Gua Bewah terus tersohor
Oleh: Suriati Ali Gua Bewah yang terletak di antara 340 gugusan pulau di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dahulunya hanya terkenal sebagai `kilang tahi kelawar’ berikutan puluhan penduduk sering mengunjunginya untuk mendapat najis haiwan itu. Terdapat laluan khas yang dibina pihak tertentu bagi mengeluarkan najis kelawar untuk dijadikan baja tanaman. Kini selepas dinaiktaraf oleh kerajaan Terengganu, lokasi tersohor itu seolah-olah menjadi destinasi wajib di kunjungi bagi pelancong setiap kali menjejak kaki di tasik buatan manusia itu. Penemuan rangka manusia dipercayai berusia 16,000 tahun milik manusia zaman pra-sejarah antara artifak paling berharga di mana mampu meningkatkan jumlah pengunjung sedia ada ke lokasi itu. Rangka tersebut dipercayai mayat remaja zaman pra-sejarah yang menghuni gua tersebut dan ia ditanam dalam keadaan merengkok (seperti bayi dalam kandungan), masih dikekalkan di tempat asal ia ditemui. Artifak yang ditemui awal 2010 dalam kerja-k...