Posts

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Image
  Semalam mendapat jemputan bagi Peluncuran Buffet Ramadhan Felda Residence Hotel Kuala Terengganu. Majlis juga bersempena pelancaran Kiosk Kopi Settlers di Hotel yang merupakan outlet kopi Felda yang memberi wajah baru kepada operasi dan cafe hotel. Majlis dilancarkan oleh Pengerusi Felda Dato Shaberi Bin Chik dan turut hadir sama adalah Pengerusi Ketengah Dato Rozi Bin Mamat serta pegawai tertinggi Felda ibu pejabat dan Negeri. Harga ' Burung Awal' yang di tawarkab oleh Felda Resodence ini adalah RM57 seorang daripada harga asal iairu RM67 seorang. Antara menu menarik yang ditawrkan adalah Nasi Mandy dan Kambing golek yang sedap. Pelbagai menu tradisional Terengganu seperti colek kateh, nekbat dan semalam ada Laksam yang memang sedap. Majlis turut dihadiri oleh rakan rakan media, agensi kerajaan dan sahabat handai. Terima kasih Puan Rosma, Pengurus Besar Hotel atas jemputan serta makanan yang sedap dan enak. #TRUETerengganu #buffetRamadhan

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐂𝐀𝐒 𝐋𝐈𝐆𝐀𝐒 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐈𝐌𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 bagi Payang Water Taxi dan Bas Kite

Image
  𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐂𝐀𝐒 𝐋𝐈𝐆𝐀𝐒 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐈𝐌𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 17 Disember 2025 - Syukur ke hadrat Illahi Cas Ligas Sdn Bhd berjaya merangkul 2 Anugerah Seri Iman (ASI) 2025 anjuran Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu iaitu Perkhidmatan Pengangkutan Terbaik (Darat) dan Pengangkutan Terbaik (Laut) menerusi perkhidmatan BAS KITē dan Payang Water Taxi River Cruise. Majlis ini telah berlangsung di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Majlis Anugerah Seri Iman 2025 telah dirasmikan oleh Yb Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu yang mewakili YAB Menteri Besar Terengganu, serta diserikan dengan keberangkatan Yang Amat Mulia Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Tengku Temenggung Raja Terengganu. Sebanyak 20 Kategori dengan 39 Anugerah telah dipertandingkan kep...

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

Image
  Balik dari Besut tadi singgah dekat Gerai Jualan Hasil Laut di Kg Fikri, Setiu, Terengganu Niat nak cari ketam nipah dan lokan. Dapatlah ketam nipah dalam 2kg lebih dengan harga rm35 sekg. Juga kita beli lokan dengan harga 3kg untuk RM10. Lokan ni masak dan di makan segar memang sedap. juga ada tiram dan kepah segar. Kebanyakan hasil ini adalah pencarian nelayan di kawasan Fikri dan Kuala Setiy ini yang amat kaya dengan pelbagai sumber hasil laut.

Warung Jelira Rasa, Kg Guntung Luar, destinasi sarapan pagi popular di Setiu, Terengganu

Image
  Gulai Kerutuk Itik Hari ini dalam perjalanan ziarah kematian bapa saudara di Besut, kita singgah Warung Jelira Rasa Kg Guntung Luar. Di sini popular dengan masakan Gulai kerutub itik, gulai ayam kampung serta ayam kampung goreng. Di antara kedai sarapan pagi yang popular di Setiu. Gulai dia bukanlah paling sedap, tapi apabila makan membuatkan kita teringat dan ada identiti rasa dia yang tersendiri. Lokasi kedai di trafik light Kg Guntung Luar dan boleh Waze atau Google Map Warung Jelira Rasa. Ia dibuka setiao hari dari jam 7.00 pagi sehingga jam 2.00 petang dan Turup pada setiap Sabtu. Dah gitu lah.. Ambe makan dulu Gulai Ayam Kampung

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Image
  Memperkenalkan Teh Haritaki daripada Setiu herbs Teh yang diperbuat daripàda buah belimbing gunung iaitu Chebulic myrobalan yang telah digunakan lebih 2000 tahun oleh perubatan Ayurveda. Dalam bahasa Cina iai di sebut 'He Zhi'. Manakala dalam bahasa Tibet di sebut ' A ru ra'. Buah ini mengandungi Asid Chebulic yang membuatnya rasa masam yang ia amat baik untuk kesihatan dan bersifat alkali dalam badan. TEH BELIMBING GUNUNG – Rahsia Herba Alam untuk Kesihatan Menyeluruh Diformulasikan dari herba semula jadi belimbing gunung, teh ini bukan sekadar minuman — ia adalah ikhtiar untuk kesihatan dalaman yang lebih baik. ? Khasiat utama: ✔️ Bantu stabilkan paras gula dalam darah (kencing manis) ✔️ Redakan angin dalam badan & kembung ✔️ Kurangkan simptom GERD & pedih ulu hati ✔️ Bantu kawal tekanan darah tinggi ✔️ Merawat sakit sendi akibat gout ✨ Rasa lembut & menenangkan ? 100% semulajadi, tanpa bahan kimia ☕ Mudah disediakan – hanya rendam & minum Minum set...

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Image
  Sebesar besar tahniah buat sahabat ambe Tuan Haji Abdul Hadi Alias atas perlantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMINT yang baru. Semoga PMINT dapat mencipta sejarah baru dibawah teraju beliau nanti. Beliau sebelum ini adalah Pengurus Besar Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu. Juga sebagai anak Smaaaszalian juga ambe merasa bangga apabila super senior menggalas jawatan tertinggi negeri Tahniah Tuan Haji Hadi Alias

Tahniah buat Pengurus Besar Paya Bunga Hotel yang baru, Encik Zulkifly Yusof

Image
  sekalung tahniah buat sahabat ambe ini juga Zulkifli Yusof yang dilantik sebagai Pebgurus Besar Paya Bunga Hotel Kumpulan Pmint. Juga anak smaaszalian Batu Buruk moga terus sukses memacu PB kek kemuncak. Sekalung tahniah

Pengunjung blog