iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Sunday 25 December 2022

Layan Kopi di ALEV KOPI di Kadok, Keterh, Kelantan.. memang terbaik

 


Baru baru ini kebetulan Admin ada urusan di Kota Bharu, teringin nak singgah ke kedai kopi sahabat,Encik Faizul iaitu ALIV KOPI di Kadok, Ketereh, Kelantan.

Hajat asal nak minta tengok mesin kopi Admin yang tiba tiba hilang pressure atau tekanan. Alang-alang singgah mesti nak rasa kopi dan bean kopi yang dijual di sini.




Terima kasih Bos Faizul, siap layan buat pour over lagi ke Admin. Iaitu bean yang baru dibawa balik dari Indonesia iaitu 'Damar Kandang' dengan nota rasa, 'Rose Water, Longan dan Candiey Berries'. menarik rasa dia.




Manakala untuk Latte , dihidang pula dengan Hammerhead Blend dari Terengganu Roastry dengan nota rasa, 'Milk Chocolate, Walnut Cherries dan Hints of flowers'.

Banyak yang Admin belajar tertutama tentang cara dan disiplin pembuatan kopi untuk dapatkan hasil yang sedap dan menawan.

Kedai kopi yang simple dan ringkas tapi dengan hidangan kopi yang sedap . Memang layan. Jika nak tahu lebih banyak tentang kopi, boleh tanya dia untuk berkongsi pengalaman. Seronok sembang pasal kopi.

Bago yang cuba kopi di sini boleh Google je ALIV KOPI dekat Waze atau Maps.

Terima kasih Boh Faizul kerana layan Admin.


Thursday 3 November 2022

Gulai itik dan Ayam Kampung Kedai Abang Dol di Kg Bintang, serius sedap, harga pun berpatutan..


 Inilah kedai makan Abang Dol untuk sarapan pagi Gulai Itik dan gulai ayam kampung yang sedap di Kg Bintang, Setiu, Terengganu.

Memang sedap dan harga pun amat berpatutan serta dibuka setiap hari.



Ia terletak di sebelah kiri sebelum jambatan Kg Bintang selepas simpang tiga Kg Bahagia jika anda dari Bandar Permaisuri.

Rasa gulai bagaikan masakan orang tua duku dulu. Kedua dua gulai sedap.


Ini bermakna ada 3 lokasi popular untuk sarapan pagi berasaskan gulai itik dan ayam kampung iaitu;
I. Warung Jelira Rasa di Simpang Kg Guntung Luar
Ii. Warung Cik Ani atap nipah di Kg Bintang dan
Iii. Kedai Makan Abang Dol Kg Bintang

Jika tuan tuan lalu ikut sini boleh lah singgah rasa dan nikmatinya sendiri.
Keenakan adalah berbeza bagi setiap individu.

P/s: jika tuan tuan dan puan puan ingin jemput admin untuk buat review bolehlah email ke terengganulegend@yahoo.com atau DM ke FB Ripum Portal, insyalah kita cuba adjust.

Wednesday 2 November 2022

Tomyam sotong, udang dan belut yang sedap di Cafe Hanamina, Kg Bukit Kemudu, Setiu, Terengganu

 

Cafe Hanamina di Kg Bukit Kemudu berdekatan dengan Kg Banggol, Setiu, Terengganu.

Tak sangka ada cafe tang comel dan makanan yang sedap.

Menu tak banyak tapi menarik, ada Tomyam Sotong

Tomyam Udang Galah

Tomyam Belut serta

Mee Celup Telur gedik.

Anda pilih samada mahu mee, bee hoon, kua tiaw, maggie atau nasi.

Sotong dan udang besar dan puas hati. Belut pun sedap.

Juga aneka air yang menarik untuk dirasa.



Harga makanan dan minuman di cafe ini juga berpatutan.
Walaupun kedai kecil tapi ia selesa.


Jika anda dari Bandar Permaisuri, Setiu, ia terletak di sebelah kanan anda dan jika anda dari kg Penarik, Setiu ia terletak di sebelah kiri selepas melepasi Kg Banggol.


Bolehlah sapa lalu di sini untuk mencuba menu di sini. Walaupun ia terletak di kampung tapi ia menarik dan berbaloi.


Ps: bagi restoran atau cafe yang berminat dengan review sebegini, boleh hubungi admin di email : terengganulegend@yahoo.com 

Atau mesengger di FB Ripum Portal.



