Posts

Showing posts with the label ayam hutan

Baka Ayam Kampung Terbaik

Image
G allus  gallu s adalah nama saintifik bagi ayam hutan merah,  Gallus varius  untuk ayam hutan hijau,  Gallus sonneratii  untuk ayam hutan kelabu dan  Gallus lafatet ii untuk ayam hutan Ceylon atau Sri Lanka. Namun bagi kebanyakan daripada kita semuanya ialah ayam kampung yang secara mudahnya baka ayam tempatan berwarna perang balung merah, badan tegap dan dibiar berkeliaran atau lepas bebas. Ayam pedaging dan penelur yang diternak secara komersial serta besar-besaran kini adalah berasal daripada spesies ayam hutan merah. Berbanding ayam pedaging dan penelur komersial, ayam kampung tidak menjalani proses pembiakbakaan yang sistematik walaupun berasal dari ayam hutan merah. Proses pembiakbakaan yang tidak terkawal serta sistematik telah menghasilkan ayam kampung pada hari ini yang mempunyai pelbagai ciri fizikal yang berbeza dari seekor ke seekor walaupun dalam kelompok reban yang sama. Industri penternakan ayam sama ada untuk pedaging atau ...

Pengunjung blog