Posts

Showing posts with the label batu rakit

Menarik pukat... budaya masyarakat nelayan Terengganu

Image
gambar azizi embong Budaya menarik pukat adalah salah satu aktiviti tradisi masarakat nelayan di Terengganu. Ia masih boleh dilihat dan dinikmati keutuhan aktiviti berkumpulan ini di perkampungan nelayan di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan lain-lain tempat. Perkampungan nelayan di sekitar Batu Rakit adalah lokasi paling mudah unuk dilihat kegiatan nelayan sebegini pada setiap pagi. Memang begitulah cara hidup masyarakat nelayan di sini. Budaya menarik pukat ini sememangnya menjanjikan keseronokan melihat ikan-ikan pinggiran pantai yang bergelimpangan meronta melepaskan diri dari pukat. 

Cendol Mangga @ pauh yang sedap di Restoran Rasa Pedas Kg Mengabang Lekar, Batu Rakit, Terengganu

Image
Musim panas ni kena cendol memang sedap .Ada satu Kedai makan atau restoran yang menyediakan cendol sedap dan dan menarik, macam-macam ada di sini dari Cendol durian, Cendol mangga @ mempelam @ pauh dan macam-macam lagi.Memang sedap sungguh dengan rasa lemak manis apabila cendol bertemu pauh. Selain itu juga kedai ini turut menjual Nasi Ayam Hainan yang sedap dan juga Nasi Ulam dan lauk-lauk. Sebelah petangnya pula menjual steambot buffet dengan harga RM19 seorang dengan pelbagai pilihan dan nasi dengan budu ditawarkan bersama staembot. Nasi ayam hainan kecur air liur tengok Cendol Mangga Lokasi kedai Restoran Rasa Pedas Sukaramai ini terletak berhadapan dengan Gerai Keropok Sukaramai yang popular di Kg Mengabang Lekar. Jika waktu malam suasana kedai ini meriah dengan lampu yang terang. Banyak destinasi makan yang menarik di Terengganu ini yang bolek kita nikmati bersama keluarga atau teman-teman. @terengganumyheritage post  

Pak Nor Satar Guna Pakai Inovasi Baru- Teganu Kita

Image
Peniagaaan satar dan otak-otak Pak Nor Satar di Kampung Padang Polis, Batu Rakit kini mengguna pakai inovasi baru dengan menghasilkan satar dan otak-otak sejuk beku sebagai usaha memajukan lagi perniagaan milik arwah bapa. Antara produk itu termasuk satar dan otak-otak kulit popia, nugget satar dan nugget otak-otak dan keropok lekor segera Pengurus Operasi Syarikat Pak Nor Satar dan Otak-otak Enterprise, Mohd Sahir Mohd Nor, 33, berkata syarikatnya memerlukan kira-kira 60 kilo pelbagai hasil laut bagi menghasilkan lebih 5,000 biji satar dan otak-otak dalam tempoh tiga hari. “Ikan tenggiri, selayang, tambang, sotong, udang dan ketam antara resipi yang menjadi adunan Pak Nor Satar sejak mencuba inovasi yang dipelajari dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) itu. “Harga yang ditawarkan antara RM5 hingga RM12 sebungkus bergantung kepada jenis ikan dan produk yang ditawarkan,” katanya kepada teganukita.my. Syarikat itu pernah menerima bantuan p...

Pengunjung blog