Posts

Showing posts with the label Kenapa nak roboh Pasar Payang

Kenapa nak roboh Pasar Payang?

Image
Abdul Kadir Sheikh Fadzir 5:14PM Apr 16 2013   Saya berasa sangat sedih bahawa kerajaan negeri Terengganu masih hendak meneruskan keputusannya merobohkan Pasar Payang di Kuala Terengganu dan digantikan dengan Kompleks Perniagaan yang moden.  Saya hairan dengan keputusan ini sedangkan rata-rata rakyat dan berbagai NGO membantah keputusan tersebut. Selaku mantan menteri kebudayaan dan kesenian Malaysia, saya juga ingin merayu kepada pihak menteri besar dan kerajaan negeri Terenganu agar mengkaji semula keputusan tersebut. Pasar Payang di Kuala Terengganu bersama Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru adalah dua kompleks ikonik dan bersejarah dan merupakan imej yang hebat mengenai kekayaan warisan dan budaya bukan sahaja Kota Bahru dan Kuala Terengganu tetapi juga bagi seluruh negeri Terengganu dan Kelantan dan rakyatnya. Semasa saya menjadi menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan dahulu saya telah meluluskan berbagai peruntukkan untuk membaiki dan menaikkan taraf k...

Pengunjung blog