Posts

Showing posts with the label admin

Selamat Tahun Baru 2022

Image
  Admin ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022 dan insyalah akan sedaya upaya untuk lebih kerap update artikel di blog. Moga Allah swt berikan lebih sedikit masa untuk Admin menulis dan berkongsi sesuatu yang dapat dimanfaat bersama. Jika ada cadangan anda boleh lah email ke admin ke terengganulegend@yahoo.com terima kasih.

Salam Aidil Fitri dari Terengganu Myheritage

Image
Salam Aidil Fitri Admin ucapkan kepada semua dan mohon maaf banyak banyak jika da salah dan silap di sana dan di sini. Juga admin mengalu-alukan jika ada pembaca ingin berkongsi cerita dan pengalaman bercuti serta menikmati makanan di Terengganu boleh lah email cerita dan pengalaman ke email di bawah untuk dipaparkan di blog ini. Setiap cerita yang dipaparkan dan terpilih akan menerima HADIAH SPECIAL sebagai tanda terima kasih. Email: terengganulegend@yahoo.com terima kasih dan Jazakallah Kullu am wa antum bikhair ADMIN Terengganumyheritage

tertangguh urusan buat sementara

buat sementara ini, admin memohon maaf kerana tak banyak story untuk diupload, lagipun banyak urusan perlu diselesaikan dalam masa terdekat ini terutama berkaitan arwah ibu admin yang telah kembali ke rahmatullah pada 17 julai 2013 jam 5.30 pagi. banyak sebenarnya bahan dan story yang ingin dikongsi terutama berkaitan ramadhan dan banyak lagi. cuma masa tak begitu mengizinkan. moga allah memberi ruang yang lebih untuk admin kembali ke blog dengan ceria dan idea perkongsian. apapun ambillah kesempatan ramadhan ini untuk bekalan akhirat dan juga disiplin hidup kita untuk setahun akan datang. insyalah . salam ramadhan admin

Salam Ramadhan 2013

Image
Walaupun sudah hari kedua kita menyambut bulan yang mulia dan penuh berkat, admin ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa dan salam Ramadhan. Ramadhan kali ini mungkin biasa bagi sesetengah orang tetapi ramai lagi di antara kita yang terpaksa mengharungi keperitan mengharungi Ramadhan. Cabaran bahan mentah yang mahal serta juadah lauk dan kuih muih yang serba mahal terpaksa di telan. Bagi golongan berpendapatan rendah memang terasa peritnya. Oleh itu bagi mereka yang berada dan mempunyai sedikit kelebihan, jengok-jengoklah jiran sebelah, apakah mereka mempunyai bekalan yang cukup untuk mengharungi Ramadhan. Sama-sama kita ringankan poket dan beg duit kita untuk sama-sama meringankan beban dan meningkatkan sedeqah jariah. Membuat kebajikan tidak semestinya dengan yang mahal, apa kata kita beli kurma lebih sedikit untuk sama-sama kita bagi kepada jiran kita, kawan-kawan serta sahabat handai. Jika membeli sayur atau bahan mentah yang kita dapat murah, boleh dihad...

Pengunjung blog