Posts

Showing posts with the label enak

Ubi Gadung.. ubi beracun menjadi santapan orang tua kita.. hebat kan..

Image
  Selepas  post satu gambar ubi gadung yang dijumpai di kebun di Kg Hulu Kekabu, Setiu, Terengganu, rasa terpanggil untuk mencari sedikit maklumat berkaitan dengan ubi gadung ini. Pelbagai respon dari sahabat berkaitan ubi yang agak payah untuk dijumpai kini dan agak 'rare ' ini. Nama saintifik ubi gadung ini adalah Dioscorea daemona atau D.hispada Dennst. Di Thailand ia dikenali sebagai Kloi dan manakala di Filipina ia dipanggil Nami. Ia merupakan sejenis ubi beracun jika dimakan mentah begitu sahaja ,alah mengikut laporan jika memakan ubi ini secara mentah bersaiz epal sahaja boleh membunuh si pemakannya. Walaupun begitu ia tetap menjadi santapan yang yang enak orang-orang tua kita dahulu. Hebat kan. Barang beracun menjadi santapan. Dan Admin juga pernah memakannya semasa kecil ubi ini yang dibuat oleh arwah bonda untuk dimakan dengan kelapa bersama garam dan gula. memang sedap terutama pada musim hujan. Ia dikatakan berasal dari India tetapi telah tersebar luas di Asia Te...

Buah Binjai.. mengecurkan air liur anda

Image
Buah binjai yang kini musimnya sama dengan musim buah durian memang mengecurkan airliur anda, baunya sahaja sahaja sudah mampu melelhkan air liur anda. Itu belum lagi jika disediakan dengan taburan gula, belacan dan lada. Memang mengancam. Binjai , nama saintifiknya ialah  Mangifera caesia  merupakan spesies  tumbuhan berbunga  dalam keluarga,  Anacardiaceae . Binjai tergolong dalam genus yang sama dengan  mangga  dan ditanam di  Malaysia ,  Indonesia ,  Singapura ,  Brunei ,  Papua New Guinea ,  Kerala  dan  Filipina . Pokok binjai dapat membesar sehingga 30 m (100 ft) tinggi.  Bunganya  berwarna ungu atau merah jambu, 0.7 cm panjang dengan lima sepal.  Buahnya  besar, boleh dimakan dan berbentuk elips (bulat bujur) 10-15 cm (4-6 in) panjang dan 6-8 cm (2-3 in) lebar. Kulit buahnya nipis dan berwarna perang dengan tompok gelap, dan isinya putih kekuni...

Pengunjung blog