iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Friday 24 December 2021

Kenyir Monsoon Casting Tournament 2021 berlangsung dengan jayanya di Tasik Kenyir Terengganu

 


KMCT 2021 atau Kenyir Monsoon Casting 2021 telah berlangsung pada 17 hingga 20 Disember 2021 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Acara kali ini disertai seramai 352 peserta daripada dalam dan luar negara termasuk Jepun dan Amerika Syarikat.

Ia adalah acara tahunan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama KETENGAH dan Tourism Malaysia.



Acara ini diadakan dengan konsep 'Catch & Release' bagi memelihara ekosistem serta biodiversity Tasik Kenyir agar kekal dan terus terpelihara.



Sebanyak lebih 24 houseboat terlibat dalam penganjuran kali ini walaupun dengan cabaran musim hujan lebat dan berangin.

Acara ini telah dirasmikan oleh Pengurus Kanan Korporat KETENGAH iaitu Encik Mahdi Amin Bin Ahmad di Pengkalan Gawi dan turut dilepaskan bersama 5000 anak ikan sumbangan Jabatan Perikanan di Sungai Leban bagi kesinambungan kelestarian hidupan di Tasik Kenyir.



Di Pengkalan Gawi juga turut di adakan jualan industri desa seperti ikan dan daging salai, kuih tradisional dan macam macam lagi sempena acara KMCT ini.


#monsooncasting

#beautifulterengganumalaysia

#terengganumyheritage

Thursday 22 July 2021

Sudah tiba musimnya... Pulut santan Durian.. nikmatnya

 


Apabila tiba musim durian, pelbagai keinginan mula timbul terutama nak makan Durian bersama pulut dan santan. Nikmatnya Ya Allah...

Nikmat dan rasanya lain macam. Adunan durian, pulut dan lemak santan bersama sedikit nissan atau gula memang menggamit rasa. Lebih enak dimakan dengan tangan.

Nak mengharapkan beli durian dengan harga yang agak mahal, jadi kita tunggu masa luruh dari kebun nanti. Walaupun sekadar durian kampung tapi isinya dan rasanya menawan.


Setiap musim ada saja pelanggan setia yang menunggu untuk membelinya. Jual jual murah murah agak puas hati makan.


Kebun tidak lah luas sekadar 1 ekar setengah sahaja tapi alhamdulilah seronok berkebun apatah lagi dengan lokasinya ditepi sungai.

Nanti ada sedikit bajet kita cantikkan kawasan tepi sungai supaya mudah nak turun mandi sungai dan juga akan dibuat sebuah pondok atau rumah kebun untuk berkelah dan piknik di kebun.




Monday 12 July 2021

Permohonan pengeluaran I Citra KWSP dan ini linknya

 


Pengumuman bagi pengeluaran I Citra oleh KWSP telah dibuat dan permohonan mulai di buka bermula 12 Julai 2021.

Pastikan no telefon anda adalah sama dengan rekod yang diberi kepada KWSP bagi pengesahan penerimaan kod OTP bagi mengesahkan permohonan.

Laman bagi permohonan I Citra adalah 

https://icitra.kwsp.gov.my/


Thursday 8 July 2021

Kisah nama terpanjang di Malaysia.

 


Ini pun satu lagi kegilaan pelik ibu bapa zaman mutakhir ini iaitu memberi nama anak sampai 4 hingga 5 rangkap macam nak buat pantun.

Nama anak yang dikatakan terpanjang di Malaysia ini adalah Princess Aura Nurr Etmily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian.

Kalau perasan, apabila imam membaca talqin akan di sebut wahai Si Fulan Binti nama ibunya.

Begitu juga apabila anak ini meninggal kelak ataupun semasa berlangsungnya majlis akad nikah, tentu kelam kabut dibuatnya.

Akhirnya di panggil 'mek' je senang.... Mek weeeh.

Ada satu lagi kisah aneh iaitu nama bandaraya terpanjang di dunia adalah nama penuh bandaraya Bangkok yang tercatat dalam buku Guiness Book Of Record.. nanti kita cari kisahnya.

Buku Guiness ini adalah antara buku kegemaran admin sejak sekolah rendah lagi.

Lukisan GILA bernilai jutaan Dollar..

 



Apabila dah namanya Seni. Conteng conteng aje sudah jutaan ringgit nilainya.

