Pesanan TH kepada bakal haji
Pesanan daripada TH kepada bakal haji TH mengingatkan semua bakal jemaah haji untuk segera mengemas kini profil maklumat peribadi bagi memastikan proses komunikasi dan tawaran haji musim 1447H/2026M berjalan dengan lancar. Berita lanjut: https://shorturl.at/GCF5U Bagi yang belum daftar haji, elok daftar segera supaya nama kita ada dalam sistem. Jika ada rezeki boleh pergi samada dengan Muassasah TH atau dengan agensi PJH. Dan elok juga daftar haji anak anak lebih awal bagi petancangan haji mereka di masa depan. Cabaran dan kemampuan di masa depan kita sendiri tidak boleh ramal dan dijangka semakin sukar dan ketat malah dengan kos yang lebih tinggi. Maka kita kena bersedia lebih awal dengan perancangan yang strategik dalam melaksanakan Rukun Islam yang kelima ini. #tabunghaji #haji1447H