Terengganu negeri paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2024 oleh DOSM Malaysia
Kecoh sekejap berkaitan indeks kebahagiaan yang di keluarkan oleh DOSM Malaysia atau Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2024 yang menyaksikan negeri Terengganu Darul Iman berada di kedudukan teratas sebagai negeri paling bahagia mengatasi negeri-negeri lain di Malaysia.
Manakala Johor pula sebagai negeri kedua paling bahagia diikuti oleh Negeri sembilan serta Pahang.
Manakala bagi daerah pula, Daerah Keluang Johor dinobatkan sebagai daerah paling bahagia di Malaysia. Diikuti oleh Daerah Raub, Mersing serta Marang, Terengganu. Manakala daerah Admin Setiu berada di tempat ketujuh.
Berdasarkan dapatan survei, prestasi skor Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia pada
tahun 2024 berada pada tahap bahagia iaitu pada skor 7.60. Secara keseluruhan, dua
komponen berada di tahap sangat bahagia dan baki 11 komponen berada di tahap
bahagia antara skor 6.22 dan 7.82. Analisis mengikut komponen menunjukkan skor
indeks tertinggi dicatatkan oleh komponen keagamaan dan kerohanian iaitu 8.69 dan komponen
keluarga (8.64) dengan skala sangat bahagia. Skor indeks terendah pula dicatatkan oleh
komponen kebudayaan dengan skor 6.22.
Skor bagi komponen selebihnya adalah penggunaan masa (7.82), pendidikan (7.81),
kesihatan (7.79), perumahan dan alam sekitar (7.67), persekitaran kerja (7.58), penyertaan
sosial (7.56), keselamatan awam (7.51), kemudahan komunikasi (7.34), emosi (7.09) dan
pendapatan (6.40).
Mari kita lihat komponen dan data data yang telah didapati oleh kajian tersebut.
sumber: DOSM Malaysia
Comments