Sunday 30 October 2022

Musim memancing ikan dukang di Kg pantai kg Baru Penarik, Setiu, Terengganu

 


Musim awal hujan November ini merupakan antara musim menarik bagi memancing ikan Dukang atau Kedukang di pantai Kg Baru Penarik, Setiu, Terengganu.

Seronok tengok abang abang memancing ikan dukang. Sekejap je naik. Sekejap je sentak... Naik.

Abang sorang ni dah dekat 2kg dah ikan dukang.

Ikan dukang atau kedukang atau juga dikenali Sagor Catfish atau nama saintifiknya Hexanematichthys Sagor berhabitat dipantai atau sungai yang berlumpur atau dikuala sungai.


Dengan pantai penarik yang agak beralun pada musim ini amat sesuai dengan habitat ikan dukang malahan ia tidak jauh dengan kuala sungai Setiu yang kaya dengan hidupan marin.


Bagi peminat dan hobi memancing boleh lah berkunjung ke pantai Kg Penarik pada sebelah petang.
Umpan yang sesuai digunakan adalah sotong dan ikan selayang.



Thursday 27 October 2022

Nasi Berlauk Ayah Su Jak Kg Seberang Kastam, Kuala Besut, destinasi sarapan pagi lejeng..

 


Nasi berlauk Ayah Su Jak di Kg Senerang Kastam, Kuala Besut sememang antara kedai sarapan pagi yang amat sinonim dengan orang Kuala Besut.

Terletak berhampiran dengan jambatan Kuala Besut merupakan destinasi sarapan pagi warga nelayan sebelum ke laut pada satu ketika dahulu kini telah menjadi pilihan ramai untuk menikmati keenakan Nasi Berlauk Ikan Aya.

Setiap hari cukup ramai pengunjung dan bilangan ini bertambah pada hari minggu terutama hari Jumaat yang bersempena kedai sehari atau pasar minggu di Kuala Besut.

Keenakan Nasi berlauk ini menjadi kesukaan ramai dengan resepi keluarga turun temurun. Malah gulai ikannya juga tahan lama hingga ke petang.


Lokasinya di tepi jalan sebelah kanan sebelum jambatan Kuala Besut. Harga pun masih berpatutan. 

Anda boleh masukkan sebagai destinasi #sarapanpagi di Besut jika anda ke Terengganu.

Thursday 20 October 2022

Lauk paling sedap dan nikmat pada musim hujan...

 


Setiap kali musim hujan datang, perut asyik mudah lapar je. Di antara lauk yang paling sedap dan nikmat pada musim hujan adalah lauk sardin bawang dan bubuh 2-3 biji cili api, nak sedap lagi dapat lada kampung. Taruk baeang lebih sikit.


Lawan lauk sardin yang paling ngam sekali adalah telur dadar dengan bawang lebih. 

 Kalau ada boleh tambah ikan bekok atau ikan masin goreng. Fuhh kena dengan nasi panas oanas . Memang tak ingat dunia.

Kalau di kira ni lauk untuk orang susah satu ketika dulu. Tapi sekarang dah jadi lauk orang berada. Mana taknya sardin dah mahal terutama cap chicken. Telur pun asyik tak ada je.. harga pun dah mahal. Ikan masin lagi la..

Dulu inilah alternatif bagi mereka yang susah. Sekarang semuanya dah jadi mahal dan susah nak dapat.

Nampaknya kita kena kembali seperti zaman dulu dulu. Setiap rumah ada ternak ayam sendiri, tanam sayur sendiri sebagai sumber makanan.

Jadi orang susah pun dah tak senang sekarang, zaman serba mencabar. 
Zaman khalifah dulu sentiasa turun oadang tengok rakyat yang susah untuk dibantu. 
Zaman millennium selagi tak viral.. tak ada siapa nak menolong. 

Hidup kena kuat dan keras.
Kau kena kuat mat...

Sup kambing roti bakar.. sedap weeih hujan hujan ni..


 Pekena sup kambing panas panas dan roti bakar dalam cuaca hujan sebegini..fuhh... Sedah weihh.

Rasa sup yang secukup rasa dan pedas pedas gitu memang kena lah.

Kat mana ni? Di Kopi Station Hentian Rahmat, di Kg Rahmat Setiu, Terengganu.

Kopi dia pun jadi sini... Ada belake, latte, cappucino, americano, dengan pelbagai perisa yang enak seperti hazelnut, caramel, butterscotch, salted caramel serta vanilla.

Bagi penggemar coklat juga ada di sini boleh dinikmati samada panas mahuoun sejuk atau frappe.

Sambil singgah solat atau ke tandas bolehlah singgah pekena sup kambing dan kopi.









Wednesday 19 October 2022

Kuasa pasukan dan kejayaan.. ia bukan mudah


Disebalik setiap kejayaan samada sebuah organisasi atau hero.. ia adalah hasil kejayaan pasukan samada terlihat atau terlindung
Tahniah kejayaan Jdt dan Tfc kerana menjuarai dan naib juara liga super Malaysia 2022. 

Ini adalah contoh kejsyaan pasukan yg dibentuk sedikit demi sedikit, proses demi proses dalam menggapai sebuah kejayaan. Ia tidak mudah . Panjang prosesnya dan penuh berliku.


Lihat Jdt 10 tahun yg lalu. Pelbagai usaha dan proses telah dibawa oleh Tmj atau Tunku Ismail dan pasukan dengan bermula meletakkan satu aras standard pengurusan bolasepak yang baru, membawa masuk teknologi dan kepakaran eropah ke dalam pasukan. Membawa tenaga pakar bagi merubah dan menukar proses biasa kepada penanda aras yg baru.

 
Teknologi latihan, sains sukan, kecergasan, diatetik sukan, naik taraf kemudahan sukan dan latihan, bilik persalinan malah kepada Pemulihan sukan pra dan pasca perlawanan.


Proses proses ini yg sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa dengan tenaga pasukan yang positif dan komited akan membuahkan hasil dari semasa ke semasa.Ia bukan proses yang mudah dan cepat.

Begitu juga dgn kejayaan Tfc yang bermula dgn penuh berliku daripada sebuah pasukaan tajaan penuh kerajaan untuk mula menjadi ke arah pasukan yg berdikari dan lebih profesional bermula dengan pengasingan pengurusan yang lebih terurus, teratur dan profesional walaupun masih diurus oleh pegawai kerajaan tetapi mereka yang benar benar berjiwa sukan malah merupakan atlit sukan. Malah Tfc juga melakukan proses pembelajaran dari jdt dengan membangunkan padang latihan yang baik, bilik persalinan yg lengkap dan lain lain yang perlu bagi membentuk proses kejayaan pasukan.


Begitu juga dengan Pasukan Red Warrior Kelantan yang sedang mengalami proses pembentukan kuasa pasukan oleh Zamsaham atau Norizam tukiman yg mengambil alih dari Kafa.


Malah kesannya hampir semua pasukan sudah mula mengorak langkah melakukan proses pembentukan baru pasukan ke arah lebih dinamik.


Dan jika proses ini berterusan tidak mustahil pasukan Harimau Malaya akan menjadi pasukan yang lebih baik rankingnya dan boleh mencapai pasukan 80-90 pasukan terbaik dunia dalam ranking FIFA dalam 5-7 tahun.

Begitu juga kejayaan sesebuah sekolah samada dalam akademik, ko kurikulum atau pembangunan sekolah, tidak terletak kepada kehebatan pengetua atau Gurubesar semata mata, tetapi ia perlu digembleng bersama oleh pentadbir, ketua panitia atau bahagian, pasukan pejabat, pengawal , makcik cleaner dan semua.


Kehebatan bekerja seorang tidak akan menghasilkan kejayasn pasukan.ia adalah satu proses, bermula dengan perubahan pemikiran ke arah matlamat atau impian yang ingin dicapai atau goal setting, seterusnya perubahan tindakan dengan pelan tindakan yg sentiasa di tambah baik.


Seterusnya memperbaiki setiap kelemahan yang ada dalam pasukan.. membuang unsur unsur toksid dalam pasukan
Ia bukan tugas mudah.. ia adalah satu proses yang harus dimulakan untuk berjaya dan tidak datang bergolek.


Tuesday 18 October 2022

Restoran Masakan Sumatera di Jerteh, terkenal dengan Ayam Kampung Goreng


Baru baru ini ke bandar Jerteh dan tiba waktu tengahari , mencari destinasi makan tengahari.
Teringat ada sebuah restoran masakan Sumatera dekat dengan Pejabat Pos Jerteh dan J&T.

 
Ia menjadi kegemaran mereka yang sukakan ayam kampung goreng.
Admin memilih lauk daging masak hitam dan bergedil dan untuk lebih sedap kuahnya kena campur serba sikit macam pakcik pelanggan sini cakap ala ala nasi kandar gitu.
Ya memang sedap cuma cari sambal yang selalu jumpa bila makan nasi padang tapi tak jumpa. Yang ada cuma sambal belacan.
Apapun ia tetap menyelerakan.