Inilah nilai lukisan hasil pelukis Sai Tuombli yang bernilai  Usd2 juta sehingga Usd75 juta.

Siapa yang hebat boleh menafsirkan falsafah lukisan tersebut yang membawa kepada nilaian jutaan Dollar.

Tentang ramai rakyat Malaysia yang berbakat dan kreatif yang boleh menghasilkan lukisan lebih gila dan aneh dari pelukis di atas.

Jom serlahkan bakat anda mahupun anak anda. Daripada menconteng dinding rumah, baik sediakan kanvas, mana tahu ia memberi nilai pada hasil lukisan tersebut.

Admin- tak faham falsafah lukisan.



Saturday 3 July 2021

Menikmati steamboat secara berjemaah di rumah, mudah dan simple.. sedap pulak tu

 


Teringin nak makan steamboat? Ialah kan musim PKP ni mana ada kedai buka nak makan macam ni.. lagi pun makan steamboat tak boleh nak tapau..

Jadi di sini Admin ingin kongsikan resepi mudah untuk anda nak makan steamboat berjemaah kat rumah.

Resepi yang mudah dan simple dan boleh elak makan nasi pada waktu malam bagi yang ingin diet.

Bahan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

- rempah asam pedas adabi 1 paket dan mee hun sup adabi 1 paket 



- 2-3 ulas bawang putih di ketuk 

- bahan untuk steamboat seperti meatball, sotongball, fishcake atau sebagainya yang anda suka 

- mushroom shitake, noki serta tiram 

- kobis panjang, carrot atau apa saja sayur yang anda suka 

- udang atau sotong atau isi ikan 

- ayam atau daging 

- telur 

- mee samada meenhoon, mee kuning atau kue tiaw atau mee maggie 

Cara caranya adalah seperti berikut:

- masukkan 2 atau 3 liter air ke dalam kuali atau periuk 

- masukkan bawang putih dan pes adabi, biarkan hingga mendidih 

- perasakan dengan sedikit garam dan gula 

- kemudian masukkan bahan bahan steamboat 

- masukkan ayam dan daging biaraan hingga masak 

- masukkan udang atau sotong iika ada 

- pecahkan telur 

- dan akhir sekali masukkan mee dan sayur 

- biarkan sekejap dan bolehlah menikmati secara berjemaah 

Anda juga boleh gunakan pes tomyam adabi jika ingin steamboat rasa tomyam.

Sebenarnya nikmat yabg paling besar adalah dapat makan bersama sama dan ianya dapat mengukuhkan dang mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita. 

Selamat mencuba 

Salam dari Bapak Chef

















Wednesday 30 June 2021

Ayam Masak Lemak Daun Kaduk, resepi asli Terengganu

 



Resepi Masak Lemak Terengganu ini amat unik sekali. Dan memang sedap dan bahannya mudah dan simple je.

Untuk Resepi Ayam Masak Lemak Daun Kaduk ini adalah;

-1/2.ekor ayam 

- santan kecil x 2 kotak

-3 labu bawang besar #

-4 ulas bawang putih # 

- 1 inci halia #

- 2 inci kunyit hidup #

- 1 helai daun kunyit #

- 3 cili besar # 

- asam keping 

- daun kunyit dan daun kaduk- di potong 

Cara cara memasaknya 

- kisar bahan bertanda # dan masukkan dalam periuk bersama 2 liter air dan santan dan ayam 

- masukkan asam keping dalam 3-4 keping 

- biarkan hingga mendidih dengan api sederhana 

- masukkan daun kunyit dan daun kaduk yang di potong 

- perisakan dengan garam, sedikit gula dan sedikit cukup rasa.

- bagi yang suka pedas boleh masukkan cili api 

Dah sedia untuk di makan.

Resepi masak lemak ini boleh dikatakan bahan asas dan boleh dipelbagaikan dengan masak bersama- 

- ikan tenggiri atau cermin atau merah yang diperap garam semalaman 

- juga daging yang diperap garam semalaman 

- masak lemak ikan haruan atau keli 

- masak lemak daging salai atau itik salai atau ayam salai 

Juga boleh ditambah belimbing buluh, timun batang atau terung pipit dalam masakan.

Memang membangkitkan selera 

Selamat mencuba 

#terengganupedia

#ripumportal
























Saturday 26 June 2021

Ubi Gadung.. ubi beracun menjadi santapan orang tua kita.. hebat kan..

 


Selepas  post satu gambar ubi gadung yang dijumpai di kebun di Kg Hulu Kekabu, Setiu, Terengganu, rasa terpanggil untuk mencari sedikit maklumat berkaitan dengan ubi gadung ini.

Pelbagai respon dari sahabat berkaitan ubi yang agak payah untuk dijumpai kini dan agak 'rare' ini.

Nama saintifik ubi gadung ini adalah Dioscorea daemona atau D.hispada Dennst. Di Thailand ia dikenali sebagai Kloi dan manakala di Filipina ia dipanggil Nami.

Ia merupakan sejenis ubi beracun jika dimakan mentah begitu sahaja ,alah mengikut laporan jika memakan ubi ini secara mentah bersaiz epal sahaja boleh membunuh si pemakannya. Walaupun begitu ia tetap menjadi santapan yang yang enak orang-orang tua kita dahulu. Hebat kan. Barang beracun menjadi santapan. Dan Admin juga pernah memakannya semasa kecil ubi ini yang dibuat oleh arwah bonda untuk dimakan dengan kelapa bersama garam dan gula. memang sedap terutama pada musim hujan.

Ia dikatakan berasal dari India tetapi telah tersebar luas di Asia Tenggara dan cukup banyak dihutan-hutam negara kita samada di hutan sekunder, belukar mahupun lembah terutama berdekatan dengan alur atau sungai.

Dari segi perubatan, ia mempunyai ciri ciri pembunuh cacing dan serangga.

Bahan beracun yang tinggi dalam ubi ini dikenali sebagai Alkaloid dioscorin yang beracun. Bahan alkaloid yang terkandung dalam ubi ini akan menyebabkan radang kerongkong, pening kepala, muntah darah, kesukaran bernafas, mengantuk dan keletihan. Pada kebiasaannya, berlaku keracunan yang menyebabkan kematian akibat memakan ubi ini secara mentah selepas 6 jam memakannya. Tidak hairan lah jika ubi ini tidak terusik oleh babi atau khinzir di kebun.

Walaupun kedengarannya menakutkan, ubi ini mampu menjadi santapan orang-orang tua kita. Ianya perlu diproses dengan betul sebelum dijadikan menu yang enak.

Petua orang tua-tua untuk memproses ubi gadung ini adalah:

-ianya hendaklah dihiris nipis-nipis, kemudian dimasukkan ke dalam karung atau guni dan diletakkan di aliran air yang mengalir selama tiga hingga empat hari bagi menghilangkan racunnya. ianya boleh dilihat jika ikan-ikan kecil mulai memakan habuk-habuk atau sisa sisa ubi, bermakna racunnya sudah tiada.

kemudian ubi itu direndam dengan garam dan dibasuh dan dibilas bersih. Barulah direbus sehingga empuk. Ada yang merebus ubi sahaja dan ada yang merebus bersama pulut.

kemudian setelah masak, ia enak dimakan bersama kelapa yang digaul bersama sedikit garam dan gula. Dan boleh makan bersama ikan masin, ikan pekasam atau ikan kukus goreng.

Ianya boleh dikembangkan lagi secara komersil lagipun binatang pemangsa tidak berani mengusiknya. 

Sebelum ini ada kedengaran Universiti Malaysia Terengganu membuat kajian bagi membangunkan lagi produk ubi gadung ini cuma tidak diketahui setakat mana perkembangan cadangan tersebut.

Monday 21 June 2021

Bagaimana menjadi usahawan Shopee yang berjaya..

 


Jika anda mahu menceburi perniagaan zaman sekarang, anda perlu melihat peluang pasaraya mana atau platform mana yang perlu anda kuasai atau punyai untuk meletakkan barangan anda.


Pasaraya yang paling ramai dikunjungi adalah yang terbaik kerana peluang menjual di sini adalah lebih besar.

Mengikut iPrice Map of E commerce Q4 2020, pasaraya online yang palung ramai dikunjungi adalah Shopee dengan kunjungan melebihi 47.3 juta orang setiap bulan. Ia diikuti oleh Lazada dengan kunjungan atau aliran trafik seramai 14.7 juta orang setiap bulan.

Manakala PG Mall dan Zalora masing-masing menerima kunjungan seramai 7.08 dan 1.12 juta kunjungan setiap bulan.

Di Shopee walaupun persaingan untuk mendapatkan pelanggan adalah tinggi, tetapi peluang untuk mendapatkan jualan dan pelanggan juga tinggi dengan sistem dan sokongan jualan seperti promosi Mega Sales, malah anda juga diberi panduan dan bimbingan serta latihan bagaimana untuk meningkatkan sales anda, malah cara untuk men'deko'kan kedai anda juga diajar daripada asas hingga lanjutan.

Ia turut disoking dengan sistem logistik dan penghantaran yang pantas dan memuaskan melalui rakan strayegik Shopee iaitu peekhidmatan kurier J&T yang membuka banyak outlet diseluruh pelusuk tanahair. Selain itu juga kerjasama dengan perkhidmatan kurier yang lain seperti Poslaju, Gdex dan lain-lain.

Jika diperhatikan, pelbagai barangan kini dijual diplatform online ini malah lebih banyak barangan dari mana mana pasaraya terbesar di Malaysia.

Malah pasaraya besar seperti Tesco pun turut sama menggunakan platform ini sebagai sokongan dan alternatif jualan.

Trend aliran terkini dengan keyakinan pembelian turutbmbuatkan pembelian melalui platform maya ini telah menjadi satu kegilaan dan keperluan.

Bagi usahawan yang baru berjinak, anda perlu memahami sistem jualan online ini terutama Shopee dan Lazada bagi meletakkan barangan serta mendapatkan jualan.

Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya;

-1 unit telefon pintar atau smartphone

-1 unit komputer laptop atau desktop beserta printer 

-akaun email yang sah dan aktif. 

-akaun bank dan sebaiknya boleh diakses secara online seperti Cimbclicks atau Maybank2u atau mana mana yang sepertinya.

Dari situ, anda perlu kenal pasti barangan yang ingin anda jual dengan asas jualan yang baik seperti unik, sentiasa ada stok, plan marketing yang baik serta margin yang bersesuaian untuk menempatkan diri sebagai oenjual yang bagus atau 'preferred seller'.

Anda juga perlu memberi sedikit masa kepada kedai anda untuk 'kemaskini' samada barangan atau info terkini malah perlu juga mempromosi produk, kedai dan jualan anda diplatform yang lain seperti Facebook, WhatsApp, Instagram dan seumpamanya supaya pelanggan dan bakal pelanggan mengenali kedai dannproduk anda.

Dalam erti kata bisnes, sebenarnya tiada jalan pintas atau jalan mudah untuk berjaya. Ianya memerlukan satu usaha yang gigih dan berdisiplin untuk berjaya, barulah 'tuah' datang membantu.

Anda juga perlu sentiasa menambah ilmu dann  pengetahuan yang boleh didapati dalam pelbagai sumber malah percuma sebenarnya untuk lebih memahamisuoaya bisnes plan anda bertambah baik dan mantap.

Selamat berjaya menjadi usahawan maya.


#ripumportal

#kuliahbisnes





Friday 21 May 2021

Itik dan Arnab Salai SETIU.. mula mendapat tempat dihati pelanggan... sedap bau asap

 

Itik Salai Setiu

Berikutan keadaan PKP yang berterusan dan menjejaskan industri pelancongan dengan begitu teruk sekali, admin terpaksa mengambil inisiatif yang positif untuk survive dalam meneruskan kehidupan yang tak menentu dan bila pandemik ini akan beransur.

Tak perlu mencipta alasan tetapi ciptalah peluang, maka terhasil lah produk SALAI dari daerah Setiu, Terengganu.

Arnab Salai Setiu


Dan buat masa ini produk salai yang dikeluarkan adalah Itik Salai, Arnab Salai, Daging Salai dan Keli Salai.

Ianya enak sekali jika dimasak lemak bersama daun kadok dan belimbing buluh, ada yang bubuh daun kunyit dan cili api.

Sambutan alhamdulilah sudah mula bertambah baik dan tempahan sudah mula diterima dan semalam pun Itik Salai Setiu sudah mendarat di Shah Alam.

Dan esok ada lagi tempahan Itik Salai untuk pelanggan tempatan.



Jika direnung inilah antara warisan dan alternatif orang tua kita dahulu dalam memanjangkan hayat makanan yang dulunya mana ada peti sejuk untuk disimpan lama selain dibuat masin atau disiman rebus  selain menyimoan stok hidup.

