Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015... hangat
blog terengganu blogsot.com Pada bulan Jun 2015, Terengganu sekali agi digegarkan dengan kehadiran rombongan media antarabangsa yang melibatkan lebih 30 buah negara bagi merasai sendiri keunikan aktiviti mencandat di Negeri Terengganu. Program promosi ini turut membawa peserta ke Taman Laut Pulau Redang dan bercandat di sekitar Pulau Redang. Peserta juga akan dibawa ke Wetland Setiu di Kg Mangkukdan Kuala Baru bagi aktiviti mengutip kepah dan Pekan Budaya Daerah Setiu di Kg Rhu 10 bagi aktiviti dan permainan tradisional. Rombongan juga akan turut dibawa Festival Kenyir 2015 dan turut berkunung ke Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) dan pada malamnya akan ke Kg Cina bagi melawat Festival Peranakan Terengganu 2015. Mereka juga turut dibawa menkmati keindahan Kuala Terengganu dengan melawat Pasar Payang, Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam dan akan diraikan oleh YAB Menteri Besar selepas aktiviti mencandat kali kedua. Program diharap dapat membawa impak besar ke...