Angullia Resort, Marang, Terengganu, seindah namanya
Oleh: Noraini Jusoh Sekiranya anda ingin bercuti di Terengganu, sebenarnya tidak sukar untuk mencari tempat penginapan di pusat bandar dan juga kawasan sekitar yang menepati pilihan selain berlatar belakangkan panorama pantai yang indah. Antara pilihan pusat penginapan yang pasti menjanjikan kepuasan kepada yang mencintai kedamaian ialah di Angullia Beach House Resort yang terletak di Kampung Rhu Muda, Marang. Terletak berhampiran dengan Pantai Peranginan Kelulut dan jarak dari bandaraya Kuala Terengganu cuma kira-kira 20 kilometer (km) sememangnya memudahkan pengunjung datang ke sini. Lokasi penginapannya yang terletak di tepi pantai dan mengadap ke arah laut menjadi daya tarikan utama untuk pengunjung bersantai bersama insan tersayang. Pelbagai kemudahan disediakan di sini. Antaranya, ‘Suloo’s Haven’ iaitu penginapan utama Angullia dilengkapi restoran yang berkonsepkan taman dengan pemandangan hijau tumbuh-tumbuhan tropika serta disertakan kemudahan wifi secara percuma....