Posts

Showing posts from 2026

Bulan Muharam.. bulan Asyura

  bubur asyura setiap kali menjelma bulan Muharam, maka muncul lah ia hebat orang tua dulu menjadikan sebagai bubur muafakat atau gotong royong kalau dikira dari segi kos bahan bahan, tak berbaloi dengan harga dan masa. Tetapi nilai muafakat dan kebersamaan itu lebih besar dalam usaha menyiapkan bubur ini yang mengambil masa separuh hari untuk disiapkan. Nilai kebersamaan itu lebih besar dalam mendidik masyarakat supaya ringan tulang, buang keegoaan diri, hormat menghormati dan banyak lagi falsafah dan kebaikan yang dapat dijelmakan daripada aktiviti mengacau bubur asyura ini. Dulu kegiatan sebegini dapat daripada aktiviti kenduri tetapi ia mulai hilang ditelan arus masa dengan trend menempah melalui katering lebih mudah walaupun kosnya agak.mahal juga. Di harap budaya kacau asyura ini terus subur dalam meneguhkan suasana muafakat dalam masyarakat dan dalam.masa yang sama menghidupkan aktiviti masjid dan surau bubur asyura setiap kali menjelma bulan Muharam, maka muncul lah ia heba...

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Image
  Semalam mendapat jemputan bagi Peluncuran Buffet Ramadhan Felda Residence Hotel Kuala Terengganu. Majlis juga bersempena pelancaran Kiosk Kopi Settlers di Hotel yang merupakan outlet kopi Felda yang memberi wajah baru kepada operasi dan cafe hotel. Majlis dilancarkan oleh Pengerusi Felda Dato Shaberi Bin Chik dan turut hadir sama adalah Pengerusi Ketengah Dato Rozi Bin Mamat serta pegawai tertinggi Felda ibu pejabat dan Negeri. Harga ' Burung Awal' yang di tawarkab oleh Felda Resodence ini adalah RM57 seorang daripada harga asal iairu RM67 seorang. Antara menu menarik yang ditawrkan adalah Nasi Mandy dan Kambing golek yang sedap. Pelbagai menu tradisional Terengganu seperti colek kateh, nekbat dan semalam ada Laksam yang memang sedap. Majlis turut dihadiri oleh rakan rakan media, agensi kerajaan dan sahabat handai. Terima kasih Puan Rosma, Pengurus Besar Hotel atas jemputan serta makanan yang sedap dan enak. #TRUETerengganu #buffetRamadhan

Pengunjung blog