Posts

Showing posts with the label lata payung

Blue Pool di Lata Payung, Setiu, Terengganu... memang awesome..

Image
Blue Pool di Lata Payung, Setiu. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam dari kawasan perkelahan Lata Payung. Blue Pool ini merupakan tempat persinggahan dan tarik an utama bagi pendaki Gunung Sarut. Bagi yang ingin menuju ke kawasan Blue Pool sahaja pastikan anda mempunyai kelengkapan lengkap dan paling utama kena ada guide supaya tidak sesat di dalam hutan. Kawasan ini tidak sesuai untuk keluarga kecuali memang kaki hiking kerana laluan agak mencabar di beberapa tempat. Kredit:  Beautiful Terengganu Apps  dan Terengganu Times Admin: Jika ada sesiapa berminat untuk ke sini boleh admin sampaikan kepada Nature Guide yang mahir dengan tempat ini untuk berurusan dan persediaan dan boleh email ke : terengganulegend@yahoo.com atau tinggal diruangan komen #setiupost #beautifulterengganumalaysia

Keindahan Lata Payung, Setiu... masih belum di terokai...

Image
Ini gambar-gambar yang sempat dirakam blogger tempohari semasa berkunjung ke sana. Memandang waktu pun sudah hampir Maghrib dan dalam keadaan cuaca yang hujan dan tidak menentu, hanya sekadar ini gambar-gambar yang dapat dikongsi di blog ini. Dari segi potensi, lata ini wajar diberi perhatian dengan dilengkapkan kemudahan yang sewajarnya kerana jalanraya untuk sampai ke sini sudah baik dan bertar. Apa yang perlu adalah kemudahan papantanda serta promosi yang agresif oleh pihak berkuasa tempatan dan daerah serta pihak berkuasa pelancongan negeri. Terengganu amnya dan Setiu khususnya kaya dengan destinasi pelancongan menarik yang wajar dicemburui, tetapi ia belum diterokai sebaiknya supaya dapat menjana pendapatan dan ekonomi terutama kepada penduduk tempatan.

Pengunjung blog