Posts

Showing posts with the label Beautiful Terengganu Malaysia

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Image
  Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis yang terletak di bawah jambatan, Jalan Hiliran yang dulunya adalah Kedai Kopi Losong menjadi fenomena baru orang Kuala Terengganu. Ini adalah cawangan ketiga. Apa tidaknya jam 9.00 malam dah hampir habis semua lauk. Rupanya ia menjadi kegilaan baru orang Kuala Terengganu. Lauk yang disajikan juga menambat selera iaitu Ikan Bekok, Gulau Kawah, Ayam Goreng panas panas ikan kukus goreng, gulai ikan masin serta pelbagai lagi jenis lauk. Yang paling mengujakan adalah keenakan sambal belacan. Admin singgah semalam dan ramai sekali yang beratur untuk menikmati nasi berlauk waktu malam. Sebelum ni agak sukar nak makan lauk macam kat rumah apabila keluar makan kerana puratanya adalah masakan Thai ataupun masakan barat. Kedai yang dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam ini cukup menarik minat orang ramai untuk mencubanya dan memberi lebih pilihan kepada pelanggan untuk menikmati makan malam.

Iftar Ramadhan di Sumai Hotel & Suite Kuala Terengganu.. memang puas hati.. banyak pilihan dan sedap

Image
  Alhamdulilah hari ni dapat jemputan Iftar di Sumai Hotel & Suites Kuala Terengganu. Yang pasti signature utama adalah Nasi Arab Sumai dan Kambing Bakar yang cukup sedap dan enak. Memang banyak sekali makanan dengan pelbagai pilihan mengikut selera anda. Suasana juga umpama dalam tamab berhawa dingin. Tenang dan santai. Amat sesuai jika ingin membawa keluarga atau sahabat handai. Ajak ambe lagi pun tak apa. Dewan yang besar dan luas ini amat selesa dengan kemudahan surau dan bilik air. Sambutan pengunjung juga amat memberangsangkan. Ramai yang datang bersama keluarga. Harga buffet Ramadhan di Sumai Hitel adalah RM75 dewasa tapi dengan makanan yang disediakan memang berbaloi. Terima.kasih Sumai Auto atas jemputan iftar ini.

Peliter Raya 2024 di Taman Tamadun Islam... suasana nostalgia yang penuh kemeriahan

Image
  Memori di #PeliterTTI2024 di Taman Tamadun Islam Tti yang menjadi antara Festival Pelita paling meriah sepanjang penganjuran Semalam Khamis malam jumlah pengunjung melebihi 30,000 orang berdasarkan kutipan tiket masuk RM1 seorang.Dan dijangka boleh mencecah 100,000 pengunjung untuk 5 hari acara ini di adakan. Penganjuran Pelita raya ini pernah di buat di Setiu iaitu di Kg Panchur Merah dan Kg Guntung Luar. Kemudiannya di adakan di Dun Alur Limbat, Dun Tepuh, Dun Kuala Besut. Semasa di Dun Kuala Besut , pernah diberi tanggungjawab sebagai panel juri dan 4 hari berkampung di sana bagi menilai kreativiti yang dibuat oleh komuniti. Kemudian selepas PKP ia di adakan di Kg Budaya dan mulai mendapat liputan secara meluas oleh media utama dan media sosial. Tahun lepas berlaku kesesakan yang teruk untuk masuk Kg Budaya Terengganu bagi melihat acara yang penuh nostalgia ini. Tahun 2024 penganjuran dibuat ditempat yang lebih selesa dan mempunyai kemudahan keluar masuk, tempat letak kere...

Kenyir Monsoon Casting Tournament 2021 berlangsung dengan jayanya di Tasik Kenyir Terengganu

Image
  KMCT 2021 atau Kenyir Monsoon Casting 2021 telah berlangsung pada 17 hingga 20 Disember 2021 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Acara kali ini disertai seramai 352 peserta daripada dalam dan luar negara termasuk Jepun dan Amerika Syarikat. Ia adalah acara tahunan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama KETENGAH dan Tourism Malaysia. Acara ini diadakan dengan konsep 'Catch & Release' bagi memelihara ekosistem serta biodiversity Tasik Kenyir agar kekal dan terus terpelihara. Sebanyak lebih 24 houseboat terlibat dalam penganjuran kali ini walaupun dengan cabaran musim hujan lebat dan berangin. Acara ini telah dirasmikan oleh Pengurus Kanan Korporat KETENGAH iaitu Encik Mahdi Amin Bin Ahmad di Pengkalan Gawi dan turut dilepaskan bersama 5000 anak ikan sumbangan Jabatan Perikanan di Sungai Leban bagi kesinambungan kelestarian hidupan di Tasik Kenyir. Di Pengkalan Gawi juga turut di adakan jualan industri desa seperti ika...

Nasi Goreng Ikan yang sedap di Kedai Koffie, Kg Losong Haji Long, bagai masakan ibu...

