iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Friday 25 December 2020

'Memukat' di Pasar Pagi Kg Penarik, Setiu, Terengganu.. macam-macam ada..

 


Inilah antara hasil 'memukat' di Pasar minggu Kg Penarik , Setiu, Terengganu

Di kenali sebagai Kacang Bbulu.. memang sedap kacang ni. RM5 se cetong.

Macam macam ada kat pasar ni yang memanjang ni. Plan awal nak pergi jogging, tapi tukar plan dan kita ber 'walking' di sini sambil menyokong bisnes usahawan muda dan orang kampung.

Selain tu macam macam kuih juga hadir dan muncul di sini. Rambang mata dibuatnya, semua rasa nak beli.


Maka terbeli lah.. kacang pol serta kuih bom yang sedap ni.

Sebenarnya sambil cari ikan masin dan ikan bekok serta ikan pekasam buat penambah selera.


Semua ada.. gambarnya.. eh belum.ambil lagi.

Di Setiu terdapat dua pasar minggu pagi pada hari Jumaat iaitu di Kg Penarik dan juga di Kg Rahmat.

Sambil mencari lauk dan bekalan dapur juga boleh membantu merancakkan ekonomi tempatan.




Wednesday 23 December 2020

Kedai kopi Sepadae atau Sempadan... Buat penggemar kopi

 


Kedai Kopi Sepadae yang terlwtak di sempadan Terengganu dan Kelantan merupakan cafe kecil yang mungkin nampak biasa tetapi ada penggemarnya yang tersendiri.

Bagi peminat kopi ia merupakan satu kegilaan untuk menikmati kopi yang sebenar.

Lain tukang kopi lain hasilnya dengan identiti yang tersendiri.

Dengan menggabungkan 'bean' Arabica dan Robusta menghasil rasa kopi yang unik dan menarik.

Harga pula bagaikan cheap sale dengan mutu kopi seperti di cafe berjenama.

Admin menikmati Cappuccino dan Mocha secara 'take away'.

Memang nikmat yang besar bula dapat menikmati kopi sedap yang sebenar.

Juga seronok bersembang dengan punya kedai sambil bertanya sejarah dan idea penubuhan kedai serta pengalaman belajar membuat kopi.

Sepadae atau sempadan.. kopi.. kena.pergi lagi untuk rasa dan nikmati kopi





Thursday 17 December 2020

Selery sayur yang mudah dan murah tetapi mempunyai nilai khasiat yang tinggi..

 


Khasiat Selery atau Celery

Nama saintifiknya iaitu Apium Graveolens L juga dikenali sebagai daun dan batang sup yang banyak dan selalu digunakan dalam masakan terutama sup.

Di antara khasiatnya adalah;

- ia mampu menurunkan darah tinggi

- menghilangkan rasa pening dan sakit kepala

-melancarkan kitaran haid

-serta mengatasi masalah keputihan

Di antara unsur kimia yabg terdapat pada Selery adalah zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, keratin, vitamin A, B kompleks dan C serta magnesium

Ia juga bersifat deuretik di mana membantu memperbanyakkan kandungan air kencing bagi melancarkan perkumuhan.

Ia juga dikatakan mampu mengurangkan kolestrol dalam badan bagi mengekalkan kesihatan jantung.

Selain itu ia juga dapat mengurangkan keradangan dan dapat melindungi hati serta membantu menurunkan berat badan selain membantu meningkatkan proses pencernaan.

Ia adalah sayuran yang amat bermakna dan penuh khasiat yang patut diutamakan didapur anda.

Ia juga sayur yang mudah dan murah dengan nilai khasiat yang tinggi.

Wednesday 16 December 2020

Bawang putih amat berkhasiat, jangan sia siakannya..

 


Khasiat bawang putih atau garlic

Nama saintifik - Allium satirum . L

Di antara khasiat bawang putih adalah ;

- merawat tekanan darah tinggi

- juga mampu merawat pening

- ia bersifat anti biotik

- melegakan sakit gigi, gigitan serangga

- merawat luka dan ulser

-mengelak penyakit stroke dan tombrosis iaitu pembekuan darah dalam jantung

Bawang putih bersifat anti septik, anti bakteria dan anti oksidan


Di antara unsur kimia yang terdapat dalam bawang putih adalah ia mempunyai saponim, flavonoid, minyak atsiri, protein, lemak,selulos, vitamin A, B dan C. Ia turut mempunyai zat kalsium, fosforus dan besi.

Pengalaman admin semasa zaman sekolah ia menjadi ubat jerawat yang amat berkesan. Cara menggunakanya amat mudah iaitu ambil air bawang dan letak dijerawat dan insyalah jerawat akan gugur dan hilang.

Banyak sekali kegunaan bawang ini dan ianya amat mudah ditemui dan sentiasa ada di dapur kita.

Sunday 13 December 2020

7 Tips memperkasakan pulangan bisnes anda.


 

Di antara 7 tip berguna bagi memperkasakan ROI atau return of investment adalah;

1. Melabur atau mengadakan website atau saluran media sosial yang bagus.

Memberi tumpuan dalam membina website yang menarik, page facebook yang interaktif serta instagram dan tweeter yang interaktif.

Sebahagian besar pelanggan dan bakal pelanggan kini berada di alam maya di sini.