Dan mungkin inilah antara sumber makanan semasa menghadapi peperangan yang memakan masa berbulan-bulan. Teknik menyalai makanan adalah salah satu sumber bagi bekalan makanan oang orang dahulu samada berperang mahupun belayar.

Itik Salai yang dipanggang segar


Bagi yang ingin mendapatkan Itik dan Arnab Salai SETIU bolehlah membuat tempahan awal kerana ia dibuat secara kecil kecilan sahaja buat masa ini. Dan insyallah permintaan akan cuba dipenuhi sebaik mungkin. 

Bagi pertanyaan dan maklumat lanjut boleh mesej atau whatsapp ke no 0199044003 atau 0189023084.


#itiksalaisetiu

#arnabsalaisetiu

#terengganupedia

Saturday 15 May 2021

Nasi Plov Ayam Uzbekistan yang simple dan sedap... puas hati buat raya masa PKP

 


Untuk menu hari raya, kita cuba kelainan sikit dengan menu nun jauh dari Uzbekistan. Jika di sana ia popular dengan Nasi Plov Daging Kuda yang dimasak dengan kawah yang besar dan memang popular.

Hasilnya puas hati.


Menu pagi Raya
Nasi Plov Chicken Uzbek
Dengan Salatah dan sambal
Resepi Nasi
4 cawan beras basmathi atau beras biasa
Rendam 10 minit dan tos
Ayam 1/2 ekor potong ikut sukahati
Boleh juga guna daging atau kambing
Utk kambing atau daging boleh rebus dahulu.
4 ulas bawang besar dimayang
6 ulas bawang putih dimayang
3 inci halia dimayang
Ketumbar ditumbuk atau guna serbuk
1 biji carrot di potong panjang
Cara caranya.
Panaskan minyak .. lebihkan sikit minyak
Tumis bawang dan halia hingga naik bau
Masukkan ayam goreng dan gaul hingga masak
Masukkan ketumbar
Masukkan carrot
Masukkan 2 sudu chicken stok powder
Masukkan garam dan gula
Masukkan beras
Dan sukat air
4 cawan beras = 6 cawan air
Letakkan 2-3 ulas bawang putih kat atas beras
Masak nasi hingga masak.
Untuk salad
Potong tomato 3 biji
Potong timun batang 1 biji
Sedikit bawang besar
Perisakan dengan garam, gula dan cuka
Masukkan sedikit daun ketumbar jika ada
Untuk sambal
Blend 4 biji cili besar
1 inci halia
4 ulas bawang putih
Tambah garam gula cuka
Jika nak lebih pedas tambah cili padi
Dah blend tambah sedikit daun ketumbar
Selamat mencuba
Dari dapur bapak..

Sunday 9 May 2021

Mee Rebus Daging yang simple dan sedap... mudah je

 



Sekali sekala kita ubah selera untuk berbuka puasa dengan menu lebih simple dan mudah iaitu Mee Rebus Daging.

Nak menyamai dengan mee lejeng di Jerteh tu jauh lagi la. Tetapi ia menjadi inspirasi dalam membuat Mee Rebus  Daging ini.

Ianya enak sekali dimakan dengan sambal kicap. Nak pedas atau tidak terpulang pada anda.



Bahan-bahannya:

-1/2 kg daging direbus sehingga empuk

lebihkan air untuk diguna semasa memasak mee.

-daging dihiris nipis-nipis

-bawang putih dan bawang besar di mayang

-sayur sawi

-cendawan shitake jika suka

-fish cake atau fish ball

-mee kuning dicelur atau direndam air panas dan tos


Cara-cara membuatnya:

-tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

-masukkan daging dan goreng seketika.

-masukkan air daging, jika tak cukup boleh tambah air

-masak sehingga mendidih dan daging lembut

-masukkan cendawan  dan fish ball atau fish cake

-perisakan dengan garam, sedikit gula, sedikit cuka 

-boleh tambah sedikit chicken stock powder dan cukup rasa.

-akhir sekali tutup api dan masukkan sayur supaya sayur segar dan enak dan tidak terlalu masak dan menghilangkan zat sayur.



cara buat sambal kicap

- potong cili dan sedikit cili api

-potong 3 ulas bawang putih- jika digoreng sekejap lagi aumm enak

- potong daun ketumbar

-1 sudu besar minyak bijan

-1 sudu besar sos ikan thai

-2  sudu besar kicap manis

- sedikit cuka

-gaulkan dan sedia untuk makan


Masakan Mee Rebus ini mudah dan ringkas dan boleh dijadikan menu untuk tetamu kerana ianya cepat untuk disediakan.


