iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Monday 22 October 2018

Aroma Square Kg Raja Besut.. comel weeih cafe ni, makan pun sedap...





Baru-baru ini, rasa nak singgah kat sebuah cafe baru di Kg Raja, Besut bersebelahan dengan Dewan Merdeka yang baru setelah melihat promosi cafe ini di Facebook. Namanya Aroma Square Cafe.

Cantik sekali dekorasi dalaman dengan hiasan mural dinding yang menarik serta susunan kerusi meja dan penataan cahaya yang membuatkan kita rasa selesa dan nyaman.

Memang ingin mencuba beberapa menu dan anak-anak telah memilih Mushroom soup yang katanya memang sedap sehingga 2 kali tambah.Juga Meetball serta Banana Aiskrim.

Admin mencuba Nasi Goreng Aroma yang disediakan dengan udang goreng yang rangup serta sambal yang sedap serta isteri pula mencuba Chicken salad.

chicken salad yang sedap dan menyihatkan

Nasi Goreng Aroma.. antara trademark di sini

Mushroom Soup yang sedap
Kegemaran kanak-kanak, Banana Aiskrim

Banyak lagi menu menarik dan menjadi pilihan pengunjung yang datang ke cafe ini di antaranya Nasi Ayam Penyet, chicken chop serta lamb chop yang harganya pun tidaklah mahal dan berpatutan.
Menurut pemiliknya Raja Ifah Raja Arif, ramai pelanggan memilih untuk datang ke sini pada waktu tengahari samada secara individu atau berkumpulan selain daripada waktu petang dan malam.
Cafe yang dilengkapi dengan hawa dingin ini cukup selesa dan memberi ketenangn untuk menikmati hidangan yang enak.
Di antara pilihan menu

Selamat Pengantin Baru buat pemilik Raja Ifah dan suami

Bagi yang ingin berkunjung ke sini boleh juga membuat tempahan awal, terutama bagi mereka yang ingin mengadakan majlis atau meraikan anak atau isteri tersayang dan sebagainya bolehlah menghubungi 0145031230 atau 096951230.

Admin juga ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pemilik dan usahawan muda ini yang baru melangsungkan perkahwinan baru-baru ini moga terus sukses dalam bisnes dan sentiasa menjadi pilihan ramai.




Wednesday 17 October 2018

Nasi Lemak Ikan Aya dan Air Jagung Kedai Lias depan KTS Kuala Terengganu... makan bersama memori


Image may contain: food

Kedai Nasi Lemak Lias berhaadapan dengan Kuala Terengganu Specialist Hospital dan bersebelahan Permai Hotel Kuala Terengganu sentiasa menggamit kenangan zaman persekolahan di SMA Sultan Zainal Abidin (Atas) Batu Buruk, Kuala Tetengganu.

Apa yang istimewa? Nasi Lemak Ikan Aya dan Air Jagung. Menu dari sejak zaman sekolah bermula 1989 sehingga mennggalkan sekolah pada 1993 masih boleh dinikmati sehingga hari ini.

Makan disini dengan sendiri mengembalikan kenangan dan memori zaman persekolahan dengan bermacam-macam ragam antaranya sanggup panjat pagar waktu malam untuk beli nasi lemak, dikejar warden dan macam-macam lagi. Trick profesional juga digunakan seperti beli siap-siap nasi lemak dan teh peng sebungkus untuk pengawal.

Kedai lias ni selain nasi lemak juga menjual laksa dan laksam serta laksa kuah merah atau laksa Terengganu selain nasi dagang.Sekarang turut menjual masakan panas bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah.

Makan bersama kenangan dan memori adalah suatu nikmat yang tidak dapat dibeli di mana=mana pun. Ia mengembalikan nostalgia dan memori kita dalam menelusuri perjalanan hidup sehingga menjadi seperti apa yang ada hari ini.

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Fakta tentang Setiu dan Setiu Wetlands


No automatic alt text available.

Fakta tentang Setiu dan Setiu Wetlands
mempunyai 9 ekosistem
161 spesis burung
49 spesis rama rama
36 reptilia
33 spesis pokok bakau
29 spesis mamalia

#setiupost
#setiuwetlands

Pemberitahuan tentang penutupan sementara Bukit Puteri, Kuala Terengganu


Image may contain: one or more people and text

Makluman dan pemberitahuan daripada Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Monday 1 October 2018

Cuti Tahun 2019.. dan boleh rancang cuti anda

No automatic alt text available.

Di sini Admin ingin kongsikan kalendar bagi cuti 2019 untuk perancangan percutian anda.

Tempahan awal akan memberi anda penjimatan terutama melibatkan penerbangan. Malah mungkin penginapan.

Kredit: Lets Holiday

Pakej Istimewa daripada Quinara Al Safir Resort

Image may contain: pool, sky, cloud and outdoor

Kepada anda diluar sana yang mencari tempat untuk meluangkan masa bersama anak-anak yang dikasihi.....
Quinara Theme Park/kolam bertempat di Quinara Al Safir Resort, kami menyediakan pakej makan dan minum dengan harga yang berpatutan dan juga suasana kolam yang dikelilingi kehijauan.
untuk pertanyaa selanjutnya, hubungi kami ditalian 09 667 4040
Image may contain: one or more people, swimming and text

No automatic alt text available.

Image may contain: pool, sky and outdoor

Aplikasi yang boleh membantu anda semasa travel...


Image may contain: cloud, sky, text and outdoor

Di sini admin ingin kongsikan beberapa aplikasi yang boleh membantu semasa melancong atau travel. Moga ia bermanfaat dan membantu anda.

Image may contain: text

Image may contain: one or more people and text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

kredit: Fb MauKerja

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog