Posts

Showing posts with the label MBHA Terengganu

Sidang DUN; Rang undang-undang rumah tumpangan dipinda untuk keselesaan rakyat

Image
Oleh; Esah Abdullah  Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini telah meluluskan Pindaan Rang Undang-undang Enakmen Rumah Tumpangan dan perkara-perkara berkaitan dengannya bermula fasa satu hingga 45. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan berkata, yang digunapakai sekarang adalah Rang Undang-undang 1948 yang melibatkan rumah tumpangan.  “Kita sekarang berada pada alaf baru dan undang-undang ini dipinda adalah untuk keselesaan keselamatan dan keupayaan kepada pengusaha dan juga kepada penginap rumah tumpangan,” katanya kepada pemberita di Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini. Katanya, dalam peraturan rumah tumpangan terlalu banyak kelemahannya yang perlu diperbetulkan dalam perkara ini mengikut perkembangan semasa Menurutnya, ketika ini terlalu banyak perlanggaran syarat yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha yang meletakkan status rumah mereka kepada homestay sedangkan sebenarnya rumah tumpangan. ...

MBHA TERENGGANU- Barisan kepimpinan baru 2013/2014

Image
Ini adalah senarai barisan kepimpinan baru MBHA Terengganu bagi tahun 2013/2014. Di harap ia mendapat sokongan dan kerjasama semua ahli MBHA Terengganu. Juga diharapkan bagi premis penginapan dan hotel budget yang masih belum berdaftar, dapat berbuat dengan segera demi kebaikan industri pelancongan negeri Terengganu.

Hotel Kenangan, Kuala Terengganu- MBHA Members

Image
Syarikat Warisan Berhad (SWB) adalah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965, pada dan mulai 8 September 1969 sebagai sebuah Syarikat Berhad mengikut syer. Ahli-ahli Syarikat Warisan Berhad adalah terdiri daripada 154 orang guru Melayu di Terengganu (100% Bumipetera). Pada tahun 1974, Syarikat ini telah mendapat pinjaman daripada UDA untuk membina sebuah bangunan empat tingkat diatas tanahnya, di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bangunan Syarikat Warisan Berhad siap sepenuhnya pada tahun 1976 dan mula beroperasi sebagai sebuah hotel yang mempunyai 36 bilik, dalam bulan Jun 1976 yang dikenali sebagai Hotel Warisan dan namanya telah ditukar kepada Hotel Kenangan pada tahun 1990 atas sebab-sebab yang tertentu yang tak dapat dielakkan . Hotel Kenangan, No.65 Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu. Tel ; 096222688      Fax; 096233268 www.hotelkenangan.com.my      Superior Twin Triple Room Deluxe  Room ...

Mesyuarat Agung MBHA Terengganu

Image
Kepada semua ahli Persatuan Hotel Budget Negeri Terengganu (MBHA TERENGGANU), Mesyuarat Agung Tahunan 2012 akan di adakan sebagaimana berikut: Hari:   SABTU 20 APRIL 2013 Jam 11.00 pagi Dewan Desa, MOTEL DESA, Kuala Terengganu Di harap semua ahli dapat menghadirkan diri kerana tahun ini adalah tahun pemilihan jawatankuasa baru bagi merencanakan dan menggerakkan MBHA Terengganu.

Pengunjung blog