iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Wednesday 30 June 2021

Ayam Masak Lemak Daun Kaduk, resepi asli Terengganu

 



Resepi Masak Lemak Terengganu ini amat unik sekali. Dan memang sedap dan bahannya mudah dan simple je.

Untuk Resepi Ayam Masak Lemak Daun Kaduk ini adalah;

-1/2.ekor ayam 

- santan kecil x 2 kotak

-3 labu bawang besar #

-4 ulas bawang putih # 

- 1 inci halia #

- 2 inci kunyit hidup #

- 1 helai daun kunyit #

- 3 cili besar # 

- asam keping 

- daun kunyit dan daun kaduk- di potong 

Cara cara memasaknya 

- kisar bahan bertanda # dan masukkan dalam periuk bersama 2 liter air dan santan dan ayam 

- masukkan asam keping dalam 3-4 keping 

- biarkan hingga mendidih dengan api sederhana 

- masukkan daun kunyit dan daun kaduk yang di potong 

- perisakan dengan garam, sedikit gula dan sedikit cukup rasa.

- bagi yang suka pedas boleh masukkan cili api 

Dah sedia untuk di makan.

Resepi masak lemak ini boleh dikatakan bahan asas dan boleh dipelbagaikan dengan masak bersama- 

- ikan tenggiri atau cermin atau merah yang diperap garam semalaman 

- juga daging yang diperap garam semalaman 

- masak lemak ikan haruan atau keli 

- masak lemak daging salai atau itik salai atau ayam salai 

Juga boleh ditambah belimbing buluh, timun batang atau terung pipit dalam masakan.

Memang membangkitkan selera 

Selamat mencuba 

#terengganupedia

#ripumportal
























Saturday 26 June 2021

Ubi Gadung.. ubi beracun menjadi santapan orang tua kita.. hebat kan..

 


Selepas  post satu gambar ubi gadung yang dijumpai di kebun di Kg Hulu Kekabu, Setiu, Terengganu, rasa terpanggil untuk mencari sedikit maklumat berkaitan dengan ubi gadung ini.

Pelbagai respon dari sahabat berkaitan ubi yang agak payah untuk dijumpai kini dan agak 'rare' ini.

Nama saintifik ubi gadung ini adalah Dioscorea daemona atau D.hispada Dennst. Di Thailand ia dikenali sebagai Kloi dan manakala di Filipina ia dipanggil Nami.

Ia merupakan sejenis ubi beracun jika dimakan mentah begitu sahaja ,alah mengikut laporan jika memakan ubi ini secara mentah bersaiz epal sahaja boleh membunuh si pemakannya. Walaupun begitu ia tetap menjadi santapan yang yang enak orang-orang tua kita dahulu. Hebat kan. Barang beracun menjadi santapan. Dan Admin juga pernah memakannya semasa kecil ubi ini yang dibuat oleh arwah bonda untuk dimakan dengan kelapa bersama garam dan gula. memang sedap terutama pada musim hujan.

Ia dikatakan berasal dari India tetapi telah tersebar luas di Asia Tenggara dan cukup banyak dihutan-hutam negara kita samada di hutan sekunder, belukar mahupun lembah terutama berdekatan dengan alur atau sungai.

Dari segi perubatan, ia mempunyai ciri ciri pembunuh cacing dan serangga.

Bahan beracun yang tinggi dalam ubi ini dikenali sebagai Alkaloid dioscorin yang beracun. Bahan alkaloid yang terkandung dalam ubi ini akan menyebabkan radang kerongkong, pening kepala, muntah darah, kesukaran bernafas, mengantuk dan keletihan. Pada kebiasaannya, berlaku keracunan yang menyebabkan kematian akibat memakan ubi ini secara mentah selepas 6 jam memakannya. Tidak hairan lah jika ubi ini tidak terusik oleh babi atau khinzir di kebun.

Walaupun kedengarannya menakutkan, ubi ini mampu menjadi santapan orang-orang tua kita. Ianya perlu diproses dengan betul sebelum dijadikan menu yang enak.

Petua orang tua-tua untuk memproses ubi gadung ini adalah:

-ianya hendaklah dihiris nipis-nipis, kemudian dimasukkan ke dalam karung atau guni dan diletakkan di aliran air yang mengalir selama tiga hingga empat hari bagi menghilangkan racunnya. ianya boleh dilihat jika ikan-ikan kecil mulai memakan habuk-habuk atau sisa sisa ubi, bermakna racunnya sudah tiada.

kemudian ubi itu direndam dengan garam dan dibasuh dan dibilas bersih. Barulah direbus sehingga empuk. Ada yang merebus ubi sahaja dan ada yang merebus bersama pulut.

kemudian setelah masak, ia enak dimakan bersama kelapa yang digaul bersama sedikit garam dan gula. Dan boleh makan bersama ikan masin, ikan pekasam atau ikan kukus goreng.