Image
Kedai Koffie di Kg Losong Haji Long kini menjadi tumpuan dengan pelbagai menu menarik dan suasana kedai yang santai dan menarik. Pelbagai menu menjadi tarikan pengunjung dari masakan panas, masakan barat malah hingga ke snek berat dan ringan. Semuanya nampak sedap. Begitu juga dengan pelbagai pilihan minuman seperti pelbagai pilihan minuman susu goncang atau 'milk shake'. Harga bagi setiap makanan dan minuman juga berpatutan dan mampu dinikmati oleh semua golongan. Kedai Koffie yang diusahakan oleh Puan Haslinda dan dan suami ini terletak dilokasi strategik iaitu jalan menuju ke Muzium negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam serta jalan menuju ke LPT. Admin sendiri mencuba Nasi Goreng Ikan yang memang sedap dan klasik bagaikan masakan ibu serta Kopi Ais. Berbaloilah datang ke sini... #setiupost #terengganupedia #makan

Nasi Dagang Atas Tol di Cafe Pozi Kubang Badak.

Image
Nasi Dagang Atas Tol  (NGAT) adalah satu nama yang menjadi sinonim dengan makanan Terengganu dan sudah menjadi ikon makanan Terengganu dan berada pada kelas tersendiri. Baru-baru ini admin sempat untuk membeli secara bungkus Nasi Dagang Atas Tol ini di Cafe Pozi di Kubang Badak. Memang terbukti begitu ramai sekali menikmati nasi dagang tersohor ini samada makan di cafe mahupun yang membungkus untuk di bawa pulang.Memang kena beratur tetapi tidak lama dengan sisem jualan yang sistematik dan efisien kepada pelanggan. Terdapat dua bahagian iaitu bahagian makan di kedai dan satu lagi untuk yang ingin membeli secara bungkus. Rasa nasi dagangnya memang terbaik serta gulai ikan aya bukan sahaja sedap malah besar juga ketulannya dengan harga RM4 sebungkus, memang berbaloi. Dan NDAT ini boleh dimakan sampai ke petang dan jika di simpan didalam peti sejuk boleh saja dinikmati pada bila-bila masa. NDAT di Cafe Pozi adalah cawangan keempat selepas di lokasi asal dekat kubur ...

Promosi Ramadhan istimewa daripada Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu

Image
Bulan Ramadhan kini menjelma lagi! Tahun ini Hotel Tanjong Vista menampilkan kelainan juadah berbuka puasa yang dimulakan dengan Seafood Galore dari 6 Mei – 11  Mei 2019 dan diikuti dengan Citarasa Ramadhan dari 12 Mei – 3 Jun 2019. Pelbagai juadah menarik disediakan dengan iringan persembahan irama muzik yang pasti membangkitkan lagi selera anda! Selain itu kami juga menyediakan Seafood Pocong yang boleh didapati di hadapan hotel kami atau penghantaran secara terus ke lokasi anda! Tidak ketinggalan, promosi bilik sepanjang bulan Ramadhan serendah RM148.00 bersih/sebilik/semalaman dengan bufet Ramadhan PERCUMA untuk seorang! TUNGGU APA LAGI! TEMPAHLAH SEKARANG! Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi pegawai jualan kami: Azizah (019-9720200) Marziana (013-905 1984) Rose (014-541 1978) atau ditalian kami: Telefon: 096319988 Fax: 096318611 Email: enquiry@hoteltanjongvista.com.my / wawa@hoteltanjongvista.com.my Untuk tempahan Bufet Ramadhan: http://goo.gl/for...

Pakej Istimewa daripada Quinara Al Safir Resort

Image
Kepada anda diluar sana yang mencari tempat untuk meluangkan masa bersama anak-anak yang dikasihi..... Quinara Theme Park/kolam bertempat di Qu inara Al Safir Resort, kami menyediakan pakej makan dan minum dengan harga yang berpatutan dan juga suasana kolam yang dikelilingi kehijauan. untuk pertanyaa selanjutnya, hubungi kami ditalian 09 667 4040

Promosi Bilik 60% di Peladang Setiu Agro Resort sepanjang Ramadhan ini...

Image
Promosi di Peladang Setiu AGro Resort sepanjang Ramadhan. Bagi pakej berbuka puasa dengan harga serendah RM99.00 untuk set 4 hingga 5 orang. Juga menu hidang RM38.0 seorang dengan pelbagai pilihan lauk serta Pakej Buffet Ramadhan RM43.00 seorang. Bagi pakej berbuka + Moreh + Sahur hanya serendah RM53.00 seorang. Apa yang menarik adalah Moreh adalah berasaskan 'Makan Colek' yang sedap. Bagi maklumat lanjut boleh hubungi 0199192240 samada panggilan/SMS/whatsapp #setiupost

RM20 sahaja seorang Buka Puasa di CAFE POZI...macam-macam ada,,,

Image
# BuffetRamadhanCAFEPOZI  - Hanya RM 20/pax Untuk 30 Pilihan Makanan & Minuman.  🤤 . Setiap Hari Kami Sediakan Masakan Nasi Putih Berlauk Kampung.. Boleh Order Ke ropok Lekor Cheese, ABC Chocolate, Cendol Aiskrim..Laksa Peneng Pun Ada. . Pilihan Terbaik Untuk Berbuka Puasa.. Kenyang Dan Berbaloi. . ➡️ Untuk Tempahan Awal = RM20 (Sebelum 9.00am Hari Berbuka) ➡️ Tempahan Berkumpulan Layak Mendapat Percuma 1 org (Berkumpulan Melebihi 10 org) . ✅ Waktu Operasi 5.00 Ptg - 9.00 Malam (Sabtu - Khamis) Kalau Ada Apa2 Pertanyaan  📲  019 -559 6160 - umi http://www.wasap.my/60195596160 . Klik Link Untuk Tempahan  http://www.wasap.my/60195596160

Pengunjung blog