Posts

Showing posts with the label beautiful terengganu. terengganu

Terokai Keunikan dan keindahan Sungai Terengganu dengan Payang Water Taxi

Image
  Keindahan dan keunikan Sungai Terengganu Sungai Terengganu merupakan salah satu sungai terpenting di negeri Terengganu, Malaysia. Keunikan dan keistimewaannya menjadikannya tarikan utama bagi penduduk tempatan dan pelancong. Pertama, sungai ini memainkan peranan penting dalam sejarah dan kebudayaan negeri Terengganu. Ia menjadi nadi kehidupan masyarakat setempat, bukan sahaja sebagai sumber air tetapi juga sebagai laluan pengangkutan tradisional sejak zaman dahulu. Sungai Terengganu juga terkenal dengan keindahan alam semula jadinya. Airnya yang jernih dan persekitaran hijau di sekitarnya menawarkan pemandangan yang menenangkan. Aktiviti seperti berkayak, memancing, dan pelayaran sungai sering dilakukan di sini, menjadikannya destinasi rekreasi yang popular. Selain itu, sungai ini menjadi tumpuan semasa perayaan seperti Pesta Sungai Terengganu, yang mempamerkan kebudayaan dan tradisi tempatan. Keistimewaan lain Sungai Terengganu ialah kepentingannya dalam sektor perikanan. Ia men...

Selera Tradisi Maidah Al barakah, bufet Ramadhan yang menarik di Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu.

Image
  Baru baru ini dapat jemputan preview Buffet Ramadhan Selera Tradisi di Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu. Ia juga dinamakan Iftar Maidah Al Barakah. Alhamdulilah banyak sekali menu yang menarik dan sedap. Banyak sekali yang istimewa di sini seperti gulai ketam, sup kambing berdengung, ayam percik, kambing golek, pelbagai kuih muih klasik dan moden. Memang rambang mata dibuatnya. Menunya bukan sekadar makanan moden dan continental seperti nasi arab, malah laksa tradisional Terengganu pun turut disajikan. Harga yang ditawarkan adalah RM88 bersih untuk dewasa dan RM48 untyk kanak kanak. Untuk tempahan dan pertanyaan bolehlah hubungi 0199847566 PB Hotel juga merupakan the best city hotel 2023 .

Pelita Raya 2025 mendapat sambutan yan luar biasa.. meriah sungguh

Image
  semalam berkesempatan mengunjungi Pelita Raya 2025 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak. Sungguh hebat dan luarbiasa sambutanya. Gaya persembahan daripada agensi yang menyertai juga hebat dan menarik. Macam macam tema dan motif ditampilkan bagi menzahirkan suasana ceria Pelita Raya. Malah setiap reruai pameran juga turut menampilkan keunikan jualan masing masing. Macam macam menu rare dari daerah masing masing ditampilkan di sini. Sampai semalam sudah agak lewat sikit dalam jam 11.00 malam, tapi orang ramai masih berpusu pusu menikmati kemeriahan acara ini. Tak sempat nak jelajah secara lebih mendalam setiap ruang. Ambe singgah di Sesohor Setiu dan sempat menyapa Tuan DO Rizal bersama Tuan ADO Raja Faisal yang santai. Makanan di Setiu juga rare dengan menu Kepala Kambing dan lokan bakar serta kuih peneram dan macam macam lagi. Nampak colek ayam pun ada sesuai dengan suasana moreh. Ambe juga singgah ke reruai Pmint dan Kumpulan Syarikat PMINT yang bermotif...

Aroma Square Kg Raja Besut.. comel weeih cafe ni, makan pun sedap...

Image
Baru-baru ini, rasa nak singgah kat sebuah cafe baru di Kg Raja, Besut bersebelahan dengan Dewan Merdeka yang baru setelah melihat promosi cafe ini di Facebook. Namanya Aroma Square Cafe. Cantik sekali dekorasi dalaman dengan hiasan mural dinding yang menarik serta susunan kerusi meja dan penataan cahaya yang membuatkan kita rasa selesa dan nyaman. Memang ingin mencuba beberapa menu dan anak-anak telah memilih Mushroom soup yang katanya memang sedap sehingga 2 kali tambah.Juga Meetball serta Banana Aiskrim. Admin mencuba Nasi Goreng Aroma yang disediakan dengan udang goreng yang rangup serta sambal yang sedap serta isteri pula mencuba Chicken salad. chicken salad yang sedap dan menyihatkan Nasi Goreng Aroma.. antara trademark di sini Mushroom Soup yang sedap Kegemaran kanak-kanak, Banana Aiskrim Banyak lagi menu menarik dan menjadi pilihan pengunjung yang datang ke cafe ini di antaranya Nasi Ayam Penyet, chicken chop serta lamb chop yang h...