Ianya boleh dikembangkan lagi secara komersil lagipun binatang pemangsa tidak berani mengusiknya. 

Sebelum ini ada kedengaran Universiti Malaysia Terengganu membuat kajian bagi membangunkan lagi produk ubi gadung ini cuma tidak diketahui setakat mana perkembangan cadangan tersebut.

Monday 21 June 2021

Bagaimana menjadi usahawan Shopee yang berjaya..

 


Jika anda mahu menceburi perniagaan zaman sekarang, anda perlu melihat peluang pasaraya mana atau platform mana yang perlu anda kuasai atau punyai untuk meletakkan barangan anda.


Pasaraya yang paling ramai dikunjungi adalah yang terbaik kerana peluang menjual di sini adalah lebih besar.

Mengikut iPrice Map of E commerce Q4 2020, pasaraya online yang palung ramai dikunjungi adalah Shopee dengan kunjungan melebihi 47.3 juta orang setiap bulan. Ia diikuti oleh Lazada dengan kunjungan atau aliran trafik seramai 14.7 juta orang setiap bulan.

Manakala PG Mall dan Zalora masing-masing menerima kunjungan seramai 7.08 dan 1.12 juta kunjungan setiap bulan.

Di Shopee walaupun persaingan untuk mendapatkan pelanggan adalah tinggi, tetapi peluang untuk mendapatkan jualan dan pelanggan juga tinggi dengan sistem dan sokongan jualan seperti promosi Mega Sales, malah anda juga diberi panduan dan bimbingan serta latihan bagaimana untuk meningkatkan sales anda, malah cara untuk men'deko'kan kedai anda juga diajar daripada asas hingga lanjutan.

Ia turut disoking dengan sistem logistik dan penghantaran yang pantas dan memuaskan melalui rakan strayegik Shopee iaitu peekhidmatan kurier J&T yang membuka banyak outlet diseluruh pelusuk tanahair. Selain itu juga kerjasama dengan perkhidmatan kurier yang lain seperti Poslaju, Gdex dan lain-lain.

Jika diperhatikan, pelbagai barangan kini dijual diplatform online ini malah lebih banyak barangan dari mana mana pasaraya terbesar di Malaysia.

Malah pasaraya besar seperti Tesco pun turut sama menggunakan platform ini sebagai sokongan dan alternatif jualan.

Trend aliran terkini dengan keyakinan pembelian turutbmbuatkan pembelian melalui platform maya ini telah menjadi satu kegilaan dan keperluan.

Bagi usahawan yang baru berjinak, anda perlu memahami sistem jualan online ini terutama Shopee dan Lazada bagi meletakkan barangan serta mendapatkan jualan.

Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya;

-1 unit telefon pintar atau smartphone

-1 unit komputer laptop atau desktop beserta printer 

-akaun email yang sah dan aktif. 

-akaun bank dan sebaiknya boleh diakses secara online seperti Cimbclicks atau Maybank2u atau mana mana yang sepertinya.

Dari situ, anda perlu kenal pasti barangan yang ingin anda jual dengan asas jualan yang baik seperti unik, sentiasa ada stok, plan marketing yang baik serta margin yang bersesuaian untuk menempatkan diri sebagai oenjual yang bagus atau 'preferred seller'.

Anda juga perlu memberi sedikit masa kepada kedai anda untuk 'kemaskini' samada barangan atau info terkini malah perlu juga mempromosi produk, kedai dan jualan anda diplatform yang lain seperti Facebook, WhatsApp, Instagram dan seumpamanya supaya pelanggan dan bakal pelanggan mengenali kedai dannproduk anda.

Dalam erti kata bisnes, sebenarnya tiada jalan pintas atau jalan mudah untuk berjaya. Ianya memerlukan satu usaha yang gigih dan berdisiplin untuk berjaya, barulah 'tuah' datang membantu.

Anda juga perlu sentiasa menambah ilmu dann  pengetahuan yang boleh didapati dalam pelbagai sumber malah percuma sebenarnya untuk lebih memahamisuoaya bisnes plan anda bertambah baik dan mantap.

Selamat berjaya menjadi usahawan maya.


#ripumportal

#kuliahbisnes





bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog