iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Friday 29 September 2017

Melepas kalau terlepas di HPPNK 2017 di MAERPS Serdang pada 28 sept hingg1 Okt 2017



Sekarang sedang berlangsung Pameran sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 di MAERPS Serdang dari 28 September hingga 1 Okt 2017

Tentunya banyak perkara menarik di sini.

🔹 1. Antara festival makanan dan pertanian terbesar di Malaysia - 600 gerai dlm kawasan 80,000 meter persegi #miniMAHA
🔹 2. Gerai & food truck di #empayarmakanan menyajikan 401 menu makanan dalam 4 kategori - #NostalgicFood#HipsterFood#ViraliciousFood dan #foodgasm
🔹 3. Hasil petani tempatan kita di #fruitandflowerkingdom, iaitu 50 gerai menjual buah-buahan, sayuran dan bungaan segar #SokongPetaniKita
🔹 4. Pelbagai jenis dan rupa ‘raja buah’ yang dipamer dan dijual semasa KenDurian
🔹 5. Makanan laut segar, unik dan terkini spt ikan tuna laut dalam, udang laut, serunding ketam, lemang sushi, kuro prawn, churros lekor, satay tuna, ikan bakar garam ‘snow fish’
🔹 6. Pemeran karang laut, ikan yu dan penyu, yang memang jarang dapat kita lihat di tempat lain
🔹 7. Pameran ternakan dan haiwan hidup spt lembu sado, kambing, bebiri, ayam hiasan dan arnab
🔹 8. Daging unta dan kambing segar dari ladang di House of Kambing
🔹 9. Demo dan pertandingan memasak oleh chef terkemuka termasuk Chef Zam, Chef Fazley Yaakob dan Chef Naim
🔹 10. Makanan untuk kesihatan dan ‘wellness’ seperti madu kelulut, rumpai laut, sarang burung walit, minyak kelapa dara, durian belanda dan ‘fruit powder’ #HealthyLifestyle
🔹 11. 30 usahawan asas tani yang menawarkan produk tempatan terbaik secara online dan offline
🔹 12. Pengalaman jamuan 4 cara berbeza di ‘Food Feast’ – hidangan ikan sungai termahal, makan ala-kampung, style seafood lambak dan ‘dining’ ala-barat
🔹 13. Teknologi dan inovasi di pameran dan demo jentera, peralatan dan mesin untuk tanaman, ternakan, perikanan, pemprosesan dan masakan
🔹 14. Selebriti spt Realfafau, Official Mat Dan, Aiman Tino Officiall, Yabang Khalifah, Elizabeth Tan, Eka Sharif, dan Shiha Zikir yang bertemu peminat
🔹 15. Tawaran pakej-pakej destinasi agropelancongan untuk peminat ‘adventure’ dan ‘nature’
🔹 16. Karnival Kerjaya Agro Job Fair tawarkan 3,000 peluang pekerjaan di 40 syarikat agromakanan
🔹 17. Perkhidmatan agensi Kerajaan spt diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, cuci barang kemas oleh YAPEIM, saringan kesihatan percuma, periksa gigi percuma dan gunting rambut percuma
.
[Tahniah! Oleh kerana anda baca sampai habis, anda layak untuk sertai peraduan istimewa kami. Senang je.... LIKE post ini, lepas tu SHARE dan gunakan hashtag #HPPNK2017 dan #MelepasKalauTerlepas. Pastikan post anda tu PUBLIC ye. Jika anda bertuah, kami akan belanja anda dan 4 lagi rakan anda makan di Seafood Galore ala-shell out di HPPNK2017 nanti. Cepat share sekarang & pastikan ada 2 hashtag tu!]
.
DI HARI PELADANG DAN MALAYSIA FOOD FESTIVAL 2017
| 28 Sept – 1 Okt (10pg-10mlm) | MAEPS Serdang |
Terokai Dunia Makanan: Dari Ladang dan Lautan, ke Meja Hidangan
#HPPNK2017 #MFF2017 #TerimaKasihPeladangPenternakNelayan #OurFoodOurFuture

Peladang Setiu Agro Resort juga turut mengambil bahagian dan menawarkan pakej dan tawaran istimewa dengan yawaran RM40 semalam dan juga 40% OFF harga penginapan.