SMK Kuala Besut mencipta sejarah di Korea Selatan dalam mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia

Image
Tahniah SMK Kuala Besut, Besut Terengganu telah mencipta sejarah dan mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia ke mata dunia, di Gyoungju, Korea Selatan dalam ' KuBest Smart Innovation' dalam Third International Conference on Human Resource Development for Nuclear Power Proggrammes: Meeting Challenges to Ensure the Future Nuclear Workforce Capability. Apa yang membanggakan mereka telah menewaskan pelajar-pelajar dari negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Korea Selatan serta Hungary. Hebat anak-anak kita ini dalam bersaing ke peringkat antarabangsa. Tahniah untuk Guru Pembimbing serta pengurusan sekolah SMK Kuala Besut dalam menggapai kejayaan. Tiada yang mustahil jika kita tahu arah tuju. #setiupost

Buka Puasa di Terminal CAFE Kuala Besut... bolehh kirro...

Image
PAKEJ BERBUKA PUASA VIRAL TERLAJAK MURAH  ➡   KUALA BESUT Terminal CAFE !!!!!!! . SET JIMAT UNTUK BERBUKA PUASA KINI HANYA RM49.00 SAHAJA SIAP PAKEJ AIR BUAH SEJUG  UNTUK AWOK AWOK KITA MEMANG DOKLEH JUMPA KAT MANA MANA KEDAI MAKAN . HANYA DI KUALA BESUT TERMINAL CAFE!!! . MUROH SEKALI GANDA TAU DARI PAKEJ KEDAI MAKAN LAIN . Dalam set jimat ini ada : 💥  Ikan Siakap (500-600g) 💥  Tomyam Campur 💥  Daging / Ayam Masak Merah 💥  Kailan Ikan Masin 💥  Telur Dadar 💥  Sambal Belacan 💥  Nasi 4 💥  Air Buah 1 Jug . Nok cari mana lagi pakej muroh dooh gini tahun 2018 ? Harga murah , tempat selesa , rasa sedap dooh . 🏪  LOKASI : DI TERMINAL BAS BARU KUALA. BESUT. BERHADAPAN PEJABAT POS KUALA BESUT. Pada waktu malam, anda juga mempunyai pilihan untuk pilihan pelbagai colek, samada colek buah, kerang dan banyak lagi... dok mari dok tahu... . Untuk tempahan boleh hubungi no tertera dibawah  😍 💜 💋 👇 👇 👇 ENCIK JAA...

Beautiful Terengganu 2016 di Plaza Angsana Johor bahru

Image
Beautiful Terengganu di Plaza Angsana Johor Bahru pada 23 hingga 27 Mac 2016 mensasarkan orang-orang Johor dan Singapura bagi menikmati keenakan makanan Terengganu seperti keropok lekor, nasi dagang, otak-otak, satar, bekang dan macam-macam lagi. Juga dibawa ke sini adalah hasil kraf batik, songket, barangan kraf, makanan tradisi dan bermacam-macam hasil usahawan Terengganu. teganukita Juga pakej-pakej pelancongan menarik di Peladang Setiu Agro Resort, Pulau Perhentian, Tasik Kenyir, Pulau Redang dan macam-macam lagi dengan kadar harga yang istimewa Juga menampilkan pelbagai deminstarsi kebudayaan seperti tenunan songket, gasing terbang, silat, gamelan, permainan tradisional dan macam-macam lagi. Jom ke Plaza Angsana Johor Bharu untuk melihat sendiri rombongan dagangan Terengganu dan ianya bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10 malam sehingga 27 Mac 2016 #beautifulterengganu #terengganumyheritage #tahunmelawatterengganu2017

Pengunjung blog