#dapurbapak

#bapakpunbolehmasak

Monday 15 February 2021

Pembuatan Nissang Nyiur.. aktiviti warisan yang patut di pelihara


 Memproses air nira menjadi nissang nyiur atau gula nyiur atau gula melaka adalah salah satu aktiviti hiliran masyarakat Melayu di Malaysia terutama di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan.

Minuman air nira adalah minuman tradisi dan daripada air nira tersebutlah maka terhasilnya nissang nyiur.

Ia merupakan aktiviti tradisional dan masih diamalkan sehingga kini.



Malah daripada nissang nyiur ini boleh dijadikan gula gula nissang mahupun pencicah kepada makanan seperti ketupat dan lemang.

Nissang yang asli adalah 100% daripada air nira yang dimasak sehingga terhasilnya karamel dan tanpa campuran gula walau sedikitpun.

Ada juga yang mengcampurkan nissang ini dengan gula untuk dijual lebih murah yang selalunya dijual sebagai pemanis atau perisa dalam masakan dan kuih muih.

Proses tradisi ini semakin hari semakin terhakis dan berkurang pengusahanya sedangkan potensi untuk dikomersilkan memang tinggi malah aktiviti menarik ini boleh dijadikan tarikan pelancongan berasaskan budaya dan warisan.


Kredit video: Ustaz Rusdi Mat Zin YNWA

Sunday 31 January 2021

Sambal Garing Goreng yang simple dan sempoi.. tak cukup 2 pinggan nasi

 


Di waktu PKP ini, perut asyik berbunyi aje. Meh kita ke dapur tengok apa yang ada.

Ha jom kita buat Sambal Goreng Garing. Jangan marah kalau kena tambah nasi.

Bahan bahannya

-segenggam cili burung hijau

- belacan sebesar ibu jari

-2 labu bawang besar-mayang

- 4 ulas bawang putih-mayang

-gula merah/gula putih


Cara cara membuatnya;

-panas minyak

-masukkan cili.. biar agak garing

-masukkan belacan biar bangkit bau

-masukkan bawang besar dan bawang putih

-lenyekkan cili

- perasakan dengan sedikit gula merah atau gula putih

- untuk garam, cuba rasa dulu sebab rasa dah masin.

Nah.. boleh makan dengan nasi panas

Tambah dengan telur mata mata atau telur dadar..

Fuhh menambah nasi


#bapakchef


Wednesday 27 January 2021

Nasi Mandy Sumai Hotel Apartment memang sedap dan atam besar..kenyang nyandar..

 


Nasi Arab Mandy daripada Restoran Bintang Laut, Sumai Hotel Apartment memang rasa Arab.. puas hati sungguh.

Tengahari tadi semasa ada urusan di bandar Kuala Terengganu, tiba tiba perut nak rasa Nasi Arab.

Hari tu tengok iklan kat fb Sumai Hotel Apartment nampak macam menarik dan terliur pulak.

Jadi singgah di gerai kecil di hadapan hotel yang memudahkan kenderaan untuk mendapatkan Nasi Mandy Ayam Special, kambing atau Lamb Shank.



Sampai di gerai disambut mesra oleh adik penjual, katanya kambing dah habis, tinggal ayam special dan lamb shank, jadi saya minta Ayam Special.



Harga RM12 se pek. Wahh besar pek ni. Macam tak habis je seorang makan.  

Musim PKP, kereta adalah tempat paling sesuai untuk makan.

Nak makan tak kena tempat kan silap silap jadi orang kaya bayar caj RM1k😅.

Bila dibuka pek nasi.. besar ayamnya.. ayam quarter iaitu seekor potong empat. Nasinya pula boleh makan 2 orang, turut disediakan sambal , salatah, sup serta kuah dalca.

Jamah je nasi.. memang sedap dan rasa nasi Mandy, ayamnya besar dan sedap dan rasa arab, sambalnya pun sambal ala arab.

Sup yang disediakan juga sedap. Tapi kalau sup guna stok kambing lagi kaw lah. Dalca mungkin disesuaikan dengan citarasa Malaysia.


