Posts

Showing posts with the label arnab panggang

Arnab Panggang kian popular dan perlu ditempah awal selepas 'VIRAL'di media dan TV di Bazar Ramadhan Kg Guntung, Setiu, Terengganu

Image
Inilah arnab panggang yang viral semalaysia di bazar ramadhan kg guntung setiu terengganu sehingga kehabisan stok jualan Memang sedap daging arnab berjus dan tidak berlemak seakan ayam kampung. Rasa berjus dan tidak berlemak. Patutlah ia menjadi kegilaan baru orang Terengganu.   Kalau ikut kata penjualnya, Mohd Ebbie Shafiran,  agak sukar untuk mendapatkan bekalan  arnab, kerana kebanyakan arnab dipelihara untuk haiwan peliharaan dan bukan untuk daging. Jadi bilangan arnab adalah terhad.  Selepas ini mungkin akan ada perternak arnab baru yang lebih fokus kepada pengeluaran arnab untuk makanan dan daging. Kehangatan arnab panggang ini juga telah mendapat liputan media yang meluas termasuk disiarkan di Berita TV9 sebagaimana video berikut: #setiupost   #terengganumyheritage   #visitbeautifulterengganu2 017

Arnab Panggang Bazar Ramadhan Kg Guntung yang popular hasil tular netizen...

Image
Begitu cepat sekali berita tersebar tentang ARNAB PANGGANG di Bazar Ramadhan Kg Guntung, Setiu, Terengganu. Ia telah menular dengan pantas dan hampir semua halaman popular malah berita TV juga telah menyiarkan berita panas arnab panggang yang bentuknya seakan-akan kucing hingga ada netizen yang memberi komen negatif. Walaubagaimanapun, hasil tersebar luas  berita panas ini menyebabkan idea suka-suka ini telah membuahkan hasil yang menabjukkan sehingga bekalan arnab tidak cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, malah ada pelanggan dari Pahang dan Johor yang meminta untuk dihantarkan tetapi pemiliknya Mohd Ebby Shafiran tidak mampu menunaikannya dengan bekalan yang terhad. Arnab panggang ini dijual dengan kadar RM35 hingga RM45 seekor bergantung kepada saiz arnab. Ia dibakar dalam ketuhar yang memberi rasa yang enak dengan rasa panggang. Pelanggan yang ingin mencubanya perlulah menempahlebih awal supaya tidak terlepas tempahan, dan admi...

Pengunjung blog