2. Melabur dalam pemasaran online

Sesiapa yang menguasai pemasaran online dan digital ia akan menguasai pasaran. Jika perlu mempunyai akaun dengan shopee, lazada atau ebay.. lakukan. Juga perlu mengeluarkan sedikit belanja membuat iklan di Facebook, Instagram mahupun Google atau Youtube.

Trending ini telah menguasai dunia pemasaran terkini dan ianya telah meninggalkan pemasaran secara klasik di media cetak dan media massa.


3. Meningkatkan pelanggan berulang.

Berusahalah untuk membina seramai mungkin pelanggan setia dan berulang. Mereka inilah yang memastika bisnes anda terus hidup.

Terus tawarkan promosi terbaik dan maklumat terkini kepada pelanggan ini.

Menjaga pelanggan berulang jauh lebih jimatkan berbanding mendapatkan pelanggan yang baru.


4. Sentiasa meningkatkan khidmat pelanggan

Sentiasa berlapang dada dalam menerima teguran pelanggan dan ambil langkah untuk perbaiki dan tambah baik dari semasa ke semasa.

Sentiasa dapatkan maklumbalas pelanggan tentang servis atau produk anda  supaya ia sentiasa dalam keadaan terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan.


5. Tingkatkan jualan dengan kupon atau baucer

Buat tawaran kupon atau baucer kepada pelanggan untuk terus kekal menyokong bisnes anda.

Mungkin ia peluang yang terbaik bagi bakal pelanggan mengenal produk dan perkhidmatan anda.

Bina pelanggan baru melalui cara ini dan mengekalkan kesetiaan pelanggan lama anda.


6. Jika perlu, upgrade kan sistem pengurusan anda supaya lebih kemas, teratur dan efisien. Jika bisnes anda restoren atau cafe, mungkin anda perlu mengunakan pos system agar bisnes anda lebih terkawal dan mudah untuk membuat analisa bagi masa depan bisnes anda.


7. Tumpukan pada eco friendly

Banyak cara untuk anda mulakan, mungkin dengan mengurangkan penggunaan plastik, sumber tenaga yang efisien seperti lampu LED, konsep mesra alam, kitar semula dan sebagainya.

Kongsikan apa yang anda lakukan bersama pelanggan.

Banyak lagi tips yang boleh anda praktikkan mengikut kesesuaian bisnes anda.


Kopi Station Hentian Rahmat, kat kampung pun boleh minum kopi 5 bintang..


KOPI STATION sebuah cafe kopi baru kini dibuka di Hentian Rahmat, Kg Rahmat, Setiu, Terengganu.

Cafe yang menyediakan citarasa kopi sebenar menjanjikan rasa kopi yang hebat dan beraroma dan dikisar sendiri sebelum disajikan kepada pelanggan.

Pelanggan boleh menikmati rasa kopi sebenar dengan minuman Espresso, Americano, Cappuccino mahupun latte samada dengan perisa Hazelnut atau Caramel setaraf dengan kopi di restoran mewah atau restoran kopi terkenal..

Hasil tinjauan juga mendapati ramai yang agak terkejut dengan harga kopi yang murah tetapi setaraf dengan cafe-cafe dibandar Secawan Espresso atau Americano hanya berharga RM3.00 secawan, malah Cappuccino atau Latte hanya RM4.00 secawan.

Selain kopi yang enak, cafe ini turut menjual Nasi Ayam Penyek serendah RM5.00 dengan percuma Teh O.

Selain juga turut mendapat sambutan pelanggan adalah Roti Gedik, Sedap Puaq Garlic Cheese serta Pizza pelbagai perisa. Malah sup kambing dengan resepi istimewa juga turut mendapat sambutan hangat daripada pelanggan setia.

Dengan kemudahan surau serta bilik air air yang selesa di Hentian Rahmat, tentunya memberi keselesaan kepada pengunjung untuk singgah sambil menikmati kopi yang enak.






Friday 5 June 2020

Mee Champa, Mee Sup Melayu Champa yang menyelerakan di Kuala Terengganu... puashati...

Image may contain: outdoor

Selepas PKP Corvid baru Admin ada ruang untuk ke Kuala Terengganu menyempurnakan beberapa urusan setelah 3 bulan terkurung sepi.

Juga ambil peluang untuk mencari idea bisnes selepas PKP yang cukup mencabar. Dan waktu tengahari singgah ke Restoran Mee Champa di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan tidak jauh daripada Hotel Grand Continental Kuala Terengganu.

Nampaknya ramai juga juga pengunjung ke restoran yang menjual juadah istimewa Melayu Champa yang berasal dari Kemboja atau Kampuchea iaitu Mee Melayu Champa.

Image may contain: food

Hidangan bermula dengan RM6.00 semangkuk bagi Mee Champa samada ayam, daging atau perut. Anda juga boleh memilih untuk campuran samada perut+keting dan sebagainya dengan harga yang tertentu.

Rasanya memang Ummp.. puashati dengan mee nya yang kenyal seakan akan suhun serta rasa sup dan daging serta ketingnya yang lembut. Memang menyelerakan.

Suasana kedai juga selesa dan ada ruang berhawa dingin serta ruang terbuka. Walaupun dengan penjarakan sosial namun ia masih selesa dan menyenangkan.

Image may contain: 1 person, sitting

Bagi yang berkunjung ke Kuala Terengganu boleh lah mencuba Mee Champa ini..

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog