Kuala Terengganu River Cruise, pengalaman menarik menyusuri Sungai Terengganu..
Pakej Menyusuri Sungai Terengganu atau Kuala Terengganu River Cruise di antara produk pelancongan menarik dan unik di Terengganu. Jeti operasi terletak di Pulau Warisan bersebelahan Pasar Payang. Sambil membeli belah boleh menikmati pengalaman menyusuri Sungai Terengganu yang sememangnya indah dan penuh bersejarah. Dua operator pengendali utama di sini iaitu Payang Water Taxi oleh Cas Ligas Sdn Bhd dan Koperasi P Warisan. Sebanyak 4 buah bot Payang Water Taxi sedia berkhidmat untuk pelancong samada menikmati Cruise Drawbridge dan Sungai Terengganu, atau pakej makan Nasi Dagang Atas Tol di atas bit, atau Makan Kari Kepala Ikan di Pasir Tinggi, malah boleh mengikut kesesuaian anda menerokai pelbagai keindahan disepanjang pesisir Sungai Terengganu seperti Kompleks Yayasan Sultanah Nurzahirah, pembuatan bot di Pulau Duyong dan macam macam lagi. Pengalaman terindah di Sungai Terengganu adalah suatu produk yang perlu diketengahkan lagi untuk menjadi must visit destination in Terengga...