Posts

Showing posts with the label bandar baru nilai

Restoran Jabina, Bandar Baru Nilai , masakan ori Thai yang sedap... puashati

Image
  Somtam yang sedap Baru baru ini kebetulan admin dan keluarga ada urusan pendaftaran anak sulung di UIA Gombak, sempat ziarah dan singgah rumah ipar di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Perjalanan kira-kira 1 jam daripada Gombak dan Maps Google cadangkan laluan Lebuhraya PLUS dengan exit di Bukit Mahkota dan melalui jalan Jenderang-Dengkil. Walaupun jalan akan berliku tetapi tidak begitu sibuk dan sampai di Bandar Baru Nilai setelah sejam perjalanan. Malamnya selepas Maghrib, kami sekeluraga dibawa untuk makan malam di Restoran Jabina di Bandar Baru Nilai. Melangkah masuk kedai sudah nampak ala Thai Stall dengan Somtam dan pulut pauh. Nampak macam sedap. Udang Celup Tepung Rupanya pesanan awal telah dibuat. Sebaik tiba makanan sudah tersedia terhidang di atas meja. Jadi tanpa perlu menunggu dan kedai atau restoran pun nampak meriah dan sentiasa ramai pengunjung. Cuma perlu membuat pesanan untuk minuman dan makanan tambahan saja. Menu yang di pilih adalah Somtam yang memang sedap...

Pengunjung blog