Pujian harus diberikan dengan makan bersusah payah dalam kereta tiba-tiba nasi habis.. cuma yang tinggal celah celah bekas tu je tak dapat nak dikutip. Kenyang nyandar. Alhamdulilah

Cuma cadangan kalau set disediakan dengan sedikit air lagi best kan.. tak payah susah susah cari air, boleh makan tepi pantai terus .

Apapun terima kasih atas santapan yang mantap dan sedap.

Terbaik dari Sumai Hotel dan Apartment. Untuk pertanyaan lanjut boleh cari FB Sumai Hotel Apartment tengok pakej yang ditawarkan. Memang berbaloi.

Kue Tiaw Sup ala steamboat yang simple dan sedap.. mudah je..

 


Musim PKP ni kitaran hidup tak meluas sangat, travel pun dari bilik tidur ke ruang tamu.. dan jauh sikit ke dapur. Masuk ofis pun jika perlu. Petang turun ke laman buat sedikit exercise buat keluar peluh sambil tengok pokok pokok yang di tanam zaman PKP ni iaitu pokok Avocado dan Longan Sarawak atau Motoa.

Jadi untuk perkongsian hari ini kita travel ke dapur hasil Bapak Chef iaitu Menu Kue Tiaw ala steamboat yang ringkas dan sedap.



Bahan bahan yang diperlukan

-1 bungkus atau 2 bungkus kue tiaw 

(Saya buat 2 bungkus untuk 6 orang makan)

-semangkuk ayam yang di cincang

- semangkuk bebola yg diguna untuk steamboat, terpulang pada anda

-sedikit cendawan shitake dan noki yang halus tu

- semangkuk kobis bulat atau sayur yg anda suka

-1 paket kecil perencah mee hoon sup adabi

-1 sudu chicken powder

- sedikit serbuk lada sulah

- garam

- sedikit sos tiram

- bawang besar 1 labu dan 4 ulas bawang putih untuk menumis

- sedikit minyak

Cara- caranya

- panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar

- masuk 1 1/2 liter air

-masukkan ayam

-biarkan sehingga mendidih.. biar keluar rasa air ayam

- masukkan sos tiram, chicken powder dan lada sulah serta perencah adabi

-masukkan bebola serta cendawan

- masukkan sayur dan mee

- perasakan dengan sedikit garam

Dah siap untuk dimakan.



Nak sedapkan lagi buat sambal kicap

- potong cili hijau atau merah, masukkan kicap manis dan sedikit kicap masin atau kicap sotong siam, tambah sedikit minyak bijan

Dan tambah limau nipis/kasturi/lemon dan daun ketumbar

Fuhh.. 

Mee ini seakan steamboat.. tak nampak macam Kue tiaw sup..

Selamat mencuba

#bapakchef

#resepimudah

#PKP

Saturday 16 January 2021

Warung Lang Buana.. walaupun tersorok tapi mendamaikan di Kg Panchur Merah, Setiu, Terengganu

 


Untuk kali ini Admin singgah untuk mencuba Sup Belut di sebuah warung yang agak jauh dari jalan besar di Kg Panchur Merah iaitu Warung Lang Buana.

Walaupun bukan dipinggir jalan tetapi lokasi di sini amat mendamaikan dan ramai juga pengunjung yang datang untuk untuk menikmati keenakan menu di sini.

Sup Belut Lang Buana boleh tahan juga rasanya dan sedap dimakan dengan suasana hujan sekarang.



Warung berkonsepkan wakaf wakaf ini cukup menarik dan selesa untuk makan bersama keluarga.

Banyak menu menarik di sini termasuk pelbagai sup dan juga yang mendapat perhatian ramai iaitu Sup Keting.



Untuk datang ke sini jika anda dari Bandar Permaisuri, di simpang lampu isyarat Kg Guntung, belok kiri ke Kg Panchur Merah dan jika dari Jerteh belok kanan.

Terus dalam 2km dan lokasi warung berhampiran dengan SK Panchur Merah, Setiu, Terengganu.

Selamat menjamu selera.

Tuesday 5 January 2021

Kisah Kopi... Di dunia dan Malaysia...

 


Kali ini kita bercerita kisah Kopi. Memang ia minuman kegemaran admin. Di dunia, kopi di tanam seluas 11.12 juta hektar dan Brazil merupakan pengeluar terbesar dunia dengan keluasan 2.15 juta hektar iaitu 19% daripada pengeluaran dunia diikuti dengan Vietnam seluas 1.057 juta ha serta Colombia seluas 0.88 juta ha.

