Posts

Showing posts with the label Gulai ayam kampung

Warung Jelira Rasa, Kg Guntung Luar, destinasi sarapan pagi popular di Setiu, Terengganu

Image
  Gulai Kerutuk Itik Hari ini dalam perjalanan ziarah kematian bapa saudara di Besut, kita singgah Warung Jelira Rasa Kg Guntung Luar. Di sini popular dengan masakan Gulai kerutub itik, gulai ayam kampung serta ayam kampung goreng. Di antara kedai sarapan pagi yang popular di Setiu. Gulai dia bukanlah paling sedap, tapi apabila makan membuatkan kita teringat dan ada identiti rasa dia yang tersendiri. Lokasi kedai di trafik light Kg Guntung Luar dan boleh Waze atau Google Map Warung Jelira Rasa. Ia dibuka setiao hari dari jam 7.00 pagi sehingga jam 2.00 petang dan Turup pada setiap Sabtu. Dah gitu lah.. Ambe makan dulu Gulai Ayam Kampung

Gulai itik dan Ayam Kampung Kedai Abang Dol di Kg Bintang, serius sedap, harga pun berpatutan..

Image
 Inilah kedai makan Abang Dol untuk sarapan pagi Gulai Itik dan gulai ayam kampung yang sedap di Kg Bintang, Setiu, Terengganu. Memang sedap dan harga pun amat berpatutan serta dibuka setiap hari. Ia terletak di sebelah kiri sebelum jambatan Kg Bintang selepas simpang tiga Kg Bahagia jika anda dari Bandar Permaisuri. Rasa gulai bagaikan masakan orang tua duku dulu. Kedua dua gulai sedap. Ini bermakna ada 3 lokasi popular untuk sarapan pagi berasaskan gulai itik dan ayam kampung iaitu; I. Warung Jelira Rasa di Simpang Kg Guntung Luar Ii. Warung Cik Ani atap nipah di Kg Bintang dan Iii. Kedai Makan Abang Dol Kg Bintang Jika tuan tuan lalu ikut sini boleh lah singgah rasa dan nikmatinya sendiri. Keenakan adalah berbeza bagi setiap individu. P/s: jika tuan tuan dan puan puan ingin jemput admin untuk buat review bolehlah email ke terengganulegend@yahoo.com atau DM ke FB Ripum Portal, insyalah kita cuba adjust.

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik kini menjadi ikon sarapan pagi Setiu di Kg Guntung Luar, Setiu, Terengganu... pakat mari rasa

Image
Nasi Gulai Itik dan Gulai ayam kampung Jelira Rasa di Kg Guntung Luar sudah menjadi salah satu ikon sarapan pagi daerah Setiu. Setiap kali menerima tetamu dari luar Terengganu, ia menjadi pilihan untuk tetamu menjamu selera dan menikmati keenakan masakan Terengganu. Gulai kerutub itik, gulai ayam kampung serta ayam jampung goreng, itulah menu utama di kedai ini yang sentiasa penuh menerima pelanggan setiap hari. Ia dihidang bersama samada nasi putih atau nasi dagang. Ia dibuka setiap hari bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari kecuali hari Sabtu (rehat) Terletak tidak jauh dari persimpangan lampu isyarat Kg Guntung Luar dan di sebelah kanan anda jika dari Bandar Permaisuri dan Kuala Terengganu dan di sebelah kiri jika anda dari Bandar Jerteh. #setiupost #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu2017

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Image
Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung, Kg Guntung Luar... sedap.. sedap Hari ini blogger ingin memperkenalkan salah satu daya tarikan untuk sarapan pagi di Setiu iaitu di Kg Guntung Luar. Tu dia Gulai Ayam Kampung dan Ayam Kampung Goreng... Kedai Haji Ya ini menyediakan Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik. Memang sentiasa ramai pengunjung di sini. Boleh dikatakan kebanyakan pegawai jabatan kerajaan yang terletak 10km iaitu di Bandar Permaisuri masih sanggup datang ke sini untuk bersarapan pagi. Apa yang istimewa di sini adalah gulainya yang klasik dan tradisional. Turut di jula di sini Ayam Kampung Goreng, Nasi Dagang yang boleh di makan bersama Gulai Itik dan Ayam Kampung. Kena datang awal sikit, biasa jam 11.00 pagi habis dah.... Lokasinya, jika anda dari Kuala Terengganu, tiba di simpang 4 lampu trafik, belok kanan dan kedai ini terletak kira-kira 100 meter dari persimpangan. Ia dibuka setiap Ahad hingga Khamis dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari. Hari...

Masjid Guntung Luar, Setiu... kini hentian pengunjung

Image
Kg Guntung Luar, Setiu kini menjadi pilihan pengunjung untuk berhenti rehat terutama Masjid Kg Guntung Luar di samping menunaikan ibadat yang wajib. Keadaan dan suasana masjid yang nyaman serta kemudahan tandas yang sentiasa bersih menjadi pilihan pengunjung. Bersebelahan masjid ini juga terdapat Sungai Guntung di mana airnya mengalir jernih. Juga terdapat jambatan gantung di mana kita dapat menikmati pemandangan sungai dan suasana pekan Guntung dari sini. Apa yang istimewa di Pekan Guntung ini adalah Nasi Pagi Gulai Ayam Kampung dan Itik. Terdapat beberapa kedai yang menyediakan juadah yang istimewa ini. Yang paling popular adalah Kedai Haji Ya Ayam Kampung yang terletak tidak jauh dari simpang Guntung menuju ke Kg Guntung Dalam/ Kg Saujana. Ia sentiasa menjadi pilihan pengunjung terutama pegawai-pegawai kerajaan dari Bandar Permaisuri serta Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Juga terdapat kedai yang menyediakan masakan tradisional lain seperti nasi kerabu istimewa di sepanjang jalan di...

Pengunjung blog