Posts

Showing posts with the label PPNT

Peluang Niaga di SELERA RASA TERENGGANU 2018.. cepat ..ada sikit lagi...

Image
Tawaran masih terbuka kepada usahawan dibawah agensi ! SPECIAL PRICE hanya untuk usahawan dibawah agensi yang terlibat.   Antara agensi terlibat : - YPU - YPK - SME CORP - MARA - PERIKANAN - PERTANIAN - PERLADANGAN Jika perseorangan, harga masih kekal dengan harga yang lama Booth semakin limited ! so sesiapa yang masih berminat nak join boleh direct contact person in charge ye   :) Admin: Dimaklumkan pada malam perasmian dijangka lebih 20,000 pengunjung akan berada di situ sempena dengan Perarakan MAZU iaitu perarakan Kaum Tionghua dengan pelbagai event menarik.. Satu peluang bisnes yang hebat #selerarasaterengganu #setiupost

Majlis Sambutan Aidil Fitri 2013 bagi penggiat pelancongan Terengganu

Image

Teruskan aktiviti kebudayaan Payang Walk-PPNT

Image
Oleh; Esah Abdullah Kerajaan negeri digesa meneruskan aktiviti persembahan kebudayaan sempena program Payang Walk yang akan bermula semula pada Khamis depan. Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) Wan Supian Dato’ Wan Ishak berkata, persembahan kebudayaan itu merupakan satu daya tarikan kepada pelancong untuk berkunjung ke Payang Walk di samping dapat memperkenalkan kebudayaan tempatan.  “Persembahan kebudayaan seperti wayang kulit, rodat, tarian saba, silat adalah antara persembahan kebudayaan yang masih ada untuk diketengahkan kepada pelancong dan kepada generasi baru,” katanya. Menurutnya, persembahan kebudayaan di Payang Walk diadakan setiap Sabtu dan Ahad itu mula diperkenalkan pada Oktober tahun lalu, tetapi telah dihentikan pada Disember kerana masaalah cuaca. ``Bagaimanapun PPNT berharap acara persembahan kebudayaan itu dapat diadakan sempena program itu berlangsung bagi mempamerkan kehebatan kebudayaan negeri. ``Kita banyak diberi pendedahan mengen...

GPMS bantu promosi TMT 2013

Image
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri Terengganu akan mengadakan program berkonvoi empat hari menggunakan 10 buah kereta ke Singapura bermula pada 5 Disember ini bagi mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013).  Pengerusi GPMS negeri Terengganu Ahmad Izani Abdul Ghani berkata program berkonvoi melibatkan 40 anggota dan anggota jawatankuasa GPMS itu adalah dalam usaha membantu kerajaan negeri menarik pelancong dari republik itu ke Terengganu.  "Ini satu daripada usaha kita bagi bantu kerajaan memperkenalkan Terengganu sempena TMT 2013. Kita bukan hanya ke Singapura, tetapi turut berhenti di tempat tertentu di Johor dengan mengedar risalah mengenai TMT 2013. "Sepanjang berada di republik itu, GMPS juga mengadakan dialog dan majlis penerangan mengenai keistimewaan negeri Terengganu, " katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.  Dalam perkembangan lain, Ahmad Izani berkata GMPS telah membantu 12 pelajar negeri itu men...

TEMCO 2012- banyak idea dan perkongsian dalam membangunkan pelancongan Terengganu

Image
Seminar Terengganu Eco & Marine 2012 atau TEMCO yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 6 dan 7 November 2012 di Primula Beach Resort telah banyak melahirkan idea dan pandangan yang boleh dimanfaatkan oleh penggiat pelancongan di negeri Terengganu. Dalam ucapan perasmian, Pengerusi Persatuan Negeri Terengganu (PPNT) Wan Sufian Dato Wan Ishak telah menyatakan PPNT sememangnya serius dalam mengangkat dan membangunkan pelancongan di Terengganu. Salah satu produk baru yang diperkenalkan PPNT adalah 'Payang Walk' pada setiap minggu Jumaat hingga Ahad di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Payang Walk adalah usaha meneruskan kesinambungan budaya dan warisan Terengganu melalui pakej menaiki beca atau 'teksi' (panggilan orang Terengganu), jualan kraftangan, aktiviti kebudayaan, pakej River cruise bot penambang dan bermacam-macam lagi supaya ia akan terus menjadi penyambung warisan negeri Terengganu. Ia juga akan terus 'menghidupkan' lagi Pasar Payang yan...

TEMCO- PPNT anjur seminar pelancongan

Image
wetland Setiu Oleh:Noraini Jusoh Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) akan menganjurkan Seminar Pengendalian Perniagaan Sektor Eko Pelancongan dan Marin Pelancongan 2012 (International TEMCO 2012) pada 6 hingga 7 November ini. Penganjuran seminar oleh PPNT dengan kerjasama kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan Malaysia akan diadakan di Primula Beach Hotel selama dua hari. Pengerusi TEMCO 2012, Encik Alex Lee Yun Ping, berkata, seminar yang kali ketiga diadakan ini akan memberi tumpuan terhadap usaha memartabatkan sektor pelancongan di negeri ini khususnya dan membincangkan idea-idea praktikal serta mencari penyelesaian yang memberi inspirasi kepada perubahan positif dalam sektor Eko & Pelancongan Marin. “Setakat ini 100 peserta telah mendaftarkan diri dan penambahan peserta dijangka akan berlaku sekaligus mencapai matlamat kami iaitu 120 orang peserta. “Peserta yang bakal hadir terdiri daripada individu yang berkait rapat dengan sektor ...

Jamuan Hari Raya Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu..ada kambing panggang

Image
Di penghujung Syawal baru-baru ini, blogger berkesempatan mengunjungi Majlis Jamuan Hari Raya dan Hari Inovasi Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (LPP) di Wisma Peladang berhadapan dengan Mydin Mall Kuala Terengganu. Majlis yang cukup meriah ini dihadiri oleh semua warga kerja LPP dan PPK seluruh negeri Terengganu, warga petani dan peladang serta kakitangan jabatan dan agensi yang berkaitan. Banyak sekali makanan disajikan daripada masakan tradisional seperti Nasi Minyak, Gulai kawah kambing, lemang, ketupat, rendang, laksa serta kuih tradisional seperti tapai pulut, buah-buahan, sate dan yang paling istimewa adalah Kambing Panggang . Dua ekor kambing panggang dihidangkan untuk hadirin. Nampak sungguh sedap kambing panggang yang telah diperap. Untuk makluman Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) telah mengorak langkah dalam memajukan ternakan kambing dan akan menjadi antara pembekal utama kambing terutama daripada baka Boer di negeri Terengganu. Kira-kira 2000 ekor ka...

Pengunjung blog