Saturday 9 September 2017

MATTA FAIR.. industri berbilion ringgit..

No automatic alt text available.

MATTA FAIR

This is billion industry
Akan tetapi kita belum kuat menguasainya dengan lebih luas dan menguasai pasaran yang cukup bernilai dalam membangunkan ekonomi negara dan ummah.

Perlu lebih ramai usahawan Muslim meneroka industri pelancongan ini dengan lebih luas dan kukuh
Bukan sekadar industri umrah malah kita perlu besarkan lagi jaringan bisnes Muslim Travel bersama rakan muslim kita dari seluruh pelusuk dunia



Di MATTA FAIR 2017 di PWTC ini amat jelas sekali penguasaan industri pelancongan di negara ini oleh kaum Cina yang dilihat begitu agresif merebut peluang dan potensi yang amat besar ini.

Mereka bersungguh merangka strategi dan promosi serta menjalinkan hubungan yang baik dengan semua agensi pelancongan besar di seluruh dunia bagi menguasai pasaran pelancongan yang mana ia telah menjadi satu trend atau aliran dan keperluan kepada kehidupan kita masa kini.



Agensi-agensi pelancongan Muslim dilihat masih terpinggir dalam menawarkan pakej-pakej hebat dan menarik berbanding agensi-agensi besar sedia ada yang menawarkan pakej yang hebat, lengkap dan menarik.

Sebenarnya pasaran pelancongan amat besar dan luas dan banyak lagi pasaran pelancongan yang menarik belum diterokai dan menjadi kelebihan kepada agensi Muslim untuk terokainya seperti pasaran di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Yaman, Tunisia, Maghribi, Kazakhstan, Azerbaizan dan lain-lain lagi yang sepatutnya memberi kelebihan kepada usahawan Muslim danlam menjalinkan hubungan niaga sesama Muslim.

Begitu juga pasaran di negara bukan Islam tetapi mempunyai komuniti Muslim yang ramai seperti Xian, China, Mongolia, atau di mana-mana sahaja. Itu belum lagi menerokai pasaran pelancongan dimana tempat-tempat yang pernah di sebut di dalam AL Quran dan juga tempat-tempat sejarah Nabi dan Rasul A.S.
Ayuh luaskan dan besarkan jaringan kita dalam industri pelancongan ini dan sememangnya ia adalah industri yang bernilai berbilion Ringgit.

Thursday 7 September 2017

Viral punya pasal, 1 tan udang celup tepung terjual sehari!




