Ubi Gadong.. walaupun beracun tetapi berkhasiat.. dan menjadi makanan yang enak orang Terengganu dan Kelantan
Airul Ain Ashri & Azwan Mat Lazim, PhD Ubi gadong merupakan sejenis ubi yang eksotik di negara kita. Ia mungkin menjadi salah satu sumber karbohidrat suatu ketika dahulu, namun kini ubi gadong kian dilupakan. Oleh kerana ia mengandungi komponen sianida dalam kumpulan alkaloidnya, ubi ini perlulah direndam dan dicuci dengan bersih terlebih dahulu bagi membuang racun (discorina) sebelum boleh dimakan atau digunakan sebagai ubatan. Apa yang menarik, ekstrak daripada ubi ini telah digunakan sebagai salah satu ramuan dalam penghasilan racun bagi masyarakat tradisional Melayu dalam menuba ikan dan mengawal makhluk perosak bagi penanaman padi. Selain itu ia turut digunakan oleh pengamal ilmu hitam dalam ramuan santau atau sihir. Oleh kerana ubi ini tidak lagi digunakan secara meluas, maka kumpulan penyelidikan kami telah mengeksploitasi serta memodifikasi hasil daripada ubi ini kepada suatu bahan yang lebih sofisikated. Antaranya hidrogel, surfaktan, pengelmusi, titik nano dan salutan. ...