iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Wednesday 27 February 2019

Rasa nak Makan Rojak Keling.....kat mana paling best di Terengganu?


Image may contain: food

Baru-baru ini admin kebetulan ada urusan di Kuala Terengganu, tiba-tiba rasa nak makan Rojak Ayam atau orang Terengganu panggil Rojak Keling.

Tak tahulah kenapa ia digelar Rojak Keling. Apapun rojak ayam Terengganu ini memang unik dan sedap dengan kuahnya berkacang masam manis cukup rasa dengan jemput atau cekodok, tauhu goreng, telur ebus, ubi kentang rebus yang digoreng bersama salad dan hirisan ayam. Ada yang memasukkan paru dan limpa goreng.

Restoran Hidayah di Jalan Bukit Kecil berhampiran dengan Pasaraya Sabasun. Memang sedap rojak sini.
Minta kuah lebih sikit.

Ada banyak kedai atau restoran yang menjual Rojak Ayam yang sedap di Terengganu ini , di antaranya:

  • Restoran Nasi Ayam Nurul Iman, Batu Buruk
  • Rojak Sultan Chendering
  • Rojak Ayam Buluh Gading
  • Rojak Ayam Batu 6, Hadapan Pasar Batu 6
Dulu ada satu restoran yang admin rasa terbaik untuk Rojak Ayam iaitu di Pulau Kambing depan Kedai Perabot Tat Heng, lepas tutup tak tahu pindah kat mana. Rasa rojak ayam di sini antara paling sedap pernah admin makan dan memang puashati..

Mungkin anda yang tahu mana lagi lokasi rojak ayam yang sedap boleh komen dan bagi cadangan bagi memudahkan kawan-kawan kita penggemar Rojak Ayam Terengganu

#setiupost

Sunday 3 February 2019

RM5 juta diperuntukkan untuk Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) secara tanpa faedah oleh Kerajaan Negeri Terengganu


Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) iaitu pinjaman modal secara tanpa faedah kepada rakyat negeri Terengganu.

Skim SBMT ini diperkenalkan bagi membantu rakyat bagi memulakan atau membesarkan lagi projek pertanian mereka dengan bantuan modal tanpa faedah dan sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi skim ini.




Ianya telah di lancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri iaitu YB Dr Azman Bin Ibrahim di Dewan Sivik Jabi, Besut, Terengganu. Kehadiran orang ramai ke majlis ini amat memberangsangkan walaupun ia dilaksanakan dalam masa yang singkat.

Pinjaman ini akan di uruskan oleh Lembaga Pertubuhan Negeri Terengganu melalui Pertubuhan Peladang Kawasan yang ada di setiap daerah di negeri ini dan pemohon mestilah menjadi ahli PPK bagi melayakkan permohonan bantuan ini.

Skim ini dijangka dan diharapkan dapat membantu rakyat bagi meningkatkan pendapatan melalui sektor pertanian samada tanaman, ternakan, ternak air dan sebagainya.

Bagi mengikuti taklimat berkaitan skim ini boleh lah rujuk jadual taklimat yang akan di adakan di setiap PPK yang berhampiran dengan anda.



Manakala bagi syarat-syarat permohonan dan skop projek boleh lah dirujuk di jadual di bawah:



#setiupost
#terengganumyheritage
#sbmt
#lppterengganu

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog