iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Tuesday 24 November 2015

Baucer Penginapan PERCUMA di MIATE 2015, Maerps Serdang oleh Peladang Setiu Agro Resort



Sempena Pameran Malaysia International Agrotourism Exhibition 2015 atau MIATE 2015 yang akan di adakan di MAERPS, Serdang pada 26 hingga 29 November 2015, Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu menawarkan Baucer Penginapan PERCUMA kepada anda dengan mengunjungi Ruang pameran AGRO KEMBARA di Pavilion MOA .

Anda berpeluang memiliki Baucer PERCUMA Penginapan 2 Hari 1 malam di Peladang Setiu Terengganu.

Resort ini juga menawarkan tawaran harga bilik istimewa serendah RM63.60 semalam untuk anda.

Jom kita ke MIATE 2015, banyak aturcara menarik menanti anda di sana.

#terengganumyheritage
#pesonaterengganu
#dekatje

Patin Masak Tempoyak, Restoran Pak Akob Kuantan memang sedap!

 

Baru-baru ini semasa menghadiri satu seminar di Kuantan, sempat singgah untuk makan tengahari di sebuah kedai yang terkenal dengan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak versi Pahang iaitu di Restoran Pak Akob 1, yang terletak di belakang Maybank.
Pertama kali  menjejak kaki ke restoran ini walaupun telah banyak kali berulang alik ke Kuantan dan dahulunya setiap minggu ke Kuantan.

Apabila menikmati masakan ikan patin memang sedap dan menyengat dan rasanya lain dan berbeza dengan masakan ikan patin di RNR samada Gambang mahupun Temerloh. Dengan ikhlas hati memang A++

Harganya juga adalah RM13.00 seketul dengan saiz potongan yang besar bagi patin sangkar dan ada satu lagi iaitu masakan patin buah RM35 seketul. Berpatutan dan berbaloi

 

Di tambah lagi dengan keenakan pucuk ubi masak tempoyak dan gulai lemak daging salai. Memang menambat selera.
Restoran ini sememangnya terkenal dikalangan warga Kuantan dan selalu dikunjungi oleh pembesar-pembesar negeri Pahang.


#thisispahang
#terengganumyheritage
#dekatje

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog