Posts

Showing posts from August, 2024

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

Image
  Warung Pak Nong Celup Tepung di pantai Kg Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu adalah antara destinasi makan celup tepung terbaik di Terengganu. Ia boleh di katakan menjadi destinasi wajib pengunjung mahupun pelancong yang datang ke Terengganu untuk menikmati hasil laut segar di sini. Kunjungan admin baru baru ini pada hari biasa pun penuh rumbu orang datang ke sini untuk menikmati keenakan celup tepung Pak Nong di sini. Itu hari biasa, jika hari minggu maka perlu sabar menunggu untuk mendapatkan tempat. Udang bersaiz A sebagai hidangan, puashati Sememangnya di akui ikan, sotong mahupun udang yang disajikan di sini memang segar dan fresh. Malah udang size A digunakan. Memang puashati makan. Sotong juga segar dan enak sekali. Harga sememangnya berpatutan. Apa yang menarik, dengan suasana bayu pantai, pengunjung disajikan dengan abang busker yang menghiburkan pengunjung. Memang sedap sotong celup tepung ni, siap menambah lagi. Tinjauan admin sendiri pun, ramai pengunjung Pak Nong

Mee Celup Stambung di Tkt 4 UTC Kuala Terengganu di PB Square.. memang stambung dan sedap... kenyang nyandar

Image
  Lama tak kena Mee Celup stambung sini di Foodcourt Tkt 4 UTC. Sedap mee celup perut bulat sinning... Perut banyak.. Molek wat tebal sikit perut hok nipis ni . Ada 5 gerai yang beroperasi di sini. Temapt makan bersih dan selesa. Makan dalam aircond. Sebelah je dengan Paya Bunga Hotel iaitu The Best City Hotel dan Muslim Friendly Hotel. Ada lagi ruang kedai kosong untuk disewa. Bagus lokasi sini dengan pelanggan telah tersedia ada disekeliling. Sewa kalau dok silap bermula rm1000 sebulan. Dengan kemudahan lengkap lif, ecalator, surau, mesin atm dan macam macam. Hok nak tahu lanjut boleh hubungi pihak Pmint Urus atau boleh tanya kat kaunter maklumat kat bawah sebelah Zus Coffee. Selain mee celup, ayam penyet sini pun sedap.. nanti kita review semula. Ada jugak saing ambe tanya, dah review ni orang bayor ke?. Dok pun. Makan ambe bayor dengan pitih ambe. Tuan kedai pun dok tau. Hok sedak kita kongsi. dan tolong bagi tau. Hok biasa biasa pun kita support jugak muge selera ni masing masing

Makan Kari Kepala Ikan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.. sedap weeh...

Image
  Hari ini berkesempatan menghadiri satu majlis anjuran PMINT di Taman Tamadun Islam Tti . Menu hidangan tengahari ini adalah Kari Kepala Ikan. Ini kali pertama mencuba menu ini di TTI. Masya allah memang sedap. Berebut 2 pinggan kepala ikan. Sangat puashati dengan rasa kari dan ikan yang segar. Pakej untuk kari kepala ikan ini adalah RM120 dan boleh makan 3-4 orang. Dengan suasana makan di pinggir sungai mahupun acara di dewan memang amat sesuai. Menurut Bos TTI pakej Kari Kepala ikan ini ada pada setiap Sabtu dan Ahad. Walaubagaimana pun bagi tempahan aturcara boleh di atur mengikut tempahan kita. Malah venue makan juga boleh pilih samada di tepi sungai, di dewan mahupun di atas feri sambil bersiar suar di Sungai Terengganu. Bagi yang nak cuba boleh lah tanya pihak Taman Tamadun Islam untuk tempahan dan maklumat lanjut. Orang kata kalau makan karinkena cium bau tangan.. kalau lekat bau sedap lah tu #tamantamadunislam #karikepalaikan #makanterengganu #BeautifulTerengganuMalaysia

Semut madu gurun di Mexico.. uniknya ciptaan Allah swt

Image
  Semut madu gurun Di Mexico, Oaxaca, terdapat semut madu yang terkenal kerana perutnya penuh dengan madu yang lazat yang boleh anda petik dan kemudian membiarkan semut kecil itu pergi dengan mudah. Ia dikenali di pekan Oaxaca sebagai chindudis, iaitu sejenis Semut yang hanya menghasilkan madu daripada meletakkannya di dalam sarang lebah, ia menghasilkan kantung di sebelah perutnya yang membengkak ke luar sementara ia dipenuhi dengan rasa manis, yang diekstrak pada waktu malam dari nektar bunga ke kawasan padang pasir. Ia boleh ditemui di beberapa komuniti, terutamanya di wilayah Mixteca Apabila hujan tidak turun, Tuhan menjadikan itu sebagai alternatif bagi mereka. Botijas, Teuco Ntodi (sejenis Mixtec bermaksud semut madu), Venitos, Penguinas, antara lain, kerana nama berbeza dari bandar yang berbeza. Apa yang anda perlu lakukan ialah menggali sedikit pada hari di mana anda melihat semut dan anda akan dapati manis ini, walaupun rasanya Manis tetapi mempunyai pelbagai perisa bunga.

Tuan Guru Abd Rahman Pombeng... Ulama Patani yang berbakti di bumi Terengganu satu ketika dahulu.

Image
  Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman Pombeng. Beliau merupakan menantu kepada Pak Da Eil Mekah. Sedikit manaqib beliau : Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng ( 1930 - 2008 ) Tuan Guru dilahirkan di sebuah kampung bernama Pombeng dalam daerah Penarik, Patani. Selepas belajar di sekolah dasar bahasa Thai sehingga darjah 4, beliau pindah belajar di Pondok Kuala Beruas pada tahun 1941 seterusnya ke Pondok Mak Enggol pada 1947 dan akhirnya ke Mekah. Diantara guru beliau ialah : 1. Tok Beruas / Tuan Guru Haji Abdul Rahman Saghir - Pondok Kuala Beruas 2. Tuan Guru Haji Hassan Mak Enggol - Pondok Mak Enggol 3. Syeikh Abdul Malik Malla 4. Syeikh Said Jundal 5. Syeikh Mahmud Sawaf Iraq 6. Syeikh Abu al Wafa Mesir 7. Syeikh Badran 8. Syeikh Mutawalli 9. Syeikh Ali al Siba'i 10. Syeikh Alawi Abbas al-Maliki 11. Syeikh Hassan Masyath 12. Syeikh Amin Kutbi 13. Pak Da Eil Mekah 14. Tok Ahyad 15. Syeikh Daud Sulaiman al-Kalantani 16. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili Beliau pulang ke Patani pada tahun 19

Memori Pejuang- Ismail Haniyyah... pemimpin Hamas yang perlu diingati dalam sejarah.. Al fatihah

Image
  Anaknya meriwayatkan kisah gambar ini.. Sudah tiba masanya tubuh ini berehat. Selepas dua hari penuh dengan pertemuan dan rundingan, ayah saya pulang ke rumahnya keletihan dan penat dari salah satu mesyuarat yang diadakan untuk menghentikan serangan penjajah Zionis. Ayah saya, yang berjuang di bawah tanggungjawab memegang amanah rakyat dan beban berat perjuangan suci, tidur tanpa menukar pakaiannya kerana keletihan. Oleh itu, saya mengambil gambar ini. Saya tahu bahawa suatu hari nanti ayah saya akan meninggalkan dunia ini setelah menjalankan tugasnya di dunia, menyerahkan amanah yang dipegangnya dan mengangkat panji-panji jihad kepada generasi yang akan memikul tanggungjawab ini selepasnya. Perjuangannya adalah perjuangan yang menolak pencemaran, tunduk, mengakui musuh yang menjajah, dan menyerah kalah. Beliau menyerahkan panji dan pergi tanpa menandatangani sebarang perjanjian yang mengabaikan Palestin dalam perjuangan yang diamanahkan kepadanya. Semasa pemergiannya, para pejuang d

Nasi Ayam Yunan Batu Buruk, di antara nasi ayam terbaik di Terengganu.. cubalah

Image
  Makan tengahari di Kuala Terengganu? Nasi Ayam Yunan di Medan Selera Batu Buruk antara nasi ayam terbaik di Terengganu. Ayam dan sos kicap serta sambalnya cukup memikat selera. Ditambah dengan Baby Kailan dan sayur taugeh memang jaddi dan palut molek, kata orang Teranung. Kedai nasi ayam ini sudah lama bertapak di Kuala Terengganu dengan resepi Cina Muslim Yunan yang menjadi sebahagian Cina Muslim Terengganu sejak sekian lama. Selain Nasi ayam yunan , Nasi Ayam Nurul Iman depan Smaasza Baru Buruk juga antara nasi ayam lejeng bagi orang Terengganu. Datang Terengganu banyak lokasi makanan sedap patut rasa. #nasiayamyunan #nasiayamterengganu #makantengahariterengganu #BeautifulTerengganuMalaysia #jalanjalancarimakan

Pengunjung blog