama CEO YOU Wings, Daniel Lee



Delegasi dari Terengganu dan Perak ini turut dibawa oleh pihak penganjur YOU Wings ke beberapa tempat menarik di Kota Medan seperti Istana Maimun, Pasarikan, Pesta Durian di Ucop Durian serta menikmati keunikan kota Medan.

Dengan adanya penerbangan terus daripada Kuala Terengganu dan Ipoh ke Medan akan meningkatkan lagi aliran pelancong dan pengunjung ke ketiga-tiga bandaraya tersebut dalam memajukan industri pelancongan masing-masing.

Delegasi Medan juga dijangka akan mengunjungi Kuala Terengganu pada 10 hingga 13 Oktober ini bagi mengenali negeri Terengganu dengan lebih dekat lagi.

Terima kasih YOU Wings www.youwings.com

Tuesday 7 October 2014

Pameran 1001 senjata di Muzium Negeri Terengganu sehingga 31 Disember 2014


Muzium Negeri Terengganu mensasarkan kehadiran 50,000 pengunjung ke Pameran 1001 Senjata yang akan berakhir 31 Disember ini.
Timbalan Pengarah Muzium Negeri, Che Muhammad Azmi Ngah berkata, pameran selama tiga bulan bermula 26 Ogos lalu itu mempamerkan pelbagai jenis senjata termasuk koleksi senjata tradisional dan moden.
“Koleksi yang dipamerkan antaranya pedang, taji, belati, lembing, tombak, tulang ikan pari dan ia datang dari seluruh pelusuk negeri termasuk Sabah, Sarawak, Kedah dan juga koleksi Muzium Terengganu sendiri,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Perasmian Pameran 1001 Senjata yang disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Zubir Embong di Kompleks Muzium negeri Terengganu, hari ini.

BHM_1385
Koperal Salehudin Ahmad Museh dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu (Kanan) menerangkan sesuatu mengenai senjata api yang dipamerkan kepada Mohd Zubir (Kiri) pada Majlis Perasmian Pameran 1001 Senjata di Kompleks Muzium Negeri Terengganu, Losong, Kuala Terengganu.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri. A. Latiff Awang dan ADUN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.
Menurut Che Muhammad Azmi, sebanyak 200 koleksi senjata yang dipamerkan pada setakat ini dan jumlah tersebut dijangka akan meningkat sehingga 1001 senjata apabila pameran berakhir.
Katanya, dalam tempoh tersebut juga pertandingan keris dan demostrasi membuat keris juga akan diadakan.
“Selain mencungkil dan membongkar budaya silam, pameran ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat terutama generasi muda terhadap fungsi dan peranan senjata dalam dunia Melayu pada masa lalu dan sekarang,” ujarnya.

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog