Kelajuan Usain Bolt, cheetah dan burung falcon.. mana lebih pantas
Perlumbaan 100 meter Di Antara Usain Bolt, Cheetah, dan Burung Falcon Usain Bolt Tanggal 16 Ogos 2009 di Kejohanan Olahraga Dunia yang diadakan di Berlin, Jerman, pelari Jamaica, Usain Bolt telah memecahkan rekod dunia dalam acara 100 meter balapan. Usain Bolt mencatat masa 9.58 saat mengatasi pencabarnya yang lain. Rekodnya kini sudah hampir mencecah usia sembilan tahun dan masih belum dipecahkan sehingga kini (Mei 2018 ketika artikel ini ditulis). Jadi, berapakah purata kelajuan yang telah dicatatkan oleh beliau ketika itu? Mari kita menggunakan rumus fizik yang sesuai untuk merungkai berapakah purata kelajuan Usain Bolt. Kelajuan = jarak/masa Di sini, jika kita lihat masa yang telah dicatatkan oleh Usain Bolt, beliau mencatat masa 9.58 saat dan jarak perlumbaan ialah 100 meter. Justeru, kita sudah mendapat maklumat berkaitan masa dan jarak. Setelah dikira: Kelajuan = 100 m/9.58 s = 10.44 m/s Jadi, purata kelajuan Usain Bolt ketika beliau berlari ialah 10.44 m/s. Untuk lebih mu...