290 Spesies Burung Di Tasik Kenyir Tumpuan Pelancong Antarabangsa
Tasik Kenyir yang menjadi habitat 290 spesies burung termasuk spesies jarang ditemui akan dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan terunggul di rantau ini, kata Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. Beliau berkata ini berikutan kedudukan Tasik Kenyir kekal menjadi tarikan utama dalam industri ekopelancongan khususnya daripada kalangan peminat burung tempatan dan luar negara. “Sebanyak 290 spesies burung telah direkodkan di Kenyir termasuk sembilan daripada 10 spesies burung enggang selain penemuan helang terpantas di dunia iaitu Peregrine Falcon,” katanya. Beliau berkata kerajaan negeri akan terus menjenama dan mempromosikan Tasik Kenyir sebagai “Destinasi Melihat Burung” terunggul di rantau ini. Menurutnya penganjuran kali ketiga ‘Kenyir Bird and Nature Quest’ selama dua hari bermula hari ini berjaya menarik 80 penyertaan daripada peminat burung termasuk dari Kanada, Nigeria, Palestin, Yaman dan peserta...