Di Malaysia, pengeluaran kopi hanya menampung 3% daripada keperluan kopi nasional dan 97% keperluan kopi di import iaitu 97,500mt hingga 100,000 mt dari Indonesia 48% dan Vietnam 26%.

Terdapat 3 spesis kopi yang utama ditanam di serata dunia daripada 66 spesis kopi yang ada!.

Spesis Arabica merupakan kopi premium yang berasal dari pergunungan Yaman dan kawasan tanah tinggi Ethiopia. Ia merupakan spesis kopi di tanah tinggi yang kini ditanam di serata tanah tinggi dunia.

Spesis Robusta dikatakan berasal dari bahagian tengah dan barat Sahara di Afrika. Ia merupakan spesis kopi tanah rendah yang tidak kurang popularnya.

Manakala spesis Liberica berasal dari Afrika Barat dan Tengah dari Liberia sehingga ke Uganda dan Angola.

70% spesis kopi di dunia ditanam dari spesis Arabica, 28% dari spesis Robusta dan 2% dari spesis Liberica.

Manakala di Malaysia 75% kopi yang ditanam adalah dari spesis Robusta yang kebanyakannya ditanam di Sabah manakala 15% adalah spesis Liberica yang rata rata di tanam di semenanjung seperti di Kedah, johor dan sebagainya.

Nanti kita sambung lagi kisah kopi ini.

Sunday 3 January 2021

Razna Houseboat satu-satunya 'houseboat' yang mempunyai lif! Unik kan..

 


Razna Houseboat yang mula beroperasi pada Ogos 2020 adalah satu satunya 'Houseboat' di Tasik Kenyir yang mempunyai lif!. Unik kan.

Dengan mempunyai kemudahan 10 buah bilik mampu menampung 30 hingga 40 orang dalam satu masa. Terdapat 1 bilik VVIP serta 2 bilik VIP yang berhawa dingin dan mempunyai bilik air tersendiri. Manakala 7 bilik lain yang selesa berkongsi kemudahan 4 bilik air yang selesa. 


Apa yang istimewa Coach VIP Razna Houseboat ini mempunyai roof top yang selesa bagi menikmati pemandangan tasik yang indah dan menarik sepanjang perjalanan.

Ia juga boleh dijadikan ruang terbuka pelbagai guna untuk beraktiviti, ber barbeque dan macam macam lagi.


Bagi anak anak ianya tentunya menggembirakan dengan kemudahan kolam renang dan gelungsur terus ke tasik yang akan meninggalkan memori yang indah percutian anda.

Ia turut dilengkapi dengan kemudahan kayak, jaket keselamatan serta bot pengiring bagi memberi anda lebih kepuasan dalam beraktiviti serta menjelajah lubuk bagi kaki pancing yang ingin menawan toman atau kelah mahupun sebarau.

Ia juga turut dilengkapi dengan bilik berhawa dingin pelbagai guna dengan kemudahan set pa system dan karaoke bagi manfaat masa anda sekeluarga dan rakan rakan.

Sepanjang perjalanan anda akan di kendalikan oleh 'Kapten Ramli' atau Abang Lie yang penuh pengalaman bagi memastikan perjalanan percutian anda selesa dan selamat.

Dengan pengalaman yang begitu banyak terutama pernah bertugas dengan pasukan Malbat 1 di Bosnia memberi kelebihan dan keseronokan dengan cerita cerita yang menarik.

Razna Houseboat ini adalah yang terkini dan sedia membawa anda ke seluruh pelusuk Tasik Kenyir dengan begitu gah sekali.


Menu dan masakan yang disediakan oleh pihak houseboat juga menarik dan sedap dengan resepi hidangan tradisional Melayu Terengganu. Anda tak perlu risau, memang tak sempat lapar berada di sini.

Apa yang pasti pengalaman di Tasik Kenyir bersama Razna Houseboat sememangnya menawarkan percutian yang menyeronokkan dan memberikan anda masa yang berharga bersama orang yang tersayang.





Bagi maklumat lanjut tempahan, bolehlah berhubung di talian 09 662 6565 ,014 3296565 atau 011 10609897 .

Terima kasih..

#RaznaHouseboat

#TourismMalaysiaWilayah Timur

#Tahunelawatkenyir2021

#cuticutiMalaysia

#terengganumyheritage

#terengganupedia

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog