Posts

Showing posts with the label duyung marina resort

Promosi RM180 semalam di Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu...

Image
Promosi terkini bilik Deluxe untuk tahun baru 2018 hanya RM220 termasuk sarapan untuk 2 orang atau RM180 tanpa sarapan. Hubungi 09-6277888 untuk keterangan lanjut #setiupost

Awesome Deal... Promosi bilik RM238 di Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu.. jangan terlepas pulak

Image
Promosi bilik istimewa dari Duyung Marina Resort, Pulau Duyung Kuala Terengganu dengan serendah RM238 semalam. Lokasi yang telah terkenal ke seluruh dunia suatu ketika dulu dengan Kejohanan Kapal Layar Moonsun Cup sememangnya menarik dan mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Di samping menikmati keindahan di resort, anda juga boleh menikmati keenakan makanannya di Verandah dan The Bytes Cafe dengan pelbagai hidangan yang istimewa. Anda juga boleh melawat Kota Duyung yang terletak hanya 5 minit daripada resort yang suatu ketika dulu adalah bangunan pentadbiran utama di Pulau Duyung ini. Menarik sejarah di sini. #setiupost

Promosi RM220 Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu di MATTA FAIR 2017, PWTC

Image
Promosi istimewa harga bilik Deluxe hanya RM220 termasuk sarapan untuk 2 orang sempena Matta Fair September 2017 yang akan berlansung dari 8hb September sehingga 10hb September 2017 di Putra World Trade Centre ( PWTC).  Jom beramai-ramai ke sana! #setiupost

Promosi Ramadhan Duyung Marina Resort dengan Kambing Panggang Istimewa...sedap bohhh

Image
Promosi Ramadhan daripada Duyung Marina Resort dengan harga RM59++ seorang dewasa dan RM42++ bagi kanak-kanak dengan menu Istimewa Kambing Panggang. Resort yang terletak di Pulau Duyung ini sememangnya memberi perkhidmatan terbaik kepada anda dan turut menawarkan potongan harga bilik istimewa sempena Ramadhan ini serendah RM158.00 sebilik semalam bagi bilik sahaja dan RM188.00 sebilik semalam termasuk sahur bagi dua orang.  Manakala The Bytes Cafe juga menawarkan pelbagai makanan dan minuman serendah RM3.30  dengan pelbagai pilihan serta dengan suasana yang santai dan amat sesuai bagi anda yang ingin suasana yang privasi dan damai di sini. Bagi maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan pihak resort di talian 09-6277888 bagi maklumat lanjut mahupun tempahan Terima kasih Encik Sham Fazli - Pengurus Operasi DMR #setiupost #terengganumyheritage

Bytes Sport Cafe Duyung Marina Resort, cafe santai dengan pemandangan malam yang damai

Image
Bytes Sport Cafe , Duyung Marina Resort tempat makan yang santai dan sesuai untuk lepak dengan kawan-kawan. Dengan skrin Tv yang besar tentu seronok tengok bola beramai-ramai dengan kawan-kawan. Pelbagai permainan santai juga disediakan untuk anda bagi menghilangkan stress dan tekanan kerja. #visitbeautifulterengganu2017

D'Ganu Steamboat Pulau Duyung, Kuala Terengganu memang berbaloi..

Image
Pulau Duyung, Kuala Terengganu terkenal dengan pelbagai keunikan iaitu Duyung Marina Resort yang dulunya dikenali sebagai Riyaz Heritage dan juga Kota Duyung iaitu bangunan bersejarah yang mempunyai banyak kisah sejarah Pulau Duyung dan Kuala Terengganu. Kali ini sekali lagi diperkenalkan destinasi makan minum antara yang paling popular di sini iaitu D Ganu Cafe Steambat yang sentiasa enjadi tumpuan pengunjung. Apa yang istimewa di sini adalah harga BBQ Steamboatnya yang murah dan berpatutan iaitu RM25.00/set untuk 4 orang dan RM35.00/set untuk 6 orang. Memang berbaloi menikmati bersama keluarga. Sebaik sahaja sampai lebih kurang jam 8.00 malam, para pengunjung sudah mula memenuhi ruang restoran dan menjelang 9.00 malam semua tempat telah penuh dan ada pelanggan terpaksa menunggu tempat duduk. Namun begitu, usah bimbang pemandangan di sini menghadap Pulau Warisan dan bandar Kuala Terengganu amat menarik dan mengasyikkan. Dengan deruan angin malam menambahkan kedamaian ...

Pengunjung blog