Suasana restoran juga selesa dan tempat letak kereta yang banyak. Harap pihak PBT tak datang kompoun, kalau tidak kena bayarlah RM5 kompoun. 

Ia sentiasa menjadi pilihan ramai dan ada pelanggan tetap dan setia.

Sedang Admin tengah makan ada 2 pasangan warga emas datang nak makan lauk urat keting tapi belum masak. Mereka sanggup tunggu 30 minit lagi. Nampaknya kena datang lagi apa yang istimewa lauk urat keting di sini..

Lokasinya di sebelah kanan jalan Pasir Akar jika anda nak ke Hospital Besut berhadapan dengan kedai Hardware sohor di Jerteh iaitu Kedai Sitt Tah atau orang Besut panggil Kedai Sita.

Selamat menjamu selera.

#besut

#makandimana

#jalanjalancarimakan



Monday 17 October 2022

Jom bercuti ke Kashmir.. di antara deatinasi igauan dan impian..

 


Pakej Kashmir winter pada bulan 3 2023. 

Di antara destinasi yang menjadi impian ramai pelancong.

Pakej dah termasuk flight penerbangan (international n lokal), hotel, pengangkutan, tour, mknminum, visa dan juga surcharge.


Harga RM5890 per pax. Jom boleh whatsapp ke 0199044003 bagi menempah seat anda.

Di bawah ini disertakan itinerary program.


#kashmir #tajmahal #india #holidau

Sunday 16 October 2022

Kisah scam tercanggih abad ini Turing AI

 


Baru baru ini pada penghujung 2021 kita digemparkan dengan satu scam yang besar melanda negara kita dan mengaut jutaan ringgit iaitu Sistem Turing Ai yang menawarkan sistem pelaburan kripto dengan menggunakan robot AI yang kononnya berooerasi secara bijak menjana keuntungan kepada pelabur.

Pelabur ditawarkan melabir secara percuma dapat dikembangkan jaringan akan ada komisen.


Bagi menjana lebih keuntungan pelabur disarankan menyewa robot atau sistem 
Serendah USD2 atau RM10 bagi menjana lebih keuntungan.


Admin juga dimaklumkan ramai pelajar dan pensyarah sebiah universiti di pantai timur menyertai skim pelaburan ini malah ada yang membuat pelaburan 10,000usd atau rm45,000 bagi menjana keuntungan sehingga 100usd sehari.

Namun begitu tidak lama kemudian pelabur dimaklumkan sistem telah diceroboh dan sistem telah digantung buat sementara bagi menyelesaikan isu keselamatan.
Tidak lama kemudian sistem telah dishutdown dan tidak lagi boleh diakses.

Mungkin tuan punya skim telah mencapai sasaran duit yang diinginkan.
Maka berjuta juta lah duit orang ramai dilenyapkan.
Manusia semakin bijak menipu dengan pelbagai cara bagi meyakinkan orang.

Skim juga beropoerasi dengan syarikat didaftarkan dengan SSM.

Pelbagai laporan polis telah dibuat oleh mangsa .
Memang menjadi cabaran baru bagi PDRM bagi menyiasat kes kes penipuan yang menggunakan teknologi baru yang memerlukan bantuan pakar pakar it bagi mengesan pelaku.





































Thursday 13 October 2022

Warung Banan Station, Pantai Kelulut, Marang, Terengganu.. ada kelainan

 


Hari tu kebetulan ada ziarah kematian di Seberang Marang, Terengganu rasa nak cuba satu cafe baru yang selalu keluar promo kat facebook admin iaitu Banana Station di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu.

Mungkin ini antara signatur dish di sini Popia Banana

Kedai simple je.. tapi selesa dan nyaman. Dekonya pun simple je. Banyak juga pilihan menu di sini.
Menu pilihan spageti , chicken grill, chicken chop, popia.banana dan air buah.



Alhamdulilah boleh dikatakan semua menu sedap dan air buah pun menjadi dan rasa buah.
Cuma sos black pepper boleh ditambah baik sedikit lagi untuk lebih ummmp.




Lokasi ditepi jalan mudah untuk dilihat dan ruang letak lkereta yang luas.
Nampak ramai juga pelanggan yang datang tempah dan bungkus.

Walaupun cafe ini masih baru lagi dibuka tetapi telah mendapat sambutan yang baik dari pelanggan.
Banana Station Pantai Kelulut Marang... Boleh lah singgah...

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog