Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Negeri Terengganu 2012 di Agro Resort, Setiu, Terengganu
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu,Tuan Haji Azmi Bin Nordin menanam pokok sebagai perasmian Sambutan Hari Perhutanan Sedunia peringkat Negeri Terengganu Pada hari ini 5 Mei 2012, telah di adakan Sambutan Hari Perhutanan Sedunia peringkat Negeri Terengganu oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu iaitu Tuan Haji Azmi Bin Nordin dan turut dihadiri oleh semua anggota jabatan seluruh negeri. Pengurus Besar Agro Resort, Tuan Haji Nik Wan Bin Mustaffa turut sama menyumbang tenaga menanam pokok sempena majlis Sempenan dengan sambutan ini, lebih daripada 300 anak pokok hutan terutama spesis yang semakin pupus serta yang menjadi khazanah negara seperti Karas, Damar, Kecupu, Cengal dan bermacam-macam lagi telah ditanam sebagai simbol menghargai dan menjaga warisankhazanah hutan kita. Penolong Pengarah, Puan Norzalyta juga tur...