Bayangkan betapa murahnya jika anda dapat satu pinggan dipenuhi 45 ekor udang celup tepung dengan harga RM10 sahaja. Bukan sahaja murah, udang yang dijual juga dikatakan segar dan terjual hampir satu tan sehari lebih-lebih jika ada cuti umum.
Pemilik kedai makan Trizai, Zainab Mohamed, 26 tahun, berkata bahawa kedai makan yang diusahakan selama lima tahun bersama suaminya, Mohd Fitri Md Yusof, 31 tahun, tular di laman sosial baru-baru ini akibat penangan udang 45 ekor berharga RM10 yang dijual olehnya.
“Ia mula ditularkan oleh pelanggan selepas saya memasang papan iklan mengenai harga murah udang celup tepung dan ikan selayang celup tepung,” kata pemilik kedai yang terletak di Penarik, dekat Permaisuri, Terengganu itu.
“Sebelum ini, udang celup tepung bersaiz kecil dijual dengan harga RM10 untuk 30 ekor tetapi kini saya menambahnya kepada 45 ekor pada harga sama,” jelasnya.
“Ikan selayang celup tepung pula dijual dengan harga RM1.90 seekor berbanding sebelum ini dijual pada harga RM3 seekor,” tambahnya sambil memberitahu mereka turut menyediakan minuman percuma seperti teh o ais dan air sirap kepada pelanggan mereka.
Justeru itu, Zainab mula menambah bilangan pekerja bagi memudahkan operasi kedai berjalan lancar setelah kedai makannya ‘diserbu’ orang ramai baru-baru ini.
Berikutan itu, dia menyediakan bekalan udang segar sebanyak tiga tan untuk empat hari namun ia habis dalam tempoh tiga hari semasa cuti perayaan pada minggu lepas.
“Kami dapat menjual dengan harga murah untuk menarik pelanggan kerana mudah mendapat bekalan udang segar dari pembekal iaitu bapa mentua saya sendiri (Md Yusuf Embong) yang diperoleh dari ladang ternak udang Kampung Nyatoh,” sambungnya sebelum mengakhiri perbualan.
Dengan harga yang murah dan kualiti makanan yang elok, tidak hairan kedai ini mendapat sambutan hangat dari dalam Terengganu dan ada juga sanggup datang dari Kuala Lumpur untuk makan udang 45 ekor RM10 ini sambil bercuti ke Terengganu.
sumber: terengganutimes com


Promosi RM220 Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu di MATTA FAIR 2017, PWTC


Image may contain: text

Promosi istimewa harga bilik Deluxe hanya RM220 termasuk sarapan untuk 2 orang sempena Matta Fair September 2017 yang akan berlansung dari 8hb September sehingga 10hb September 2017 di Putra World Trade Centre ( PWTC).

 Jom beramai-ramai ke sana!

#setiupost

Promosi Bilik 40% OFF Peladang Setiu Agro Resort di MATTA FAIR 2017 di PWTC pada 8 hingga 10 September 2017



Promosi istimewa ini ditawarkan hanya di MATTA FAIR 2017 yang akan bermula 8 hingga 10 September 2017 di PWTC.

Pelanggan hanya perlu membayar deposit sebanyak RM30 sahaja dan Tempahan sah sehingga 31 Disember 2018.

Beli tahun ini dan menginap di tahun hadapan dengan harga istimewa.

Bakal pelanggan juga boleh meninggalkan Bisnes kad di kaunter dan berpeluang untuk memenangi Baucer Penginapan 2 Hari 1 Malam secara percuma dan sebanyak 5 baucer setiap hari akan ditawarkan kepada bakal pelanggan.

#setiupost

Tuesday 5 September 2017

Promosi RM145 di Flora Bay Resort, Pulau Perhentian, Besut, Terengganu, sempena kemenangan 145 Emas Sukan SEA 2017


Image may contain: 1 person


In celebration of the winners from 29TH Sea Game, 145 GOLD MEDALS, Flora Bay Resort offers a head breaking price.. Not just 10% discount, Not just 20% discount, Not just 30% discount.. but more than 40% off from the normal price!!!!

RM145/night!!! Applicable in all types of room....

Book right now before the #145gold promo ends!!!
— celebrating our special day at Flora bay Resort pulau Perhentian.

FB Flora Bay Resort

#setiupost


Trip Memancing Bajet di Terengganu... murah bohhh


Image may contain: text

Image may contain: food

Image may contain: one or more people, ocean, sky, water, outdoor and nature

Image may contain: one or more people, people standing, outdoor and water

Image may contain: 1 person, outdoor and water

Image may contain: one or more people

Pakej memancing ini diusahakan oleh sahabat admin sendiri iaitu Cikgu Rusmi. Boleh hubungi nombor telefon yang tertera untuk pertanyaan lanjut. Insyalah anda akan dilayan dengan terbaik.

#setiupost
#terengganumyheritage

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog