Posts

Showing posts with the label gulai siput

Makan Gulai Siput dan Nasi Ulam Budu di Kg Raja... kecur air liur

Image
Pasti berselera dengan lauk begini Setiap kali buat entry pasal makan-makan pasti kecur air liur, apatah lagi bila menaip ketika perut tengah lapar. Selepas edit gambar tentang makan nasi ulam budu di Kg Raja Besut, idea untuk menaip terus datang. Terutama selepas melihat gambar ulam-ulaman bersama budu, gulai siput, sayur cendawan dan macam-acam lagi. Sedap gulai siput ni. Lama dah tak makan kat kedai ni yang sentiasa menyediakan pelbagai lauk tradisional serta ulam-laman yang menarik dan unik seperti kunyit muda, terung kecil, daun pegaga, celur jantung pisang dan macam-macam lagi. Besar udang dan segar, udang okel Lokasi kedai terletak di jalan menuju ke jambatan untuk ke Kg Tok Sabuh. Jika anda dari Jerteh, tiba di lampu isyarat Kg Raja, ambil kiri dan kedai adalah disebelah kiri, kira-kira 200m daripada simpang. Macam-macam lauk ada di sini, semuanya lauk kampung dari Gulai Ayam Kampung, Gulai Itik, Asam Pedas Tempoyak dan macam-macam. Budu cecah ulam dan...

Makan Nasi Ulam Dengan Lauk Kampung di Bukit Yong, Sempadan Terengganu/ Kelantan

Image
Menu wajib nasi dengan budu dengan lada congek Kali ini blogger ingin berkongsi dengan pengalaman makan nasi berlaukkan resepi tradisional dan unik. Kali ini lokasinya di sempadan Terengganu / Kelantan iaitu di Bukit Yong. Antara lauk terbaik, gulai lemak daun kesum ikan haruan Walaupun kedainya tidaklah terlalu besar, tetapi sentiasa menjadi tumpuan ramai. Apa yang menarik di sini adalah lauknya yang menjadi pilihan ramai. Di antara lauk yang popular di sini adalah Ikan keli atau ikan haruan gulai lemak daun kesum, masak lemak siput sedut sungai, ikan sungai goreng, ikan asam pedas,daging bakar serta lain-lain lauk yang berbeza setiap masa. Menu wajib adalah ulam-ulaman tradisional bersama budu. Siput sedut memang menarik dan menjadi pilihan Menu berasaskan tradisional dan eksotik sentiasa menjadi pilihan ramai dan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin menikmati hidangan di sini. Di antara menu pilihan blogger adalah Ikan haruan gulai lemak daun kesum, memang...

Pengunjung blog