Posts

Showing posts with the label Bbeautiful Terengganu Malaysia

Warung Banan Station, Pantai Kelulut, Marang, Terengganu.. ada kelainan

Image
  Hari tu kebetulan ada ziarah kematian di Seberang Marang, Terengganu rasa nak cuba satu cafe baru yang selalu keluar promo kat facebook admin iaitu Banana Station di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu. Mungkin ini antara signatur dish di sini Popia Banana Kedai simple je.. tapi selesa dan nyaman. Dekonya pun simple je. Banyak juga pilihan menu di sini. Menu pilihan spageti , chicken grill, chicken chop, popia.banana dan air buah. Alhamdulilah boleh dikatakan semua menu sedap dan air buah pun menjadi dan rasa buah. Cuma sos black pepper boleh ditambah baik sedikit lagi untuk lebih ummmp. Lokasi ditepi jalan mudah untuk dilihat dan ruang letak lkereta yang luas. Nampak ramai juga pelanggan yang datang tempah dan bungkus. Walaupun cafe ini masih baru lagi dibuka tetapi telah mendapat sambutan yang baik dari pelanggan. Banana Station Pantai Kelulut Marang... Boleh lah singgah...

Mee Champa, Mee Sup Melayu Champa yang menyelerakan di Kuala Terengganu... puashati...

Image
Selepas PKP Corvid baru Admin ada ruang untuk ke Kuala Terengganu menyempurnakan beberapa urusan setelah 3 bulan terkurung sepi. Juga ambil peluang untuk mencari idea bisnes selepas PKP yang cukup mencabar. Dan waktu tengahari singgah ke Restoran Mee Champa di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan tidak jauh daripada Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Nampaknya ramai juga juga pengunjung ke restoran yang menjual juadah istimewa Melayu Champa yang berasal dari Kemboja atau Kampuchea iaitu Mee Melayu Champa. Hidangan bermula dengan RM6.00 semangkuk bagi Mee Champa samada ayam, daging atau perut. Anda juga boleh memilih untuk campuran samada perut+keting dan sebagainya dengan harga yang tertentu. Rasanya memang Ummp.. puashati dengan mee nya yang kenyal seakan akan suhun serta rasa sup dan daging serta ketingnya yang lembut. Memang menyelerakan. Suasana kedai juga selesa dan ada ruang berhawa dingin serta ruang terbuka. Walaupun dengan penjarakan sosial na...

10 Makanan 'power' dan igauan bila datang Terengganu.. kena mari boh...

Image
Terengganu, bila cerita sahaja pasal makanan Terengganu ramai yang akan terbayang keropok lekor. Ya! Keropok lekor di Terengganu memang popular, tapi terlalu biasa kalau nak  dikeropokkan!  Jadi apa kata kita tinjau beberapa lagi makanan  famous  di Terengganu yang bikin air liur kawan anda meleleh. Kalau anda sediri pun masih belum pernah rasa, kami sangat mencadangkan anda mencuba. Serius sedap gila! Tahun 2017 menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar Malaysia datang ke negeri ini bertepatan dengan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 yang dilancarkan oleh kerajaan negeri. 1. Ketupat Sotong Ada sedikit pertelingkahan pendapat mengenai ketupat sotong, adakah makanan ini berasal dari Kelantan atau Terengganu? Tapi ini bukan isu besar sebenarnya, yang penting rasa ketupat sotong ini memang sedap, jadi kita makan sahaja. Ketupat sotong memang popular di Terengganu, biasanya disaji ketika makan tengah hari. Anda patut cuba rasa kelazatanan ketupat so...

Pengunjung blog