Posts

Showing posts with the label destinasi makan

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

Image
  Warung Pak Nong Celup Tepung di pantai Kg Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu adalah antara destinasi makan celup tepung terbaik di Terengganu. Ia boleh di katakan menjadi destinasi wajib pengunjung mahupun pelancong yang datang ke Terengganu untuk menikmati hasil laut segar di sini. Kunjungan admin baru baru ini pada hari biasa pun penuh rumbu orang datang ke sini untuk menikmati keenakan celup tepung Pak Nong di sini. Itu hari biasa, jika hari minggu maka perlu sabar menunggu untuk mendapatkan tempat. Udang bersaiz A sebagai hidangan, puashati Sememangnya di akui ikan, sotong mahupun udang yang disajikan di sini memang segar dan fresh. Malah udang size A digunakan. Memang puashati makan. Sotong juga segar dan enak sekali. Harga sememangnya berpatutan. Apa yang menarik, dengan suasana bayu pantai, pengunjung disajikan dengan abang busker yang menghiburkan pengunjung. Memang sedap sotong celup tepung ni, siap menambah lagi. Tinjauan admin sendiri pun, ramai pengunjung Pak ...

Nasi Ayam Yunan Batu Buruk, di antara nasi ayam terbaik di Terengganu.. cubalah

Image
  Makan tengahari di Kuala Terengganu? Nasi Ayam Yunan di Medan Selera Batu Buruk antara nasi ayam terbaik di Terengganu. Ayam dan sos kicap serta sambalnya cukup memikat selera. Ditambah dengan Baby Kailan dan sayur taugeh memang jaddi dan palut molek, kata orang Teranung. Kedai nasi ayam ini sudah lama bertapak di Kuala Terengganu dengan resepi Cina Muslim Yunan yang menjadi sebahagian Cina Muslim Terengganu sejak sekian lama. Selain Nasi ayam yunan , Nasi Ayam Nurul Iman depan Smaasza Baru Buruk juga antara nasi ayam lejeng bagi orang Terengganu. Datang Terengganu banyak lokasi makanan sedap patut rasa. #nasiayamyunan #nasiayamterengganu #makantengahariterengganu #BeautifulTerengganuMalaysia #jalanjalancarimakan

Mee Champa, Mee Sup Melayu Champa yang menyelerakan di Kuala Terengganu... puashati...

Image
Selepas PKP Corvid baru Admin ada ruang untuk ke Kuala Terengganu menyempurnakan beberapa urusan setelah 3 bulan terkurung sepi. Juga ambil peluang untuk mencari idea bisnes selepas PKP yang cukup mencabar. Dan waktu tengahari singgah ke Restoran Mee Champa di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan tidak jauh daripada Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Nampaknya ramai juga juga pengunjung ke restoran yang menjual juadah istimewa Melayu Champa yang berasal dari Kemboja atau Kampuchea iaitu Mee Melayu Champa. Hidangan bermula dengan RM6.00 semangkuk bagi Mee Champa samada ayam, daging atau perut. Anda juga boleh memilih untuk campuran samada perut+keting dan sebagainya dengan harga yang tertentu. Rasanya memang Ummp.. puashati dengan mee nya yang kenyal seakan akan suhun serta rasa sup dan daging serta ketingnya yang lembut. Memang menyelerakan. Suasana kedai juga selesa dan ada ruang berhawa dingin serta ruang terbuka. Walaupun dengan penjarakan sosial na...

Pengunjung blog