Posts

Showing posts with the label al bakri

Surat Terbuka Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamada Al Bakri kepada Iqram Dinzly...

Image
SURAT TERBUKA KEPADA SAUDARA IQRAM DINZLY السَّلامُ عَلَيْكُم ورَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُهُ Salam perkenalan kepada saudara yang kami kasihi, Iqram Dinzly. Baru-baru ini kami terbaca laporan akhbar, juga kisah-kisah di media sosial berkenaan kehidupan saudara kini. Pertamanya, kami ingin ucapkan takziah atas pemergian papa tercinta, almarhum Muhammad Saipuddin Ahmad Said. Semoga Allah menghimpunkannya bersama-sama dengan orang yang soleh. Kami percaya, saudara Iqram dan mama, amat tabah menghadapi ujian ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga. Kami juga yakin, Iqram mampu menjaga mama dengan sebaiknya setelah pemergian papa yang dikasihi Berkenaan hal-hal yang berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami tidak tahu keadaan yang sebenar. Dalam masa yang sama, kami mengambil maklum akan cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap saudara. Nasihat kami, cemuhan-cemuhan berkenaan tidak perlu dipedulikan dan diambil perh...

Pengunjung blog